11:46 PM

Kita hanya ada dia

Adakah kita sebenarnya mempunyai hubungan? adakah benar ibu bapa kita adalah ibubapa kita yang sebenar? benarkah adik dan abang kita sebenarnya adalah sebahagian dari kita.

jika anda tanyakan kepada saya, saya akan katakan bahawa

"Ya, tetapi itu hanya sekadar hubungan biologi."

Kita memang di hubungkan dengan keluarga kita secara genetik, tetapi pernahkah anda terfikir, sebenarnya manusia itu bukan sahaja terdiri daripada paduan sel-sel sahaja tetapi meliputi paduan antara roh dan jasad.

Jika jasad kita ini lahirnya dari paduan sel-sel dari jasad ibubapa kita, peroalan saya cukup mudah:

"Adakah roh kita juga merupakan paduan roh kedua ibubapa kita?"

Kita tahu bagaimana jasad kita dicipta. Bermula dengan penciptaan adam dari saripati tanah, kemudian diciptanya hawa dari rusuknya adam. maka berkembang-biaklah manusia diatas dunia ini.



Bagaimana jasad kita tercipta selepas adam adalah dengan paduan antara ovum ibu kita dan sperma bapa kita. setelah penciptaan kita disempurnakan, Allah meniupkan sebahagian dari rohnya kedalam jasad kita maka sempurnalah kita bergelar manusia. (4:1, 22:5, 23:12-16, 30:20-21, 32:7-9, 35:11, 39:6, 77:22-23, 80:18-19, 82:7-8, 86:6-8, 96:2)



akan tetapi, adakah roh kita juga melalui proses yang sama? adakah roh kita juga mempunyai jantina? mempunyai sperma dan ovum?

ketahuilah, bahawa semua itu hanyalah wujud dalam bentuk biologi tubuh kita.

Saya pernah terbaca didalam sebuah kitab yang menyatakan bahawa Allah telah menciptakan alam roh sebelum diciptakan dunia ini, disana kita telah membuat perjanjian denganNya bahawa kita akan membuat amal dan menegah kemungkaran.

Jika ini benar, maka kita merupakan individu yang wujud tanpa ada sebarang hubungan dengan roh-roh yang lain.


saya tertanya-tanya, bagaimana jika roh saya ini dimasukkan kedalam jasad Goerge W. Bush atau Yusof Qardhawi, bukankah saya akan mempunyai hubungan kekeluargaan yang berbeza dengan keluarga saya sekarang?

atau bagaimana jika roh manusia itu bukan letaknya didalam jasad sekarang tetapi jasad seekor haiwan? adakah haiwan itu yang akan digelar manusia, dan jasad ini akan digelar haiwan?

Kita makan, minum, tidur, bersenam, dan melakukan pelbagai lagi aktiviti hanya untuk memenuhi keprluan jasad kita. Sebagai contoh, jasad kita memerlukan tenaga untuk bergerak, maka, kita perlu makan untuk mendapatkan tenaga tu, maka apa yang kita makan sebenarnya hanyalah untuk memenuhi keperluan biologi tubuh kita.

bagaimana pula dengan keperluan rohani kita?

Apakah roh kita juga memerlukan makanan? minuman? tidur? dan pelbagai lagi kehendak yang sama dengan keperluan jasad kita?

saya juga tidak mampu merungkai persoalan ini. cuma saya tahu, jika benar roh itu tidak lahir dari paduan antara dua roh seperti jasad kita, maka, kita sebenarnya hidup tanpa sebarang perkaitan di dunia ini. Dan hubungan sesama manusia didalam alam material ini hanya untuk memenuhi tuntutan biologi kita dan demi memenuhi janji kita kepada Allah suatu ketika dahulu, akan tetapi di dalam hakikat kewujudan, kita sebenarnya adalah individu yang hanya ada Allah sebagai pencipta dan kita sebagai makhluk.

0 comments: