Showing posts with label kampus. Show all posts
Showing posts with label kampus. Show all posts
1:21 PM

Jurutera oh.. jurutera...

Assalamualaikum WBT

Sewaktu saya sedang bertungkus-lumus menyelenggara program Ekspo Kerjaya dan Pendidikan 2008 di USM Kampus Kejuruteraan yang lalu, Saya secara kebetulan menyedari bahawa kepentingan bidang kejuruteraan di Malaysia masih lagi kurang pendedahannya dalam masyarakat berbanding dengan profesion lain seperti bidang kedoktoran, Arkitek, Dan berbagai lagi cabang ilmu professional DiMalaysia. Ini membuatkan saya tertanya, apa sebenarnya yang berlaku didalam dunia kejuruteraan sehingga ia menjadi begini.

Saya melihat kekurangan ini merupakan menifestasi pembanggunan yang terlalu pantas di Malaysia sehingga para jurutera tempatan dan luar negara makin sibuk dari hari ke hari. Kesibukan ini telah menyebabkan mereka kurang untuk menceburkan diri didalam aktiviti bermasyarakat. Bagi mereka, dari jam 8 pagi hinggalah ke jam 8 malam, kehidupan mereka haruslah bergelumang dengan lambakan masalah baru demi mencipta, menginovasi dan merancang kehidupan masa depan yang lebih efisien.

Untuk apa sebenarnya kita menjadi jurutera, adakah hanya untuk mengaplikasikan sains dan matematik didalam menyelesaikan masalah seharian? atau lebih dari itu. Kita (jurutera) seharusnya melihat bidang ini dalam skop atau konteks yang lebih lestari, tujuan kita melakukan inovasi dan mereka teknologi-teknologi baru, adalah demi kebahagiaan masyarakat disekeliling kita juga. Ini membuatkan kita menjadi golongan yang amat penting didalam masyarakat.

Oleh itu, kita seharusnya menjadi golongan yang proaktif dalam membina hubungan yang lebih harmoni dalam masyarakat. menjadi pemimpin yang tahu akan kehendak dan keperluan masyarakat. Dalam ertikata lain, kita seharusnya menjadi seorang pemimpin didalam masyarakat. Bukannya seorang yang "Ignorence".

Saya tertarik dengan golongan bakal jurutera di Universitas Padjajaran dan Institut Teknologi Bandung di Indonesia. Peranan mereka didalam mengharmonikan masyarakat disana sungguh signifikan. Mereka bukan sahaja membantu dari segi penyelesaian masalah teknikal didalam bidang mereka sahaja, malah, mereka juga berperanan menentukan siapa yang layak untuk mentadbir negara mereka. Mereka sungguh peka dengan kehendak dan kepelruan masyarakat disekitar mereka dan berani bertindak atas kapasiti golongan INTELEKTUAL.

Begitu juga denga segelintir mahasiswa di Unsyiah, Aceh, Pasca tsunami, mahasiswa termasuklah bakal jurutera disana cukup aktif dalam membantu menaikkan semula ekonomi dan pembangunan negeri mereka. Seorang mahasiswi yang saya jumpa disana mengatakan, disamping sibuk dengan masalah pelajarannya, beliau juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan seorang pengusaha kopi disana sehingga pengusaha tersebut berjaya. Beliaulah yang menjadi tulang belakang perusahaan peniaga tersebut dalam merangka mekanisma promosi dan perancangan perniagaan kopi tersebut. Menariknya, pengusaha tersebut adalah seorang yang buta huruf!!!

Tapi sayangnya, hanya segelintir dari kita sedar akan hakikat ini, ketiadaan kita dalam masyarakat akan menjadi punca kepada kelembapan transisi sosioekonomi negara kita untuk menjadi negara maju. Ini kerana, proses penyebaran ilmu dan maklumat serta mekanisma penyelesaian masalah seharian yang lebih holistik dan efisien tidak dapat dijayakan demi kebahagian masyarakat sekitar. Ini membuatkan penyelesaian masalah seharian secara konvensional lebih mendapat tempat dari pencarian alternatif baru dan masyarakat menjadi takut untuk berubah kearah pembaharuan.

Walaupun kita sedar akan permasalahan ini, kita tetap mahu bergaul dan bermasyarakat sesama kita sahaja tanpa mempedulikan kepentingan masyarakat sekitar. Bagi kita, jika lepas makan pakai kita, itu sudah memadai, tidak perlulah untuk memikirkan kepentingan orang lain. Sungguh "absurd" pemikiran seperti ini.

Pemikiran seperti ini telah menjerumus bidang kejuruteraan ini kedalam lubuk emas yang hanya dinikmati oleh mereka sahaja tanpa membawa faedah kepada dunia luar. Akibatnya, minda jurutera yang seharusnya terbuka, kreatif dan kritis, menjadi tidak ubah seperti robot yang hanya bertindak jika perlu, berfikir seperti yang diprogramkan.

Oleh itu, kita seharusnya keluar dari pemikiran tertutup ini dan berkongsi lubuk emas tersebut dan manfaatkan keupayaan diri kita untuk menjadikan diri kita sebahagian dari masyarakat. Bukan sahaja sebahagian, akan tetapi memimpin masayarakat kita agar menjadi lebih progresif dan intelek sekufu dengan apa yang kita ada.

Marilah kita bersama-sama memasyarakatkan jurutera, dan mahasiswa demi kebahagiaan generasi akan datang.

11:35 PM

Bersinergi

Holaa..... mungkin ramai yang tertanya-tanya, mane laa mamat yang suke tulis mende-mende kontroversi neh, huhu, sori beb wa pegi EKSPEN UKM daa.. da 4th year, nak gak carik kerja kan,

So anyway, saya nak kongsikan sedikit mengenai pengalaman saya dan rakan-rakan dari pelbagai skool yang yang join kami ke EKSPEN UKM 17 haribulan Oktober lepas. Dalam banyak-banyak perkara yang best berlaku, ada satu peristiwa yang sangat memberikan effect yang berbeza dari biasa. Tahukah anda, ketika National Career Week tu dijalankan, berlaku satu PERHIMPUNAN AMAN yang di anggotai oleh segerombolan pelajar dari pelbagai Universiti tempatan. Mereka menuntut agar pilihanraya kampus menjadi lebih 'ADIL dan TELUS'. Tujuan mereka adalah untuk menyampaikan memorandum kepada Dato' Khalid Nordin (menteri pengajian tinggi) yang hadir sama untuk merasmikan program Ekspo Kerjaya dan Pendidikan peringkat Nasional itu.

Saya tertanya-tanya, apakah definisi bagi ADIL dan TELUS yang diperjuangkan oleh mereka itu? Sedalam manakah ketelusan dan keadilan yang mereka tuntut itu? Dan keadilan dan Ketelusan Yang bagaimanakah yang mereka inginkan?

1. Tiada penyelewengan duit didalam pentadbiran Universiti??
2. Kertas kerja yang mudah diluluskan??
3. Pembiayaan penuh keatas program-program yang bertentangan dengan misi dan visi Universiti??
4.Tiada 'Sponsor luar ' dari segi kewangan atau ideologi ketika pilihan raya kampus??
5. Hapuskan kursus-kursus membasuh otak yang dijalankan ketika pelajar baru mendaftar??

Mari kita cuba kupas dari sudut 'Fair and square' bagi setiap persoalan tersebut. sepanjang saya berada di U-APEX neh, banyak aktiviti sayap kanan yang saya sudah sertai, dan saya juga pernah menyertai beberapa aktiviti-aktiviti yang bersayap kiri. Saya dapat lihat perbezaan yang cukup ketara dalam kedua-dua buah program. untuk tidak memanjangkan diskusi ini didalam blog saya (agar tidakla semak sangat nak baca!!!), saya akan cuba selesaikan dari masa ke semasa.

Hari ni punya topik: Tiada penyelewengan duit didalam pentadbiran universiti??

Di universiti, terdapat satu undang-undang yang digazetkan didalam AUKU yang mengatakan bahawa seorang pelajar tidak boleh mengumpul wang dengan apa-apa cara sekalipun selain dengan kebenaran Naib Canselor. Ketika menjalankan program bersayap kiri, saya seboleh-bolehnya cuba mengelak dari melanggar arahan tersebut dengan menggunakan saluran sayap kanan yang saya fikir relevan ketika mengumpul dana. Akan tetapi saya mendapati jalannya menjadi sangat sempit jika dibandingkan jalan yang perlu ditempuhi ketika saya menjalankan aktiviti sayap kanan.

Saya ingat lagi ketika saya menjalankan sebuah program berprofil tinggi dengan budget menjangkau RM60K (saya rasa anda tahu program apa), saya dan AJK saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam mendapatkan setengah (RM30K) peruntukan bagi menjayakan program tersebut (of coz la kene carik lagikan baru boleh jalan, but it's ok la sebab x beban sangat pastu), malah, ketika kami mempersembahkan kertas kerja kami ke peringkat tertinggi, kami hanya meminta RM 20K sahaja dan secara tidak disangka, kami diberi lampu hijau untuk meminta sehingga RM 30K. Mudahkan, minta betis, diberi paha terus.

Akan tetapi, seperti yang anda tahu, dan saya malas nak mengulas lanjut, wang tersebut evaporate entah kemana (rujuk artikel 'Badut-Badut sarkastik'). Ketika kerja-kerja dijalankan, tiada pula interest ditunjukkan oleh orang atasan kami untuk membantu menjayakan program tersebut, kecuali jika melibatkan, baju, buku cenderamata, hadiah-hadiah, dan apa-apa yang melibatkan tempahan luar. Ayat yang best sekali dan paling banyak sekali keluar time nak buat tempahan, 'Saya ada kawan....' haha, kalau tak keluar kata-kata azimat tu, memang bukan program sayap kanan la tu.

Lain pula ceritanya jika program sayap kiri nih, jalan yang dulunya cukup luas, MASYAALLAH, sempit pula jadinya, sampai saya yang kurus ni pun tak boleh nak lalu. saya cuba juga (walaupun tidak dapat peruntukan dari 'Tabung Koleksi Yuran Aktiviti Pelajar') untuk tidak mengambil jalan yang melanggar undang-undang AUKU tersebut. Akan tetapi, saya tidak pernah melarang jika AJK-AJK lain hendak juga melanggar larangan membuat kutipan luar tersebut. Bukan mereka tidak tahu, malah istilah 'legal and illegal' sering saya gunakan bagi meng'highlight'kan bahaya kepada mereka. Ini kerana, saya rasa, jika mereka benar-benar 'butuh uang' (baru belajar dari rakan-rakan indonesia) banyak lagi cara untuk mendapatkannya.

Sebagai contoh:

1. Kutipan dari Staf-staf Universiti (luaskan lagi skop hingga ke kampus induk dan kelantan, jaringankan ada.)
2. Kutipan sumbangan ketika solat jumaat (sama juga seperti diatas, luaskan skop sehingga ke kampus induk dan kelantan)
3. Buat Join Venture dengan organisasi lain yang mempunyai peruntukan untuk membiayai sedikit kos program (seperti; Pusat Islam, REDAC, CEDEC, School, and etc.)
4. Buat Jualan Amal

Dan pelbagai lagi mekanisma, akan tetapi, bagi saya, cara yang paling baik adalah, buat Join Venture dengan organisasi lain. Ini bukan sahaja akan memudahkan pengurusan, akan tetapi jalan untuk meminta wang dari pihak atasan juga akan menjadi mudah kerana mendapat sokongan dari pegawai tertentu.

Akan tetapi, masalah yang dihadapi oleh segelintir organisasi sayap kiri ini adalah, mereka terlalu ego dengan program yang mereka mahu jalankan. Bagi mereka, jika program ini dibuat secara join venture, maka akan tenggelamlah nama organisasi mereka. Akan tetapi, bila keadaan telah mendesak, barulah tehegeh-hegeh hendak membuat join venture. Apa?? maruahkah yang lebih penting atau keikhlasan anda dalam menyampaikan mesej melalui program tersebut lebih utama??.

Rakan saya Zool Ihsan pernah memberitahu kepada saya, sikap sesetengah pegawai ni, mereka suka nama mereka di'highlight'kan dengan membuat program-program tertentu, melalui cara ini, mereka boleh menunjukkan bahawa mereka benar-benar 'Buat Kerja'. Yang menariknya, bukan sekali program rakan saya ini diciplak ideanya oleh orang-orang tertentu yang hanya menagih idea-idea dari golongan kreatif macam zool ni, Tetapi, dia still cool and steady je, bila saya tanya kenapa?? jawapannya cukup mudah

"Yang penting mesej yang aku nak sampaikan sudah disampaikan, tak kisahlah sapa pun nak buat, sape cepat, diala dapat, dah kita buat keje lambat, Yang penting IKHLAS"

Wow berfalsafah jugak member aku ni sebenanye, huhu, lawati die di http://putihseri.blogspot.com

Apabila sesuatu program itu dijalankan dengan ikhlas, Insyaallah, jalan yang pada asalnya 'LUAS' kemudian 'SEMPIT' pasti akan jadi 'BERTAMBAH LUAS' jika kita yakin dan ikhlas dalam menyampaikan mesej kita. Program tersebut juga akan menjadi menarik dan berkesan kepada orang ramai dan juga AJK2 kita.

Kesimpulannya, saya berpendapat dari segi kewangan, kedua-dua sayap bermasalah, Penyelewengan di sayap kanan, anda nilailah sendiri, di sayap kiri, honestly, saya tidak pernah mengurus kewangan mereka secara total dan apa yang boleh saya katakan 'Wallahualam'. cuma berharap agar sayap kiri ni cubalah berhenti dari mengambil jalan berisiko dan cuba rendahkan ego anda untuk turun dari 'takhta khayalan' anda, dan jangan terlalu jumud dengan tradisi yang membebankan. Luaskan skop pemikiran tidak bererti kita perlu memutuskan tali pendirian.

yang lain sambung nanti.

6:18 PM

Be Brave


kadang-kala kita rasa kita keseorangan, tapi sebenarnya kita tidak keseorangan, cuma kita tidak sedar, tidak kisahlah samada kita sengaja membutakan mata atau kita terlepas pandang terhadap kehadiran orang - orang yang berada bersama-sama kita. Saya terpana juga kerana ramai juga yang memberikan respon yang positif dalam artikel "Badut-badut sarkastik". tapi sayang, terlalu ramai yang memberikan komenya melalui Yahoo Messenger. Saya berpendapat:

1. Mungkin mereka takut identiti diri terdedah

Bagi saya, jika benda itu benar dan bukan fitnah, kenapa perlu takut? Anda takut kepada sistem? sistem yang direka oleh manusia? jangan sesekali membiarkan diri dalam keadaan ketakutan. saya pernah diberitahu, "kalau orang itu pon makan nasi sama macam kita, jari pon ada lima, jalan pon guna kaki, toksah takutla, kita manusia biasa je, sume same je". kalau takut didedah? gunakan nama samaran, yang penting idea anda dibaca, express your feeling, share your thought, be more aggresive and dig for the truth. then your life will be more worthy.

2. Mereka ingin dapat respon segera daripada saya

Mereka ini dikategorikan oleh saya sebagai manusia yang eager dengan latest maklumat. Inilah mahasiswa yang benar-benar MAHASISWA. Keep it up man. But, dont just learn to know, learn how to SHARE. We are scholars, scholars are societies agent's, we are the info linkers, linkers is like a blood vein, dont let the vein freeze, it will kill the society.

3. Mereka baru tersedar akan realiti yang berlaku dan segera menginginkan kepastian

Mereka saya kategorikan sebagai manusia yang tidur. akan tetapi, mereka mudah untuk disedarkan dan terus mencari kebenaran yang berlaku. Saya tidak galakkan anda memiliki sifat sebegini, kerana, mahasiswa yang tidur bagaikan pembuluh darah yang tersumbat, perlu diberi tekanan yang tinggi baru boleh bergerak. Aktifkan diri dalam mencari maklumat.

4. Mereka ingin menyatakan rasa tidak puas hati dan mengutuk secara tertutup.

Saya kategorikan sebagai pengecut dan hanya tahu membaling batu dari belakang. Maaf, saya tidak suka melayan kerenah manusia seperti ini, saya terima komen yang berbentuk negatif, tapi cuba jadi lebih berani berkongsi pendapat yang bertentangan, mungkin idea anda membuka lembaran baru dalam isu tersebut. let the man be the man. there is no such place for maggots in this tough society.

5. Berkongsi pengalaman secara peribadi.

You are a GOOD counselor, but try to be a GREAT counselor by counselling the whole people.

6. Lebih selesa dengan menggunakan YM

No comment. When it comes to personal things, let just respect it, unless it involves me. different peop;le have different view and thought, what we have to do is just respect it. But remember, it is not a licences for us to let others peoples to do the wrong things, the fact will always be the fact. Alert them, so they can appreciate you as their savior. Be brave.

Walaupun saya memberikan beribu ulasan, But if you synchronize it, you will know,

"YOU HAVE TO BE BRAVE TO TELL THE TRUTH".


4:05 AM

badut-badut sarkastik

Hari ini saya bangun untuk menyelesaikan tugasan yang saya kira terakhir dalam ekspo kerjaya dan pedidikan (EKSPEN 08) dengan menjayakan jamuan Aidilfitri bersama kesemua AJK EKSPEN, Pra-EKSPEN, dan FEC. Waupun payah pada permulaannya untuk dijayakan, tapi, Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua AJK yang turun untuk menjayakannya.

Walaupun mungkin saya nampak gembira pada pagi ini, akan tetapi kegembiraan itu sebenarnya telah diragut pada malam sebelumnya, malam sabtu yang lepas. ini kerana saya mendapat tahu terdapat beberapa kalangan ahli "keluarga" saya yang telah melukakan hati saya dengan menuduh saya menyalah gunakan duit EKSPEN, METAMORPHOSIS, dan FEC. Pada mulanya saya ingin juga bertindak ekstrim dengan mereka yang menuduh saya, akan tetapi setelah memikirkan bahawa saya merupakan seorang mahasiswa yang matang dan bertamadun, saya tidak boleh menuduh sesuka hati seperti yang dilakukan oleh segelintir pelajar terbabit.

Persoalan dihati saya timbul apabila sesetengah dari mereka mengatakan bahawa "Kalu tak reti urus duit, baik jangan buat program", apakah tuduhan ini sebenarnya datang dari mereka yang benar-benar bertugas dan mencurahkan 100% komitmen dalam menjayakan program tersebut? Jika ya, maka sudah tehtu mereka dari golongan yang memiliki agenda tersendiri dan demi Allah, saya tak berminat untuk mengambil tahu agenda murahan mereka.

Saya tertanya, sejak bila duit EKSPEN, Pra-EKSPEN, atau METAMORFOSIS, yang jumlahnya mencecah RM 60,000 itu dipegang oleh seorang pelajar?? jika MPP sendiri pun tidak dibenarkan mengeluarkan duit sesuka hati yang hanya berjumlah RM 5,000, agak kurang berakal jika menuduh saya menyeleweng RM 60,000 yang logiknya entah dimana untuk saya pegang?

kesemua pengeluaran duit adalah diatas kebenaran en mahizan walaupun AJK kita yang bertungkus-lumus mencari duit tersebut hingga mencecah nilai seperti diatas. Pada mulanya, kami dijanjikan sebanyak RM 3,000 dari duit yang kami kumpul (agak pelik kerana kami terpaksa menagih duit yang kami sendiri cari??) untuk membuat jamuan, akan tetapi prosesnya yang lembab dan lambat, saya mengambil alih program tersebut dengan nekad bersama-sama sahabat saya untuk dijayakan, dan kami terkejut kerana peruntukan tersebut perlu dipotong atas alasan lapuk, duit x dak. Apa ni? saya bukan bodoh untuk mengira jumlah wang yang AJK saya gunakan dan menyemaknya dijabatan bendahari. senang cerita, akaun EKSPEN adalah akaun terbuka dan boleh disemak oleh sesiapa sahaja yang berjawatan PENGARAH PROGRAM. Kami diberi alasan seterusnya, kerana dalam kertas kerja tidak dimasukkan bajet untuk jamuan. Terima Kasih kepada Kak Ita yang menyelesaikan masalah tersebut. Saya tertanya juga, selama ini ada ke detail jamuan AJK dimasukkan kedalam kertas kerja? dan perlu pulak pengesahan TNC untuk dikeluarkan duitnya. Mungkin saya yang tidak peka, akan tetapi banyak juga program organisasi ni saya sudah join, Hurrrmmm... pelik2. Tidak mengapalah, anda nilailah sendiri.

Tanpa banyak soal, kami memotong bajet tersebut kepada hanya RM 800.00 sahaja, bayangkan betapa gilanya saya dan rakan-rakan dalam merangka bajet untuk 120 orang, dengan wang hanya sebanyak itu? Terima kasih sahabat-sahabat yang bersama-sama merangka bajet tersebut. anda nak tengok bajetnya?? disini saya tunjukkan bajet yang dirangka dan dihantar kepada kaunselor. saya difahamkan bahawa bajet ini diedit semula untuk menambahkan lagi beberapa peralatan yang saya tidak tahu, menurut kak ita, ia adalah duit gas, peralatan2 memakan dan sebagainya, tapi saya yakin ia tidak akan mencecah RM1000 pun, kalau ya pun sekadar RM 1100 sahaja



Tapi tahukah anda peruntukan tersebut hanya diluluskan sebanyak RM 500.00 sahaja dan kami terpaksa mendahulukan wang kami yang entah berapa kurun boleh kami tuntut? kami melakukan ini semua hanya kerana perasaan kami yang ingin menghargai sumbangan AJK kami, dan agak pelik kerana masih ada suara-suara sumbang yang masih mempertikaikan keikhlasan kami.

Setelah saya mendapat tahu mengenai perkara ini, saya terfikir, beginikah gaya dan cara mahasiswa universiti berfikir? bercakap hanya sekadar ingan menyatakan bahawa mereka boleh bercakap, menuduh tanpa usul periksa, menyebar fitnah sesuka hati? saya tidak tahu nama sebenar mereka, akan tetapi saya yakin bahawa mereka ini sudah tentu tidak mempunyai agama dan lebih malang tidak langsung mengenal apa itu tuhan. Kerana apa, logiknya, jika mereka adalah golongan beragama dan mempercayai akan wujudnya tuhan, sudah tentu mereka akan menyelidiki terdahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri sebelum menulis artikel-artikel dilaman blog saya mengkaji sedalam-dalamnya pemahaman saya agar tidak timbul fitnah,

Saya tidak kisah jika ia tidak melibatkan soal moral dan integriti saya dalam memperjuangkan apa yang saya rasa benar, akan tetapi, tuduhan melampau seperti ini hanya akan mengakibatkan saya berfikir dan terus berfikir, siapa yang salah sebenarnya? adakah saya yang gagal mengurus wang yang memang sampai matahari terbit kesebelah barat pun saya tidak boleh pegang? atau Organisasi yang mengawal wang tersebut sehingga seboleh-bolehnya tidak mahu langsung menghargai jasa AJK saya? atau pelajar terbabit yang hanya suka membuat tuduhan liar?

Walau apa pun yang berlaku, inilah realiti adik-adik yang ingin menjadi pelajar yang aktif dikampus kita, dalam kita berhadapan dengan masalah luar, adakalanya, masalah dalam "keluarga" kita sendiri yang menjadi punca runtuhnya moral kita. Akan tetapi, saya nak tegaskan disini, demi Allah, saya sudah memaafkan sesiapa sahaja yang membuat tuduhan tersebut, dan sesiapa sahaja yang berniat menghalang berjalannya program terakhir saya itu.

Akhir sekali, terima kasih kepada mereka yang hadir pada pagi tadi untuk membantu memasak dan menghabiskan makanan, sijil penghargaan EKSPEN 08 dan FEC boleh diambil di kaunter HEP mulai esok, pagi ye bukan malam.