1:21 PM

Jurutera oh.. jurutera...

Assalamualaikum WBT

Sewaktu saya sedang bertungkus-lumus menyelenggara program Ekspo Kerjaya dan Pendidikan 2008 di USM Kampus Kejuruteraan yang lalu, Saya secara kebetulan menyedari bahawa kepentingan bidang kejuruteraan di Malaysia masih lagi kurang pendedahannya dalam masyarakat berbanding dengan profesion lain seperti bidang kedoktoran, Arkitek, Dan berbagai lagi cabang ilmu professional DiMalaysia. Ini membuatkan saya tertanya, apa sebenarnya yang berlaku didalam dunia kejuruteraan sehingga ia menjadi begini.

Saya melihat kekurangan ini merupakan menifestasi pembanggunan yang terlalu pantas di Malaysia sehingga para jurutera tempatan dan luar negara makin sibuk dari hari ke hari. Kesibukan ini telah menyebabkan mereka kurang untuk menceburkan diri didalam aktiviti bermasyarakat. Bagi mereka, dari jam 8 pagi hinggalah ke jam 8 malam, kehidupan mereka haruslah bergelumang dengan lambakan masalah baru demi mencipta, menginovasi dan merancang kehidupan masa depan yang lebih efisien.

Untuk apa sebenarnya kita menjadi jurutera, adakah hanya untuk mengaplikasikan sains dan matematik didalam menyelesaikan masalah seharian? atau lebih dari itu. Kita (jurutera) seharusnya melihat bidang ini dalam skop atau konteks yang lebih lestari, tujuan kita melakukan inovasi dan mereka teknologi-teknologi baru, adalah demi kebahagiaan masyarakat disekeliling kita juga. Ini membuatkan kita menjadi golongan yang amat penting didalam masyarakat.

Oleh itu, kita seharusnya menjadi golongan yang proaktif dalam membina hubungan yang lebih harmoni dalam masyarakat. menjadi pemimpin yang tahu akan kehendak dan keperluan masyarakat. Dalam ertikata lain, kita seharusnya menjadi seorang pemimpin didalam masyarakat. Bukannya seorang yang "Ignorence".

Saya tertarik dengan golongan bakal jurutera di Universitas Padjajaran dan Institut Teknologi Bandung di Indonesia. Peranan mereka didalam mengharmonikan masyarakat disana sungguh signifikan. Mereka bukan sahaja membantu dari segi penyelesaian masalah teknikal didalam bidang mereka sahaja, malah, mereka juga berperanan menentukan siapa yang layak untuk mentadbir negara mereka. Mereka sungguh peka dengan kehendak dan kepelruan masyarakat disekitar mereka dan berani bertindak atas kapasiti golongan INTELEKTUAL.

Begitu juga denga segelintir mahasiswa di Unsyiah, Aceh, Pasca tsunami, mahasiswa termasuklah bakal jurutera disana cukup aktif dalam membantu menaikkan semula ekonomi dan pembangunan negeri mereka. Seorang mahasiswi yang saya jumpa disana mengatakan, disamping sibuk dengan masalah pelajarannya, beliau juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan seorang pengusaha kopi disana sehingga pengusaha tersebut berjaya. Beliaulah yang menjadi tulang belakang perusahaan peniaga tersebut dalam merangka mekanisma promosi dan perancangan perniagaan kopi tersebut. Menariknya, pengusaha tersebut adalah seorang yang buta huruf!!!

Tapi sayangnya, hanya segelintir dari kita sedar akan hakikat ini, ketiadaan kita dalam masyarakat akan menjadi punca kepada kelembapan transisi sosioekonomi negara kita untuk menjadi negara maju. Ini kerana, proses penyebaran ilmu dan maklumat serta mekanisma penyelesaian masalah seharian yang lebih holistik dan efisien tidak dapat dijayakan demi kebahagian masyarakat sekitar. Ini membuatkan penyelesaian masalah seharian secara konvensional lebih mendapat tempat dari pencarian alternatif baru dan masyarakat menjadi takut untuk berubah kearah pembaharuan.

Walaupun kita sedar akan permasalahan ini, kita tetap mahu bergaul dan bermasyarakat sesama kita sahaja tanpa mempedulikan kepentingan masyarakat sekitar. Bagi kita, jika lepas makan pakai kita, itu sudah memadai, tidak perlulah untuk memikirkan kepentingan orang lain. Sungguh "absurd" pemikiran seperti ini.

Pemikiran seperti ini telah menjerumus bidang kejuruteraan ini kedalam lubuk emas yang hanya dinikmati oleh mereka sahaja tanpa membawa faedah kepada dunia luar. Akibatnya, minda jurutera yang seharusnya terbuka, kreatif dan kritis, menjadi tidak ubah seperti robot yang hanya bertindak jika perlu, berfikir seperti yang diprogramkan.

Oleh itu, kita seharusnya keluar dari pemikiran tertutup ini dan berkongsi lubuk emas tersebut dan manfaatkan keupayaan diri kita untuk menjadikan diri kita sebahagian dari masyarakat. Bukan sahaja sebahagian, akan tetapi memimpin masayarakat kita agar menjadi lebih progresif dan intelek sekufu dengan apa yang kita ada.

Marilah kita bersama-sama memasyarakatkan jurutera, dan mahasiswa demi kebahagiaan generasi akan datang.

3 comments:

nz said...

USM eng. ke?
skrng ade event ape situ?

e-mam said...

sekarang xda event lagi, sebab sume tgh exam. event dibekukan.

Anonymous said...

I just noticed syntoss.blogspot.com by searching online, and found it is so sweet. Keep up the great work!

I have similar idea to this site.I will come back often!
You can also get a tutor to help you. My friend told me he was helped a lot by great [URL=http://chinesetuitioninsingapore.tumblr.com/ ]chinese tutors [/URL]. Can you also share me with your comments at here?