9:33 AM

manusia, pendirian dan peranan

"Apa itu Bentuk".... seorang pensyarah saya pernah memberitahu sebuah kisah mengenai dirinya ketika beliau masih belajar. Beliau merupakan seorang pelajar jurusan sains. Akan tetapi, ketika beliau berada di semestar terakhir, beliau terpaksa mengambil kredit tambahan untuk mencukupkan kredit graduasi beliau. Untuk itu, beliau mengambil kursus "Teori Seni" yang merupakan kursus kontra dari kursus beliau.

Ketika didalam kuliah, pensyarahnya bertanyakan satu soalan kepada pelajarnya, "Apa itu Bentuk??", Dan Pelbagai jenis jawapan diberikan. Lalu beliau mengangkat tangan dan menjawab, bentuk merupakan sesuatu yang mempunyai "Boundaries", Sebagai contoh, Air, air tidak mempunyai bentuk, tetapi apabila air dimasukkan kedalam sebuah gelas, maka air akan mengambil bentuk tersebut.

Pensyarah beliau tersenyum dan berkata,"Inilah perbezaan diantara ahli sains dan ahli seni, Ahli sains melihat sesuatu yang berada dihadapan mereka, akan tetapi, ahli seni melihat apa yang tidak dapat dilihat atau di luar dari apa yang ada dihadapan mereka."

setelah saya mendengar kisah tersebut, saya membuat beberapa telahan, dan diantaranya ialah;

"Tiada satu pun manusia yang sama dari apa-apa segi sekalipun."

Ini kerana, walaupun jawapan yang diberikan oleh pensyarah saya berlainan dari jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan seninya, tetapi jawapan dari rakan-rakan seninya sendiri berlainan antara satu sama lain.

Oleh itu, saya beranggapan, manusia yang terlalu ingin menjadi seperti manusia lain adalah manusia yang bodoh dan tiada pendirian diri. mengapa kita perlu membandingkan diri kita dengan orang lain, sedangkan apa yang kita ada bersesuaian dengan apa yang kita perlu ada. Tuhan tidak akan menciptakan dua makhluk yang sama samada dari awal penciptaan, sehingalah keakhir penciptaan. begitu juga tuhan tidak akan membebankan makhluknya atas bebanan yang makhluknya sendiri tidak mampu pikul. Inilah yang membuktikan bahawa tuhan itu wujud dan maha perkasa,

Sebagai contoh, fenomena manusia zaman sekarang yang terlalu mengangungkan artis, band, pemain bola, dan pelbagai lagi. Ada yang sanggup bergadai apa sahaja bagi memastikan bahawa dirinya menyerupai idol kegemaran mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang mereka agungkan itu hanya akan membawa mereka ke satu dunia yang mereka sendiri terasing?.

Setiap manusia mempunyai peranan masing-masing didunia ini, dan adalah menjadi tangungjawab kita untuk mencari, apa peranan kita untuk hidup didunia ini dan cuba selesaikan peranan kita sebaik mungkin. Dan akhir sekali, Tuhan tidak akan menciptakan anda jika anda tidak mempunyai peranan dalam hidup ini.

Dari kisah "Bentuk" tadi, ini yang saya boleh simpulkan:

  1. Setiap manusia berbeza dari segala segi termasuklah pemikiran dan peranan mereka untuk hidup
  2. Membandingkan diri sendiri dengan manusia yang lain adalah satu perkara yang bodoh dan tidak masuk akal langsung.
  3. Tuhan tidak pernah menganiaya makhluk ciptaanya, akan tetapi makhluknya yang sesat dalam mencari identiti / peranan dirilah yang menganiaya diri sendiri (nak sangat menjadi orang lain sampai lupa kelebihan yang ada pada diri sendiri).
  4. Air x de bentuk.....yeke?...huhu...

0 comments: