4:05 AM

badut-badut sarkastik

Hari ini saya bangun untuk menyelesaikan tugasan yang saya kira terakhir dalam ekspo kerjaya dan pedidikan (EKSPEN 08) dengan menjayakan jamuan Aidilfitri bersama kesemua AJK EKSPEN, Pra-EKSPEN, dan FEC. Waupun payah pada permulaannya untuk dijayakan, tapi, Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua AJK yang turun untuk menjayakannya.

Walaupun mungkin saya nampak gembira pada pagi ini, akan tetapi kegembiraan itu sebenarnya telah diragut pada malam sebelumnya, malam sabtu yang lepas. ini kerana saya mendapat tahu terdapat beberapa kalangan ahli "keluarga" saya yang telah melukakan hati saya dengan menuduh saya menyalah gunakan duit EKSPEN, METAMORPHOSIS, dan FEC. Pada mulanya saya ingin juga bertindak ekstrim dengan mereka yang menuduh saya, akan tetapi setelah memikirkan bahawa saya merupakan seorang mahasiswa yang matang dan bertamadun, saya tidak boleh menuduh sesuka hati seperti yang dilakukan oleh segelintir pelajar terbabit.

Persoalan dihati saya timbul apabila sesetengah dari mereka mengatakan bahawa "Kalu tak reti urus duit, baik jangan buat program", apakah tuduhan ini sebenarnya datang dari mereka yang benar-benar bertugas dan mencurahkan 100% komitmen dalam menjayakan program tersebut? Jika ya, maka sudah tehtu mereka dari golongan yang memiliki agenda tersendiri dan demi Allah, saya tak berminat untuk mengambil tahu agenda murahan mereka.

Saya tertanya, sejak bila duit EKSPEN, Pra-EKSPEN, atau METAMORFOSIS, yang jumlahnya mencecah RM 60,000 itu dipegang oleh seorang pelajar?? jika MPP sendiri pun tidak dibenarkan mengeluarkan duit sesuka hati yang hanya berjumlah RM 5,000, agak kurang berakal jika menuduh saya menyeleweng RM 60,000 yang logiknya entah dimana untuk saya pegang?

kesemua pengeluaran duit adalah diatas kebenaran en mahizan walaupun AJK kita yang bertungkus-lumus mencari duit tersebut hingga mencecah nilai seperti diatas. Pada mulanya, kami dijanjikan sebanyak RM 3,000 dari duit yang kami kumpul (agak pelik kerana kami terpaksa menagih duit yang kami sendiri cari??) untuk membuat jamuan, akan tetapi prosesnya yang lembab dan lambat, saya mengambil alih program tersebut dengan nekad bersama-sama sahabat saya untuk dijayakan, dan kami terkejut kerana peruntukan tersebut perlu dipotong atas alasan lapuk, duit x dak. Apa ni? saya bukan bodoh untuk mengira jumlah wang yang AJK saya gunakan dan menyemaknya dijabatan bendahari. senang cerita, akaun EKSPEN adalah akaun terbuka dan boleh disemak oleh sesiapa sahaja yang berjawatan PENGARAH PROGRAM. Kami diberi alasan seterusnya, kerana dalam kertas kerja tidak dimasukkan bajet untuk jamuan. Terima Kasih kepada Kak Ita yang menyelesaikan masalah tersebut. Saya tertanya juga, selama ini ada ke detail jamuan AJK dimasukkan kedalam kertas kerja? dan perlu pulak pengesahan TNC untuk dikeluarkan duitnya. Mungkin saya yang tidak peka, akan tetapi banyak juga program organisasi ni saya sudah join, Hurrrmmm... pelik2. Tidak mengapalah, anda nilailah sendiri.

Tanpa banyak soal, kami memotong bajet tersebut kepada hanya RM 800.00 sahaja, bayangkan betapa gilanya saya dan rakan-rakan dalam merangka bajet untuk 120 orang, dengan wang hanya sebanyak itu? Terima kasih sahabat-sahabat yang bersama-sama merangka bajet tersebut. anda nak tengok bajetnya?? disini saya tunjukkan bajet yang dirangka dan dihantar kepada kaunselor. saya difahamkan bahawa bajet ini diedit semula untuk menambahkan lagi beberapa peralatan yang saya tidak tahu, menurut kak ita, ia adalah duit gas, peralatan2 memakan dan sebagainya, tapi saya yakin ia tidak akan mencecah RM1000 pun, kalau ya pun sekadar RM 1100 sahaja



Tapi tahukah anda peruntukan tersebut hanya diluluskan sebanyak RM 500.00 sahaja dan kami terpaksa mendahulukan wang kami yang entah berapa kurun boleh kami tuntut? kami melakukan ini semua hanya kerana perasaan kami yang ingin menghargai sumbangan AJK kami, dan agak pelik kerana masih ada suara-suara sumbang yang masih mempertikaikan keikhlasan kami.

Setelah saya mendapat tahu mengenai perkara ini, saya terfikir, beginikah gaya dan cara mahasiswa universiti berfikir? bercakap hanya sekadar ingan menyatakan bahawa mereka boleh bercakap, menuduh tanpa usul periksa, menyebar fitnah sesuka hati? saya tidak tahu nama sebenar mereka, akan tetapi saya yakin bahawa mereka ini sudah tentu tidak mempunyai agama dan lebih malang tidak langsung mengenal apa itu tuhan. Kerana apa, logiknya, jika mereka adalah golongan beragama dan mempercayai akan wujudnya tuhan, sudah tentu mereka akan menyelidiki terdahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri sebelum menulis artikel-artikel dilaman blog saya mengkaji sedalam-dalamnya pemahaman saya agar tidak timbul fitnah,

Saya tidak kisah jika ia tidak melibatkan soal moral dan integriti saya dalam memperjuangkan apa yang saya rasa benar, akan tetapi, tuduhan melampau seperti ini hanya akan mengakibatkan saya berfikir dan terus berfikir, siapa yang salah sebenarnya? adakah saya yang gagal mengurus wang yang memang sampai matahari terbit kesebelah barat pun saya tidak boleh pegang? atau Organisasi yang mengawal wang tersebut sehingga seboleh-bolehnya tidak mahu langsung menghargai jasa AJK saya? atau pelajar terbabit yang hanya suka membuat tuduhan liar?

Walau apa pun yang berlaku, inilah realiti adik-adik yang ingin menjadi pelajar yang aktif dikampus kita, dalam kita berhadapan dengan masalah luar, adakalanya, masalah dalam "keluarga" kita sendiri yang menjadi punca runtuhnya moral kita. Akan tetapi, saya nak tegaskan disini, demi Allah, saya sudah memaafkan sesiapa sahaja yang membuat tuduhan tersebut, dan sesiapa sahaja yang berniat menghalang berjalannya program terakhir saya itu.

Akhir sekali, terima kasih kepada mereka yang hadir pada pagi tadi untuk membantu memasak dan menghabiskan makanan, sijil penghargaan EKSPEN 08 dan FEC boleh diambil di kaunter HEP mulai esok, pagi ye bukan malam.

13 comments:

alien said...

saya juga slh s'org MT ekspen...biasanye yg berckp tu xpnah m'rs duduk d'atas n memegang jwtn dlm MT...mereka hnye pndai b'ckp tp xpnah memahami...mereka hnye pndai menuduh tp xpnah berfikir...itula org yg xtau hrgai usaha org lain...apa2 pn sy ckup respek dgn abg afiq sbb dpt m'lakukn mcm2 program dgn jayanye...sori...xdtg jamuan td...dmam...huhu

Anonymous said...

adakah duit yang dikumpul telah disonglap oleh pihak berjawatan dalam HEP? Di mana sedia maklum desas desus yang melibatkan pihak BPR tempoh hari? Sampai bila hal ini perlu diperpanjangkan sedangkan telah dibangkitkan. apakah kepentingan individu tersebut wajar dijaga dengan lemparan alasan yang berbagai?ketelusan atau integriti lebih penting atau ia terletak hanya pada kepentingan semata?

Ariff Redza said...

taniah afiq kerana barani menulis.. bukan duit ekspen je.. duit kelab pemadam un ilang.. duit MPP masa kherul anuar pun ilang... main utk USM tp dobi guna duit sendiri.. bus duit sendiri... bayar refree duit sendiri... pelik tp benar..

Anonymous said...

satu lagi entry yg berpinau mata aku untuk membacanya..

e-mam said...

Thanx for your positive comments, For Joe's and Kilau's comment, i'll say, Wallahualam, Let just pray the truth will be reveal sooner or later.

Anonymous said...

I hope it will be very soon.lodge another report.Remain anonymous is you must.have a team.We've proof to argue right?

Anonymous said...

yeah, i do agree with you joe. Let the one who knows the truth team up and fight for our own right. Don't let them playing around with our money, heyy...we pay to get in here, it's our money, and our parent pay the tax for living, Let them know that scholars are not such a dumbass.

@f!ah said...

salam..afiq..
hmm...
pada pendapat aku.. dengan label projek ko bertaraf universiti, team ko patut dan deserve buat dinner atau jamuan penghargaan di hotel2x seperti budak2x induk buat...
dari rm60k budget projek keseluruhan, at last budget untuk jamuan tinggal rm500-rm1k?kejam sgt!
dakwaan mengatakan duit untuk jamuan tak bleh diberi sbb jamuan tak masuk dalam kertas projek adalah sgt2x berbohong dan penipu!
sepanjang aku jadi MT MPDJ, perbelanjaan setiap exco dikawal keseluruhan (yg tak penting tak yh guna duit MPD..camtula maksud ak), kuar masuk duit kene telus (chewah!) supaya duit2x lebihan tu boleh kita gna untuk wat jamuan ke/sijil ke/cenderahati ke...tanda penghargaan kepada mereka yg terlibat...
tapi...kalola benar kenyataan sesetgh pihak yg mengatakan kos EKSPEN ditelan oleh..pihak teeettt!..ak numpang simpati kat team ko afiq..
dats why selepas join..teeettt! ...ak tak akan dan tak pernh akan sesekali mendekatkan diri aku dgn aktiviti teeettt!..
nikmat hndle program dier tk sama dengan persatuan lain (of kosla MPD kan..keh2x)..mungkin kerana campur tgn 'asing' pihak2x tertentu untuk mencapai manifestasi mereka yg tersendiri?hmm..ada kebenaran dan asasnyer..desas desus semakin kuat bergoncang!
bring him down..ayuh..reformasikan H.E.P.P!

salam..(kene AUKU x?)hehehe

e-mam said...

thanks, semakin banyak pulak MT2 yang berikan pendapat, mungkin sebab anda pernah berada diatas, sebab itu anda tahu, so, seperti yang saya katakan, DONT JUST LEARN TO KNOW, LEARN HOW TO SHARE, AUKU??? knape nak takut AUKU? kite buat salah ke? kalau bercakap benar pon dikatakan salah, ape yang betul kat dunia ne????.....

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

Salam afiq... inilah realitinya.. tahniah kerana telah menjayakan pelbagai Program dengan jayanya...

Ketahuilah kalian tidak keseorangan di dalam menghadapi ujian ini...

Afiqpun pernah menjadi Exco untuk Prog kami... maka saya sangat yakin Afiqpun tahu bagaimana susahnya kami...

Benar... selalu terjadi kertas kerja kami di jadikan alasan untuk mendapatkan duit dari universiti.. tapi ketahuilah.. tidak pernah sesenpun PMI mendapat duit Universiti untuk menjayakan prog... seringkali juga kami mengumpul duit sendri untuk menjelaskan segala bentuk bayaran..

Cuma satu.. janganlah kita serik untuk membuat apa2 prog lagi selepas ini.. kerana student kampus Apex ini perlu kepada kepelbagaian prog untuk terus berdaya maju... Terus Maju Sahabatku...

'Mereka2 itu x kan senang duduk suatu hari nanti..."... moga mereka sempat berubah...

Tahniah sekali lagi...

Mujahid Cakna said...

salam..bg pendapat sket mengenai knp student skg ni suke bwk idealogi sendiri walhal depa x tau pun bnde tu btol ke,slh ke...?nape n ape patut kita wat?mgkn kita pun dlm gol tu....hihi,amcam afiq?ingt debat kita kt blk dulu..ish,sunyi aku kt umah,dok blk ngn hg dulu blh debat2 ngn hg,bwk hg mai PI...huhu,dpt kfc free dr hg...

Ariff Redza said...

siot afiq.. makan sorg.... faris, nnt kite makan kafc takyah bawak afiq...

Anonymous said...

wawawa..sedap2 jek orang 2 mkn duet org len yg usahakan.kejam tol.hampeh sgt.yg kutuk abg afiq pn hampeh gak..isk2..xbek mnduduh sblum menyelidik.cubela paham sket org len.2la org melayu,tepi kain org len nak jaga,tp tepi kain dr sndri koyak rabah..!