5:24 PM

Sistem


Elektron merupakan entity terkecil didunia. Ia merupakan sebuah entiti asas dalam pembentukan sesuatu jasad/juzuk yang berjisim. Ia bergerak dalam satu disiplin dimana ia mengelilingi neutron, atau paduan electron, proton dan neuron dalam keadaan yang teratur serta mempunyai tenaga yang berbeza di setiap petala (Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1). Jika tenaga ini diganggu dengan cara ia dikeluarkan atau penyerapan tenaga baru berlaku, maka, disiplin tadi akan terganggu dan akibatnya, berlakulah perlanggaran antara electron atau electron itu sendiri akan terkeluar dari aturan yang dipunyai tadi dan menghasilkan sesuatu sebagai penimbal. Untuk pemahaman, rujuk rajah 2.

Rajah 1: Elektron, Proton, dan Neutron didalam satu sistem atom dengan electron didalam petalanya yang tersendiri

Ketika ia masih berada didalam aturan tadi, electron akan bertindak sebagai penstabil kepada sesuatu juzuk atau jasad. Kestabilan yang terhasil daripada aturan tersebut pula akan menghasilkan sebuah jirim yang stabil dan mampu memainkankan peranan didalam aturan atau disiplin yang lain pula. Jika diambil contoh, untuk membina sebuah bangunan, rusuk asas yang merupakan tulang belakang pembinaannya mungkin boleh jadi sebuah konkrit atau besi tuang. Kedua – dua bahan ini merupakan jasad/juzuk yang terbina dari paduan berbilion – billion electron sebagai entity asasnya. dan kestabilan bahan tersebut sudah tentulah berkait rapat dengan kestabilan yang dipunyai oleh electron itu sendiri.

Rajah 2: sistem electron yang terganggu (sengaja atau tidak) telah menghasilkan tenaga yang menjadikan juzuk tidak stabil (penghasilan cahaya sebagai penimbal).

Analogi yang disebutkan diatas tadi merupakan satu analogi terbaik dalam menerangkan sesuatu yang digelar sebagai sistem. Apa yang dimaksudkan dengan sistem??, sistem merupakan satu paduan dari beberapa komponen yang menuju atau dikawal oleh satu matlamat atau ‘output’. Didalam sebuah sistem yang besar, kompartmen atau bahagian yang membentuknya pula merupakan paduan dari sistem-sistem kecil yang juga merupakan paduan bahagian sistem yang lebih kecil. Diakhir sesuatu sistem, semua arah tujuan dan magnitud yang terhasil akan bercantum menjadi satu dan ini merupakan titik penyambung yang terakhir bagi satu sistem.

Akan tetapi, jika dibincangkan dalam satu sistem secara keseluruhan, matlamat akhir itu amat mustahil untuk dituju. Ini kerana kita akan kerap tersilap atau tersalah mengaitkan satu kompartmen dengan kompartmen yang lain. Ini terjadi kerana paduan sistem itu semdiri memiliki bilangan yang mencecah mustahil untuk dikira (infiniti). Oleh itu, adakalanya proses mengaitkan sistem yang sepatutnya membawa kita kehadapan menjadi sebaliknya.

Kompartmen yang membina sesebuah sistem juga tidak semestinya berasal dari jenis yang sama. Boleh saja sesuatu entiti itu terdiri dari dua atau lebih dari jenis yang berlainan. Sebagai contoh, didalam melengkapkan catitan idea ini (sistem), saya terpaksa bekerjasama dengan komputer dan internet. Paduan antara saya (Sumber), Komputer (Alatan), dan juga internet (Mekanisma), telah mengahsilkan sebuah karya yang boleh dibaca oleh anda sekarang. Dan mungkin akan ada diantara pembaca yang akan mengambil idea saya ini untuk disampaikan pula kepada orang lain atau erti kata lain, perkongsian. Jika perkongsian itu juga diklasifikasikan sebagai suatu sistem, maka output dari sistem tadi (catitan idea ini) akan menjadi kompartmen pula kepada sistem perkongsian tersebut. Dan sistem perkongsian itu pula terdiri daripada, catitan idea saya (sumber), pembaca (alatan), dan mekanismanya mungkin pelbagai; seperti internet, perbualan, dan sebagainya.

Daripada analogi – analogi yang disebutkan diatas, kita dapat menyimpulkan bahawa kompartmen sesebuah system itu terdiri daripada sumber, alatan, dan mekanisma. Perlu dingat, walaupun peranan yang membentuk system itu terdiri daripada tiga bahagian, akan tetapi entitinya tidak hanya terhad kepada satu sahaja. Boleh sahaja terdapat lebih daripada satu sumber, alatan dan mekanisma didalam sesebuah system. Ini kita boleh klasifikasikan sebagai sebuah sistem yang besar. Untuk lebih memahami apa itu sistem yang cuba diketengahkan, saya menyimpulkanya didalam rajah 3.

Rajah 3: bagaimana sistem perkongsian idea dibentuk oleh kompartmen yang merupakan sistem yang lain yang juga terdiri daripada beberapa kompartmen kecil lain.

Sunber merupakan sebahagian daripada sistem yang membentuk atau lahir dari doktrin, ideology, pemahaman terhadap sesuatu dan sebagainya. Sumber juga diklasifikasikan sebagai komponen statik didalam sebuah sistem. komponen ini bertindak sebagai input kepada sebuah sistem. Sumber memainkan peranan penting dalam mengubah perjalanan sesebuah sistem. Akan tetapi, sumber tidak mampu bergerak untuk mencapai outputnya tanpa bantuan dari alatan dan mekanisma. Alatan bertindak sebagai medium untuk sesuatu sumber itu di ketengahkan manakala mekanisma pula adalah corak atau jalan untuk sumber tersebut diproses.

Setelah anda faham akan apa itu sistem, kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanyalah satu kompartmen kecil dalam sebuah sistem yang besar. Kehadiran kita walaupun sebagai kompartmen yang kecil, amatlah penting kerana sesebuah sistem itu tidak akan lengkap jika kita tidak memainkan peranan kita. Didalam sesebuah organisasi, kita yang merupakan kompartmen kecil bergerak menuju ke sebuah matlamat yang sama. Dan didalam kita bergerak kearah matlamat tersebut, kita telah diberikan beberapa tugasan bersesuaian denagn peranan yang kita perlu mainkan. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk sedar akan apa peranan kita, dan cuba selesaikan tugasan tersebut dengan sempurna.

Akan tetapi, kerana manusia itu makhluk yang berakal, tidak seperti computer dan elektron, kita diklasifikasiakan sebagai sebuah sistem yang sangat kompleks. Ini kerana kita mempunyai keupayaan untuk memilih dan mencipta peranan kita sendiri samada kita ingin menjadi sumber, mekanisma , mahupun alatan. Kaunikan yang diberikan kepada manusia ini juga membolehkan mereka menjadi pemain, atau manipulator dalam sesebuah sistem. Sebagai contoh, didalam sebuah sistem politik, kompartment-kompartmentnya merupakan manusia itu sendiri. Mereka yang mengawal dan menentukan halatuju sistem politik itu pula digelar sebagai pemimpin. Pengikut kepada pemimpin ini pula merupakan kompartmen-kompartmen lain yang menjadi pelengkap kepada sistem politik tersebut. Tidak kisahlah samada sistem politik tersebut berkiblatkan demokrasi, monarki, diktator, atau anarki, komponen – komponen ini tidak dapat dielakkan.

Dan dalam mempertahankan sesuatu sistem itu, adakalanya kompartmen tersebut akan bertindak secara agresif supaya aturan yang mereka sedang ikuti tidak diganggu. Ini kerana setelah sesuatu kompartmen itu selesa atau sesuai dengan posisinya didalam suatu sistem, ia dengan sendirinya akan merasakan bahawa ia merupakan sebahagian yang penting kepada sistem tersebut dan beranggapan bahawa sistem tersebut juga adalah penting bagi survivalnya.

Seperti ideology yang telah diketengahkan oleh Larry and Andy Wachowski di dalam filem ‘Matrix’. Manusia – manusia yang hidup di dalam dunia matrix tidak sedar bahawa mereka merupakan sebahagian daripada sebuah sistem yang mengawal kehidupan mereka dan seperti yang dikatakan oleh Morpheus, ‘Adakalanya mereka (merujuk kepada manusia yang hidup di dalam dunia matrix) akan bertindak secara repulsif jika sistem mereka diganggu’. Ini dijelaskan lagi dengan kehadiran watak pembelot didalam kumpulan yang dipimpin Morpheus itu sendiri yang mengakibatkan tertangkapnya Morpheus dan terbunuhnya beberapa rakannya yang lain.


Rajah 4: Dunia matrix yang merupakan sebuah sistem yang menenggelamkan manusia menjadi sebuah kompartmen yang membantu menjayakan agenda sistem lain.

Ada juga dikalangan kompartmen ini akan merasakan sistem yang mereka duduki atau diami sekarang sudah sempurna dan tiada apa lagi yang boleh didapati oleh beliau setelah mereka keluar dari sistem sekarang. Ini jelas dengan kata – kata pembelot tersebut (merujuk kepada filem matrix) ‘saya rasa matrix adalah segalanya’. Pemikiran – pemikiran seperti ini (merujuk kepada kompartment yang terdiri daripada manusia) akan mengakibatkan akal mereka menjadi jumud dan tidak bersedia menerima sebarang perubahan yang mendatang. Selain itu, ia juga akan mengakibatkan kompartmen dinamik ini menjadi kurang matang dalam membuat keputusan, lemah secara fizikal dan mental, terasing, kurang keyakinan diri dan boleh mengakibatkan kemurungan.

Rajah 5: Manusia yang sepatutnya merupakan kompartmen yang dinamik menjadi jumud dan lemah kerana terlalu takut untuk keluar dari sistem yang didiami mereka

Akan tetapi, adakalanya ia akan mnyebabkan mereka merasakan bahawa merekalah segala-galanya dan semua manusia perlu hadir dan bersama-sama dengan mereka didalam sistem mereka. Keyakinan seperti ini adalah salah, dan sekaligus menafikankan fitrah seseorang manusia untuk memilih jalannya yang tersendiri. Amat ditakuti jika mereka ini akan mengnggap diri mereka lebih mulia dari manusia lain. Sebagai contoh, Adolf Hitler yang telah lama mengasaskan dan hidup didalam ideologi extreme sosialis telah bermati-matian menolak ideologi konservatif dan spekulatif pihak lain. Setelah beliau hidup bertuhankan ideology ini terlalu lama, akhirnya beliau bertindak mengancam dan membunuh sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan pemikiran beliau. Beliau Berjaya membina dunianya sendiri dengan memaksa manusia sekalian untuk hadir bersama-samanya untuk menjayakan doktrin beliau .

Rajah 6: Kompartmen (manusia) yang terlalu taksub dengan sistemnya sehingga menganggap dirinya lebih mulia dari kompartmen (manusia) yang lain.

Walaupun begitu, akan terdapat juga halangan dalam menjayakan doktrin (matlamat) sesebuah sistem, sebagai contoh, ketika Rasullullah S.A.W cuba mewujudkan sebuah sistem pentadbiran Islam di muka bumi ini, baginda sering mendapat tentangan dari pihak yang irihati dengan beliau. Akan tetapi, kerana ketabahan dan bantuan dari Allah S.W.T, akhirnya sinar Islam itu dapat di suluh kesentero dunia.

Sedarkah kita sebenarnya seluruh sistem ini sebenarnya telah diaturkan dan bergerak didalam aturan tersebut. Seperti yang diperjelaskan diatas didalam sistem electron, penolakan didalam sesebuah sistem akan menghasilkan penimbal samada penimbal yang memberikan impak yang positif ataupun negatif. Didalam sistem electron tadi, cahaya yang dihasilkan oleh electron yang jatuh kepetala bawah merupakan satu contoh kepada penimbal yang membawa impak positif. Akan tetapi, didalam contoh peperangan ideologi antara hitler dan ideologi lain, penimbal yang terhasil dari ketidakstabilan pertembungan itu membawa kepada peperangan dan kemusnahan, dan ini merupakan contoh penimbal berimpak negatif.

Walaupun begitu, setiap pertentangan dan fenomena repulsif yang menghasilkan penimbal juga merupakan sebahagian daripada suatu sistem lain pula. Dalam erti kata lain, walau apa pun yang berlaku, kita hanya megikut aturan dan ketetapan suatu sistem dan dikawal oleh output atau matlamat sistem tersebut.

Didalam skop kita selaku manusia, kita sering menghadapi situasi dimana kita merasakan bahawa kita gagal dalam melaksanakan peranan kita didalam sesebuah sistem. Ini adakalanya membentuk pemikiran negatif didalam diri kita dan sekaligus menjadikan kita seorang yang lemah dan tidak berkeyakinan. Percayalah, jika kita tidak diperlukan dan gagal didalam menjayakan misi atau peranan kita, sudah tentu kita tidak akan lahir kedalam sistem kehidupan sekarang. Untuk itu, kita seharusnya mencari apa peranan yang perlu dimainkan oleh kita dan sentiasa istiqamah dalam menjayakan atau menuju kearah matlamat tersebut

Kesimpulannya, walaupun sistem itu bilangannya infiniti, manusia tetap merupakan komponen darinya dan manusia tidak akan sesekali mempunyai keupayaan untuk mencipta sistem. Kita hanyalah penghuni kepada sesebuah sistem yang berkaitan antara satu sama lain dan yang layak mentadbir sistem itu hanyalah satu titik terakhir kepada semua sistem, itulah tuhan yang esa, Allah S.W.T.

0 comments: