7:56 AM

Impian

Hari ni saya tengok cerita "Cuci". saya amat tertarik dengan mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah cerita tersebut. cerita ini mengenai empat orang anak yatim, Jojo (Awie), Khai (Hans Isaac), Farel (Afdlin Shauki), dan Sitan (Ac Mizal) yang membesar bersama - sama dirumah anak yatim (Tok Bi). Diawal penceritaan, filem ini menegaskan mengenai keempat - empat adik beradik angkat ini bertungkus lumus mengejar impian mereka iaitu ingin memenangi kontrak mencuci bangunan KLCC. Akan tetapi, impian ini sebenarnya merupakan impian Farel sahaja. Diakhir cerita tersebut, barulah ketiga - tiga pelakon utama yang lain bercerita mengenai impian mereka.

Ini membuat saya terfikir, impian itu sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu impian individu, dan impian bersama. Impian individu merupakan impian yang ingin dicapai oleh seseorang secara sendiri dan meletakkan ia sebagai petanda kejayaannya. Akan tetapi, impian secara bersama adalah impian individu yang dikongsi dengan orang lain untuk memastikan kejayaan dikecapi bersama.

Bercerita mengenai impian, saya teringat suatu peristiwa sewaktu saya di sekolah menengah dahulu. Saya pernah terlibat didalam satu rusuhan dalam menyatakan protes para pelajar terhadap seorang guru disiplin. Kami beramai-ramai (hampir semua pelajar tingkatan 5 terlibat) membuat bunting dan poster mencaci dan memaki guru disiplin tersebut. Ini kerana, guru disiplin tersebut memiliki satu impian, iaitu, menginginkan semua pelajar mengikut peraturan (sepatunya tidak salah memiliki impian seperti itu). Akan tetapi, cara dan perlaksanaan yang dilakukan oleh guru tersebut untuk berkongsi impiannya dengan para pelajar adalah sangat ekstrem dan langsung tidak kena dengan jiwa seorang pelajar (lebih tepat lagi remaja).

Bagi saya, impian sebenarnya lahir dari seorang individu, tidak kisahlah samada individu tersebut membina impian tersebut untuk dijayakan bersama atau sekadar impian untuk dirinya sahaja. Dan apabila sesuatu itu bermula dari individu, walaupun ia bekisarkan impian orang ramai, ia tetap akan dilihat sebagai suatu agenda peribadi. Dan seperti yang pernah saya tuliskan di dalam artikel "Approach and Interst",

"nowadays, people had became very individualistic and care no more in other people's interest and mind"

Oleh itu, mereka seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat untuk menjayakan impian tersebut. Akan tetapi, apa yang menariknya, didalam cerita tersebut ialah, impian farel dijayakan oleh adik-adik angkatnya dan dirinya sendiri. Yang membuatkan saya terharu, ketika farel mendapat tawaran untuk bekerja sebagai pengurus disyarikat maju jaya international services, impian tersebut disambung oleh adik-adiknya walaupun impian itu bukan lahir dari mereka. Farel, selaku pemilik impian tersebut, telah dengan sendirinya menyatakan rasa putus asanya.

Sedarkah pembaca sekalian, sebenarnya impian boleh dikongsi dan diwarisi kepada orang lain. Seperti tokoh-tokoh perjuangan terdahulu, legasi yang mereka tinggalkan, adakalanya lebih memahami impian mereka lebih dari mereka sendiri. Oleh kerana itulah Rsullullah S.A.W pernah bersabda,

"Sampaikanlah dariku walupun sepotong ayat"

Ini kerana, jika kita tidak mampu memahami impian / agenda / ayat sesuatu, tidak semestinya ia harus tamat dalam diri kita sendiri, mungkin ada orang yang lebih memahami impian / agenda / ayat tersebut dan apa yang seharusnya kita buat ialah SAMPAIKAN.

Ketika baginda s.a.w menyebarkan Islam itu sendiri, baginda memiliki impiannya (fikirnya) sendiri, iaitu, difikiran Rasullullah s.a.w, baginda menginginkan bahawa bayi terakhir yang lahir diakhir zaman ini, lahir sebagai Islam. walaupun Impian baginda berkisarkan kepentingan ummah, akan tetapi, baginda sendiri tidak mampu lari dari menyatakan impiannya sendiri.

Saya ada seorang rakan, beliau pernah mengatakan kepada saya mengenai perjuangan. Beliau berkata "Jika kita tidak mampu mencapai apa yang diperjuangkan pada hari ini, sekurang-kurangnya, perjuangan kita akan disambung oleh adik-adik kita di masa akan datang". Dan Alhamdulillah, kolokium yang dibina dengan impian bersama tersebut, segar, dan kelestarian dalam perjuangan tersebut mampu untuk dicapai.

Konklusinya:

1. Impian terbahagi kepada dua, Individu dan Bersama

2. Mekanisma untuk menyampaikan Impian yang melibatkan kepentingan bersama perlulah betul dan kena dengan gayanya

3. Impian boleh dikongsi dan diwarisi.

4. Impian / Hasrat / Perjuangan dsb, perlu di Sampaikan kepada orang lain dengan cara yang betul, kerana walupun kita tidak faham menganainya, tidak semestinya orang lain juga tidak faham mesej yang ingin disampaikan

0 comments: