Showing posts with label perspektif. Show all posts
Showing posts with label perspektif. Show all posts
10:47 AM

Sejarah Islam

Assalamualaikum

Islam bukan diturunkan dalam masa 23 tahun kenabian Muhammad S.A.W, akan tetapi ia telah diturunkan sejak ketibaan Nabi Adam lagi dan tugas nabi Muhammad adalah menyempurnakanya. Pelajari Salasilah dan sejarah nabi-nabi dan ketahuilah apa yang akan kamu temui adalah Allah diakhirnya. Subhanallah.

Islam adalah satu tatacara kehidupan yang syumul kerana ia melalui proses penyempurnaan yang berperingkat sejak dari turunya manusia pertama di muka bumi ini. Oleh itu, tiada sebarang agama yang mampu menyaingi ketinggian (wisdom) agama ini.

Cubaan - demi cubaan telah dilakukan oleh pelbagai pihak sejak dari permulaan manusia melakukan penyembahan berhala (zaman nabi Nuh) sehinggalah akhir zaman untuk memesongkan ajaran ini. Akan tetapi, ia kelangsungannya tetap dapat dirasai hingga kehari ini.

Allah telah menunjukkan kepada umat manusia akan betapa bahayanya penyembahan berhala ini dengan kemusnahan tamadun awal manusia iaitu pada zaman nabi Nuh A.S (banjir besar sehingga memusnahkan seluruh umat manusia kecuali mereka yang bersama dengan baginda Nuh A.S).

Allah telah membuktikan ketinggian agama ini dengan menyerahkan tugas penyempurnaanya kepada seorang nabi berbangsa arab yang pada ketika itu bangsa ini jahil langsung mengenai ramalan para nabi terdahulu mengenai kedatangan muhammad. Malah kerana kedudukan mereka yang terpisah jauh ditengah gurun padang pasir menyebabkan mereka jahil dengan apa yang sedang berlaku di kawasan 'Bulan Sabit Subur' atau "fertile cresent" dimana disinilah kawasan banyak para nabi diturunkan.

Konsep tuhan yang esa tidak langsung diketahui bangsa ini. Akan tetapi, orang-orang yahudi pada ketika itu mengenali akan kedatangan nabi ini lebih dari mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Ini kerana mereka telah diberitakan kedatanganya sejak turunnya kitab taurat dan zabur untuk membimbing mereka.

mereka meramalkan bahawa nabi ini akan lahir di sebuah kawasan 'lembah mati' atau 'Dead valley' di semenanjung tanah arab. Bayangkan sehingga begitu sekali terisolasinya bangsa arab pada ketika itu sehingga tempat mereka digelar lembah mati oleh bangsa - bangsa yang menghuni kawasan fertile crescent. mereka juga terkenal denga jolokan bangsa arab jahilliyah pada ketika itu lantaran kejahilan mereka keatas perkembangan risalah agung di kawasan fertile crescent.

Oleh kerana itulah banyak bangsa yanhudi berhijrah ketanah arab kerana beranggapan nabi tersebut akan juga lahir dikalangan bangsa mereka. Inilah sejarah lahirnya kaum yahudi madinah dan mekah pada ketika dahulu.

Akan tetapi, oleh kerana penyelewengan dan pemesongan akidah yang melampau oleh kaum ini, maka Allah telah mengutus Isa Alaihissalam sebagai pemberi peringatan sebelum kemunculan Muhammad itu sendiri. Didalam inskripsi yahudi, messiah atau nabi terakhir ini di namakan sebagai 'hmd','hamada','mhmd', yang bermaksud yang terpuji.

Akan tetapi, oleh kerana keingkaran mereka mematuhi ajaran isa alaihissalam, Allah telah menimpakan bala keatas bangsa ini dalam bentuk perpecahan dan peperangan. Pada ketika itu, pemerintahan jerussalam berada dibawah kuasa kerajaan rom dan orang - orang yahudi telah berpakat membunuh Isa AS dengan menyalibnya.

kerajaan rom yang pada ketika itu mengamalkan budaya pagan tidak mahu mencampuri urusan bangsa ini dengan menyerahkan keputusan untuk tindakan keatas nabi Isa diputuskan oleh kaumnya sendiri, iaitu bangsa yahudi. Ini kerana pembesar rom di baitulmaqdis tidak mahu kekacauan berlaku ditanah jajahan mereka dek kerana pengikut nabi Isa yang semakin ramai dan pengaruh pembesar - pembesar yahudi yang sangat kuat di baitulmaqdis pada ketika itu.

Didalam perjalan dakwah nabi Isa ke kota jerusalam dari nineveh, baginda telah di belot oleh pengikut beliau yang bernama judas iscariot yang mendedahkan lokasi bermalamnya nabi Isa AS sehingga baginda ditangkap oleh para pembesar yahudi. Allah telah menyelamatkan baginda dengan mengangkat baginda ke sisinya sehingga waktu yang ditentukan.

Peristiwa ini dirakamkan didalam Al-Quran. Ini juga merupakan salah satu bukti mukjizat Al-Qran kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak pernah mengetahui akan kisah ini sehingga baginda diberitakan melalui wahyu yang disampaikan Jibril. Pendapat sarjana barat mengatakan bahawa Muhammad mengetahui akan kisah ini melalui pengkajian baginda keatas inskripsi-inskripsi yahudi terutamanya inskripsi the dead sea scroll yang tekandung beberapa ajaran para nabi terdahulu.

Semua tuduhan ini adalah karut kerana nabi muhammad ini telah terbukti seorang yang ummi atau tidak boleh membaca dan menulis. Malah untuk menulis namanya sendiri pun baginda tidak mampu. Ini bukan tuduhan atau spekulasi yang direka, akan tetapi salah satu ciri kenabian (ummi) ini sendiri telah termaktub dalam kitab taurat dan zabur dan oleh kerana itulah, saya menegaskan bahawa kaum yahudi mengenali nabi terakhir ini lebih dari anak mereka sendiri.

Salah satu bukti nyata yang mematahkan hujah orientalis barat ini ialah bahawa the dead sea scroll itu sendiri dijumpai setelah wafatnya baginda S.A.W. Dan mengikut sejarah dakwah Muhammad SAW, baginda tidak pernah mempunyai sebarang akses dengan lembaran ajaran para nabi tersebut.

Saya tidak tahu bagimana ingin menghabiskan kisah sirah agung ini kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak dimulakan dan diakhirkan. Apa yang saya sarankan kepada pembaca sekalian, kenalilah agama islam bukan sahaja dengan mengenalinya sejak ia dibawa oleh nabi Muhammad, akan tetapi, kenalilah Islam itu sejak turunnya bapa kita, Adam A.S.

10:20 PM

Re: untuk saudara "christcomes" dan anda semua

">Salam sejahtera diucapkan kepada saudara ‘Christcomes’ diatas soalan yang saudara titipkan kepada saya didalam artikel yang “Semua untuk satu dan satu untuk semua”. Saya membuat keputusan untuk menyiarkan jawapan saya kepada persoalan saudara secara terbuka kerana ingin berkongsi pendapat dan pandangan saya mengenai hakikat dunia jirim. Mungkin ada dikalangan pembaca yang mempunyai pendapat yang berbeza atau mungkin ingin berkongsi pendapatnya nanti, bolehlah memberikan komentar yang wajar dan matang.

Terlebih dahulu, Terima kasih diucapkan kepada saudara kerana berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perspektif saya terhadap dunia material/jirim ini. Seperti yang saudara sedia maklum, alam jirim ini merupakan alam yang tidak stabil dan saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan kitaran keseimbangan mampu dicapai.

Sedikit perubahan berlaku terhadap kitaran keseimbangan ini mengakibatkan keseluruhan sistem menjadi tidak stabil dan tidak seimbang lagi. Oleh itu, dari persoalan saudara mengenai mengapa tuhan menciptakan segala-galanya, adalah jelas, untuk memastikan keseimbangan ini tercapai.

Selain itu, saya berpendapat bahwa tujuan makhluk jirim ini diciptakan adalah untuk manusia kenal, pelajari dan mengambil iktibar dari penciptaanya. Ini kerana penciptaan makhluk jirim ini adalah untuk melengkapi hakikat kewujudan manusia itu sendiri. Tidak akan lengkap sesuatu itu digelar manusia jika tiada tanah untuk dipijak, tiada air untuk di minum, tiada tanaman dan ternakan untuk di makan, dan tiada ilmu untuk dipelajari.

Akan tetapi jawapan ini hanya memfokuskan mengenai hakikat penciptaan selapas sesuatu penciptaan. Untuk mencipta sesuatu yang ada daripada tiada, saya akui, saya sendiri tidak mempunyai ilmu tentang itu, dan ketahuilah, tiada suatu makhluk tuhan pun yang tahu melainkan Tuhan itu sendiri. Ini dijelaskan didalam beberapa potong ayat Al-Quran didalam surah Al-Baqarah ayat 30 hingga 33 yang bermaksud;

“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat; “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Mereka berkata; “Apakah Engkau inign menciptakan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujimu dan menyucikan namaMu?”. Dia berfirman; “Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Dan dia ajarkan kepada Adam nama-nama benda kesemuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para Malaikat, seraya berfirman; “Sebutkan kepadaku nama semua benda ini jika kamu yang benar!”

Mereka (malaikat) menjawab”Mahasuci engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah engkau ajarkankepada kami, sungguh, engkaulah yang maha mengetahui dan mahabijaksana”.

Dia berfirman, “Wahai Adam!, beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu. Setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia berfirman,”Bukankah aku telah katakan kepadamu, bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan”.”

Daripada terjemahan ayat diatas, jelas membuktikan bahawa makhluk sesuci dan sedekat malaikat dengan Tuhan sendiripun tidak mempunyai ilmu tentang mengapa tuhan hendak menciptakan makhlukNya daripada tiada kepada ada. Apatah lagi kita sebagai manusia yang adakalanya dekat dengan Tuhan dan adakalanya jauh dariNya.

Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa ilmu Tuhan itu maha luas, kerajaanNya mahaluas, KekuasaanNya mahaluas, dan kepunyaanNyalah segala kesempurnaan, Kelebihan dan Kekuasaan. Bagaimana kita yang serba lemah, dan serba kekurangan ini ingin mengetahui apa yang Tuhan ketahui? Layakkah kita berdiri sama tinggi dengan Tuhan? Memiliki apa yang Tuhan miliki? Jika kita menjawab ya, maka tiadalah bezanya kita dengan Firaun yang mengaku dirinya sesuci Tuhan. Dan yang paling penting, layakkah kita menceroboh dan mempersoalkan hak dan kekuasaan tuhan dalam menciptakan sesuatu makhluk?.

Bagi saya, kita sebagai makhlukNya boleh sahaja mempersoalkan mengapa tuhan menciptakan ia begini, akan tetapi untuk apa tuhan menciptakan makhluk, itu adalah hak mutlakNya dan kita tidak layak untuk mempersoalkan mengapa.

Untuk Soalan saudara kita yang kedua mengenai apakah kedudukan manusia disisi Tuhan, saya telahpun menjelaskan pendapat saya bahawa kedudukan manusia itu adalah setaraf dengan makhluknya yang lain. Akan Tetapi, penciptaan KITA mempunyai kedudukan yang tersendiri disisi Tuhan. Ini kerana peranan kewujudan KITA di dunia ini adalah untuk memakmurkan alam ini disamping untuk diuji tahap keimanannya kepada sang Pencipta.

Sewaktu menjalankan tugas sebagai Khalifah Di dunia ini, KITA telah diuji dengan dua bisikan iaitu, bisikan akal dan nafsu. Kewujudan ini menyebabkan adakalanya manusia itu tergelincir dari menuju kehadrat Tuhannya, dan adakalanya menjadikan mereka lebih dekat dengan Tuhannya. Ini menyebabkan manusia sentiasa berada dalam keadaan perantaraan dan samada kita berjaya mengawal kedua-duanya atau tidak.

Berbeza dengan penciptaan Jin dan Malaikat, mereka hanya memiliki satu bisikan iaitu; malaikat memiliki akal dan syaitan memiliki nafsu sahaja. Oleh kerana itulah, jika KITA berjaya mengawal keduanya, maka dengan izinNYa, darjat kita lebih tinggi dari malaikat, tetapi jika kita gagal mengawal keduanya, kita lebih hina dari Syaitan itu sendiri. Ingat, sehina-hina Syaitan, tidak pernah diantara mereka mengaku bahawa mereka adalah tuhan, tetapi manusia, ada yang sanggup mengakuinya.

Untuk itu, saya berpendapat, Disisi tuhan manusia adalah setaraf dengan makhluknyaNya, akan tetapi KITA, memiliki kedudukanyang tersendiri setimpal dengan amalan dan tahap kepercayaan kita terhadap Tuhan.

Wallahualam.

11:53 PM

Semua untuk satu dan satu untuk semua.

Tuhan menciptakan pelbagai jenis makhluk yang langsung berbeza diantara satu dengan yang lain. Ini jelas dengan merujuk kepada kekuasaan dan keagungan penciptaan tumbuh – tumbuhan, haiwan, gunung-ganang, laut dan darat, langit dan bumi, rekabentuk awan yang pelbagai, bentuk mukabumi yang berbeza, planet-planet, system suria, bintang-bintang, malah penciptaan manusia itu sendiri yang langsung tidak sama diantara satu dengan yang lain baik dari segi rupa, perangai, latar belakang, fizikal, daya, tenaga, dan kekuatan serta pelbagai lagi.

Tidakkah ini membuatkan kita terfikir, adakah tuhan tidak jemu atau kering dari sudut idea dalam menciptakan pelbagai penciptaan tadi yang jelas, tiada satu pun yang serupa. Sesetangah pendapat ilmuan yang ahli didalam bidangnya mengatakan, tuhan tidak akan menciptakan dua benda yang sama sejak dari bermulanya penciptaan makhluk sehinggalah makhluknya kembali kepadanya. Untuk itu, makhluk tuhan tidak seharusnya merasa rendah diri mahupun terpinggir dari menjadi sebahagian dari system kerana makhluk yang berbeza, mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan system tuhan dimukabumi ini.

Ingatlah, tuhan tidak akan membebankan makhluk dengan sesuatu yang diluar dari kemampuan makhluk tersebut. Tuhan, entity yang yang agung dan hanya penciptalah yang lebih tahu akan apa yang diciptakanya. Untuk itu, makhluk seharusnya berusaha untuk keluar dari bergelut dengan dunia penolakan terhadap hakikat ketuhanan dengan mencabar kuasa pencipta. Seperti yang di sampaikan, jikalau kamu ingin berlaku ingkar terhadap tuhan mu, maka carilah bumi lain untuk kamu hidup, makanlah dari rezeki yang datangnya bukan dari rezeki tuhanmu, dan hiruplah udara yang langsung bukan dari tiupan tuhanmu.

Cabaran terhadap manusia yang berada di dalam dunia penolakan ini adalah jelas dan penuh dengan sindiran. Sedarlah, kita hanyalah makhluk, dan makhluk merupakan pelengkap dan penggerak sesuatu system yang sudah stabil. Golongan penolak inilah yang menjadikan system itu tidak stabil dan seterusnya, apabila telah banyak bahagian dari system tersebut rosak, maka semakin dekatlah dengan hari dimana makhluk perlu mengadap penciptanya. Sebab itu, seperti yang telah disampaikan, dan kaum yang ingkar itu, telah kami gantikan dengan kaum yang lebih baik dari mereka.

Oleh itu, sebagai pelengkap dan penggerak sesuatu system, makhluk saling memerlukan antara satu sama lain seperti haiwan yang memerlukan tumbuhan, tumbuhan yang memerlukan udara, udara yang memerlukan tekanan, tekanan yang memerlukan daya, dan begitulah seterusnya. Jika salah satu dari bahagian ini dirosakkan, maka terhapuslah aturan yang tadinya stabil dan hancurlah keseluruhan system tersebut.

konklusinya, makhluk semuanya adalah setaraf dan memiliki peranan yang berbeza dalam menjalankan dan melengkapkan system tuhan itu sendiri dan diakhir matlamat sesuatu system itu, sudah tentulah ia akan berbalik kepada hakikat pencipta itu sendiri, inilah bukti bahawa tuhan itu wujud, dan tuhan itu satu.

1:21 PM

Jurutera oh.. jurutera...

Assalamualaikum WBT

Sewaktu saya sedang bertungkus-lumus menyelenggara program Ekspo Kerjaya dan Pendidikan 2008 di USM Kampus Kejuruteraan yang lalu, Saya secara kebetulan menyedari bahawa kepentingan bidang kejuruteraan di Malaysia masih lagi kurang pendedahannya dalam masyarakat berbanding dengan profesion lain seperti bidang kedoktoran, Arkitek, Dan berbagai lagi cabang ilmu professional DiMalaysia. Ini membuatkan saya tertanya, apa sebenarnya yang berlaku didalam dunia kejuruteraan sehingga ia menjadi begini.

Saya melihat kekurangan ini merupakan menifestasi pembanggunan yang terlalu pantas di Malaysia sehingga para jurutera tempatan dan luar negara makin sibuk dari hari ke hari. Kesibukan ini telah menyebabkan mereka kurang untuk menceburkan diri didalam aktiviti bermasyarakat. Bagi mereka, dari jam 8 pagi hinggalah ke jam 8 malam, kehidupan mereka haruslah bergelumang dengan lambakan masalah baru demi mencipta, menginovasi dan merancang kehidupan masa depan yang lebih efisien.

Untuk apa sebenarnya kita menjadi jurutera, adakah hanya untuk mengaplikasikan sains dan matematik didalam menyelesaikan masalah seharian? atau lebih dari itu. Kita (jurutera) seharusnya melihat bidang ini dalam skop atau konteks yang lebih lestari, tujuan kita melakukan inovasi dan mereka teknologi-teknologi baru, adalah demi kebahagiaan masyarakat disekeliling kita juga. Ini membuatkan kita menjadi golongan yang amat penting didalam masyarakat.

Oleh itu, kita seharusnya menjadi golongan yang proaktif dalam membina hubungan yang lebih harmoni dalam masyarakat. menjadi pemimpin yang tahu akan kehendak dan keperluan masyarakat. Dalam ertikata lain, kita seharusnya menjadi seorang pemimpin didalam masyarakat. Bukannya seorang yang "Ignorence".

Saya tertarik dengan golongan bakal jurutera di Universitas Padjajaran dan Institut Teknologi Bandung di Indonesia. Peranan mereka didalam mengharmonikan masyarakat disana sungguh signifikan. Mereka bukan sahaja membantu dari segi penyelesaian masalah teknikal didalam bidang mereka sahaja, malah, mereka juga berperanan menentukan siapa yang layak untuk mentadbir negara mereka. Mereka sungguh peka dengan kehendak dan kepelruan masyarakat disekitar mereka dan berani bertindak atas kapasiti golongan INTELEKTUAL.

Begitu juga denga segelintir mahasiswa di Unsyiah, Aceh, Pasca tsunami, mahasiswa termasuklah bakal jurutera disana cukup aktif dalam membantu menaikkan semula ekonomi dan pembangunan negeri mereka. Seorang mahasiswi yang saya jumpa disana mengatakan, disamping sibuk dengan masalah pelajarannya, beliau juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan seorang pengusaha kopi disana sehingga pengusaha tersebut berjaya. Beliaulah yang menjadi tulang belakang perusahaan peniaga tersebut dalam merangka mekanisma promosi dan perancangan perniagaan kopi tersebut. Menariknya, pengusaha tersebut adalah seorang yang buta huruf!!!

Tapi sayangnya, hanya segelintir dari kita sedar akan hakikat ini, ketiadaan kita dalam masyarakat akan menjadi punca kepada kelembapan transisi sosioekonomi negara kita untuk menjadi negara maju. Ini kerana, proses penyebaran ilmu dan maklumat serta mekanisma penyelesaian masalah seharian yang lebih holistik dan efisien tidak dapat dijayakan demi kebahagian masyarakat sekitar. Ini membuatkan penyelesaian masalah seharian secara konvensional lebih mendapat tempat dari pencarian alternatif baru dan masyarakat menjadi takut untuk berubah kearah pembaharuan.

Walaupun kita sedar akan permasalahan ini, kita tetap mahu bergaul dan bermasyarakat sesama kita sahaja tanpa mempedulikan kepentingan masyarakat sekitar. Bagi kita, jika lepas makan pakai kita, itu sudah memadai, tidak perlulah untuk memikirkan kepentingan orang lain. Sungguh "absurd" pemikiran seperti ini.

Pemikiran seperti ini telah menjerumus bidang kejuruteraan ini kedalam lubuk emas yang hanya dinikmati oleh mereka sahaja tanpa membawa faedah kepada dunia luar. Akibatnya, minda jurutera yang seharusnya terbuka, kreatif dan kritis, menjadi tidak ubah seperti robot yang hanya bertindak jika perlu, berfikir seperti yang diprogramkan.

Oleh itu, kita seharusnya keluar dari pemikiran tertutup ini dan berkongsi lubuk emas tersebut dan manfaatkan keupayaan diri kita untuk menjadikan diri kita sebahagian dari masyarakat. Bukan sahaja sebahagian, akan tetapi memimpin masayarakat kita agar menjadi lebih progresif dan intelek sekufu dengan apa yang kita ada.

Marilah kita bersama-sama memasyarakatkan jurutera, dan mahasiswa demi kebahagiaan generasi akan datang.

2:48 PM

Revolusi dunia Barat dan kaitannya dengan dunia Islam

Bagi masyarakat eropah yang majoritinya berpegang kepada falsafah "survival of the fittest", menjadi yang terkuat adalah bukan satu pilihan, tetapi satu kemestian. Mereka yang berada diatas (terkuat) pula akan bergantung kepada nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh mereka samada perlu atau tidak untuk membantu golongan yang lemah. Akan tetapi, sejarah lampau telah membuktikan budaya "Barbarik" yang diamalkan oleh masyarakat barat seolah-olah telah menjadi satu budaya dan tradisi yang mesti diwarisi turun-temurun sehingga menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam diri mereka

Sejak dahulu lagi, eropah memandang serong terhadap golongan wanita sehingga mereka dilayan seperti *****. Wanita diperkosa sesuka-hati, didagangkan, Dibunuh dan pelbagai lagi bentuk penyeksaan yang layaknya ditakrifkan didalam kamus BINATANG. Setelah zaman berubah, golongan wanita yang selama ini di hina dan di injak martabatnya bangkit dengan slogan-slogan kesaksamaan hak dan sebagainya. Tanpa sebarang usul periksa pula, mereka dagangkan slogan-slogan tersebut keseluruh dunia. Hasilnya, kesaksamaan yang diperjuangkan oleh mereka disambut dengan pelbagai krisis keharmonian rumah tangga yang melarut dan berpanjangan. yang pasti, krisis tersebut bukan sahaja merebak di eropah, malangnya ia merebak keseluruh dunia.

Begitu juga dengan krisis keagamaan di eropah. Agama kristian di eropah pada satu ketika dahulu mengongkong penganutnya sehingga pelbagai kekejaman telah dilakukan dalam usaha para cendekiawan eropah untuk memahami "The Law of Nature" atau dunia sains. Bermula dengan teori bumi sfera oleh galilei sehinggalah kepada teori graviti oleh Isaac Newton, semuanya menyangkal Teologi kolot pihak gereja.

Oleh kerana pihak gereja tidak mampu lagi mengekang kemaraan dunia sains, golongan ahli falsafah cetek barat seperti John Hick, Michiavelli, Karl Marx, Sigmund Freud, Max Weber, dan Emile Durkheim serta ramai lagi telah meletakkan satu asas yang merubah corak pemikiran masyarakat disana. Iaitu, Konsep "Pemisahan agama dari kehidupan" atau konsep "Secularization".

Konsep ini telah menjadi barah sehingga melahirkan pelbagai ideologi-ideologi bersifat kemanusiaan yang berorientasikan nafsu manusia seperti, fahaman Facisisme, Sosialisme, Demokrasi, monarki, Nazisme, Anarkisme, dan pelbagai lagi "isme"2 yang langsung merubah suasana politik dan kehidupan masyarakat di eropah.

Dan tanpa segan silu, mereka mendakwa bahawa mereka adalah pembawa kecerahan kedalam dunia intelektual dengan menyebarkan fahaman-fahaman sampah tersebut. Hasilnya, sehingga sekarang, tiada satu pun negara didunia ini bebas dari konflik dan krisis dek kerana memperjuangkan isme-isme bodoh dan karut mereka. Saya berpendapat, isme-isme ini tidak akan mampu bertahan kerana ia tidak mempunyai asas yang kukuh dan lahir dari pergolakan politik dan agama di eropah.

Begitu juga dengan krisis kewangan yang asalnya bermula apabila presiden US, Franklin D. Roosevelt meminda akta baru dalam dasar monetari Amerika, Beliau telah memberikan ruang kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk meminjam wang dari pihak bank dengan pelbagai tawaran dan pakej-pakej pembayaran yang tidak membebankan. Hasilnya, ramai dikalangan rakyat AS yang berisiko untuk membuat pembayaran pinjaman atau namanya telah di senarai hitam boleh membeli rumah kediaman tanpa had dan hutang pihak bank di konsolidisasikan oleh kerajaan.

Inilah punca kepada krisis subprima yang melanda sistem kewangan dunia sekarang. Pihak bank yang terpaksa akur dengan dasar monetari baru (new deal) terpaksa memberikan pinjaman berisiko tinggi kepada pembeli dan akibatnya, apabila kecairan menjadi semakin kurang dan hutang sub-prima (pinjaman berisiko tinggi) semakin bertambah, seluruh sistem tersebut lumpuh dan pihak bank kehabisan tunai untuk memberikan pinjaman dan mereka sukar untuk mendapatkan pembayaran semula dari pihak peminjam.

Akibatnya, pada pertengahan tahun 2008, dunia menyaksikan kejatuhan sebuah gergasi perbankan Amerika iaitu Bank Morgan & Stanley. Rentetan dari situlah, banyak hutang tidak berbayar bank gergasi tesebut yang terpaksa dibekukan memberikan impak keatas bank-bank lain didunia.

Kesannya, seluruh sistem kewangan global lumpuh dan kadar pengangguran dijangka meningkat dari semasa kesemasa. Kasihan, kebanyakan warga pekerja pula merupakan penduduk di Asia dan Timur tengah, manakala pemilik-pemilik perusahaan pula bersenang-lenang di vila-vila mewah mereka dibarat apabila kerajaan tempatan mengumumkan pelan "Bail-Out" yang melibatkan Bertrillion-trillion dollar (US - 8oo billion Dollar dan UK- Hampir 500 Billion Pound, dan beberapa lagi negara yang mengamalkan "bail -out solution") disalurkan sebagai bantuan pernafasan untuk perusahaan mereka.

Lain pula kisahnya di Palestin, Titik berdarah mereka bermula apabila Britain dengan sesuka hatinya membuat perjanjian belfour setelah tamat perang dunia tanpa sebarang rundingan dengan orang arab palestin. Perjanjian ini dibuat sebenarnya untuk mengusir orang-orang yahudi dari eropah yang telah sekian lama menjadi bangsa perosak dieropah. Ini dibuktikan dengan pelbagai siri kekejaman yang dilakukan oleh orang eropah keatas bangsa yahudi seperti peristiwa pembunuhan orang yahudi oleh Adolf Hitler yang melibatkan hampir 2 juta nyawa orang yahudi di kelar begitu sahaja.

Bangsa ini memang tidak mempunyai tanah air dan merempat dari sebuah negeri ke negeri lain sejak dari zaman Firaun lagi. Sejarah mereka memang kasihan jika diselami kerana sentiasa dihina dan di cerca oleh bangsa lain. Ketika mereka berhijrah ke eropah, Mereka mendapat kritikan dan cercaan kerana dikatakan merampas tanah dan pekerjaan di bumi eropah. selain itu, mereka juga didakwa merupakan pembawa penyakit berjangkit yang menular di seluruh eropah. Akibatnya, ramia dikalangan bangsa tersebut berlindung di bumi arab yang pada ketika itu berada dibawah kerajaan islam.

Sangat menghairankan kerana kerajaan arab pada ketika itu sangat menghormati hak-hak mereka malah membantu mereka melepaskan diri dari kekejaman bangsa eropah. Setelah itu, mereka tanpa rasa bersalah membunuh malah mengistiharkan perang pula keatas bangsa yang pada satu ketika dahulu membantu mereka. Lebih bodoh lagi kerana mereka sanggup bersekongkol dengan bangsa eropah yang pada suatu ketika dahulu menyeksa mereka untuk menghapuskan bangsa yang membantu mereka. Inilah sikap sebenar orang yahudi yang suka melaga-lagakan bangsa didunia demi kepentingan sendiri. Oleh kerana itulah, walaupun Allah mengiktiraf bangsa ini sebagai bangsa yang paling bijak, Laknat Allah juga keatas bangsa ini.

Krisis ini meleret sehinggalah menarik perhatian dunia dan istilahnya telah ditukar bagi mengaburi mata dunia dari konflik agama kepada krisis kemanusiaan. Dan hingga sekarang, masih ramai lagi saudara seislam kita yang buta dengan permainan mereka ini.

Setalah anda semua melihat sejarah gelap dunia barat ini, anda akan tahu bahawa segala permasalahan dunia ini sebenarnya berpunca dari kekalutan politik dan agama dieropah dan ia langsung tiada kene-mengena dengan suasana kita di Asia terutamanya Islam. Revolusi-revolusi yang dicipta dieropah hanya untuk melengkapkan nas-nas agama kristian yang tercicir ketika agama tersebut diputar dan dikarang semula oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Persoalannya, mengapa kita harus mengikut revolusi-revolusi pemikiran cetek mereka ini sedangkan Islam mempunyai sistem dan pendirian yang syumul, lengkap, dan relevan dalam semua perkara. Dari Katolik ke protestan dan seterusnya Anglican, semua teologi tersebut merupakan pelngkap kepada konsep kristianiti setelah mereka gagal menselarikan konsep kristianiti dengan dunia sains. Setelah itu, mereka perkenalkan pula konsep sekularisma.

Akan tetapi, didalam Islam, Tiada pula timbul sebarang percanggahan dalam dunia agama dan Sains, Semua logik letaknya di tangan Allah dan bukan seperti John Hick yang mengatakan bahawa "manusia merupakan standart segala sesuatu, dan apa yang kita rasakan ia benar, maka benarlah ia". Ini adalah fahaman yang absurd dan tidak logik. Masakan jika seseorang yang mengatakan bahawa ini adalah ikan benar, dan seorang yang lain pula mengatakan bahawa itu bukan ikan juga benar. Yang mana satu benar dan yang mana satu salah. hanya ada satu sahaja hakikat kebenaran dan ia bukan urusan manusia untuk menentukan yang mana benar dan yang mana salah.

Akhir kalam, saudara-saudari sekalian, sedarlah, bahawa revolusi ideologi barat langsung tidak mempunyai kena-mengena dengan adat ketimuran. dan yang lebih utama lagi, revolusi didalam ajaran agama kristian langsung tiada sangkut-paut dengan dunia Islam. Islam sudah lengkap dan sempurna dan tidak memerlukan revolusi sebagai pelengkapnya. Akan tetapi apabila sesebuah agama itu tidak lengkap, maka dari situlah bermulanya pelbagai revolusi dan kesahihan agama tersebut boleh dipertikaikan.

"Islam itself is A Life, Not only The Way of Life"

11:46 PM

Kita hanya ada dia

Adakah kita sebenarnya mempunyai hubungan? adakah benar ibu bapa kita adalah ibubapa kita yang sebenar? benarkah adik dan abang kita sebenarnya adalah sebahagian dari kita.

jika anda tanyakan kepada saya, saya akan katakan bahawa

"Ya, tetapi itu hanya sekadar hubungan biologi."

Kita memang di hubungkan dengan keluarga kita secara genetik, tetapi pernahkah anda terfikir, sebenarnya manusia itu bukan sahaja terdiri daripada paduan sel-sel sahaja tetapi meliputi paduan antara roh dan jasad.

Jika jasad kita ini lahirnya dari paduan sel-sel dari jasad ibubapa kita, peroalan saya cukup mudah:

"Adakah roh kita juga merupakan paduan roh kedua ibubapa kita?"

Kita tahu bagaimana jasad kita dicipta. Bermula dengan penciptaan adam dari saripati tanah, kemudian diciptanya hawa dari rusuknya adam. maka berkembang-biaklah manusia diatas dunia ini.



Bagaimana jasad kita tercipta selepas adam adalah dengan paduan antara ovum ibu kita dan sperma bapa kita. setelah penciptaan kita disempurnakan, Allah meniupkan sebahagian dari rohnya kedalam jasad kita maka sempurnalah kita bergelar manusia. (4:1, 22:5, 23:12-16, 30:20-21, 32:7-9, 35:11, 39:6, 77:22-23, 80:18-19, 82:7-8, 86:6-8, 96:2)



akan tetapi, adakah roh kita juga melalui proses yang sama? adakah roh kita juga mempunyai jantina? mempunyai sperma dan ovum?

ketahuilah, bahawa semua itu hanyalah wujud dalam bentuk biologi tubuh kita.

Saya pernah terbaca didalam sebuah kitab yang menyatakan bahawa Allah telah menciptakan alam roh sebelum diciptakan dunia ini, disana kita telah membuat perjanjian denganNya bahawa kita akan membuat amal dan menegah kemungkaran.

Jika ini benar, maka kita merupakan individu yang wujud tanpa ada sebarang hubungan dengan roh-roh yang lain.


saya tertanya-tanya, bagaimana jika roh saya ini dimasukkan kedalam jasad Goerge W. Bush atau Yusof Qardhawi, bukankah saya akan mempunyai hubungan kekeluargaan yang berbeza dengan keluarga saya sekarang?

atau bagaimana jika roh manusia itu bukan letaknya didalam jasad sekarang tetapi jasad seekor haiwan? adakah haiwan itu yang akan digelar manusia, dan jasad ini akan digelar haiwan?

Kita makan, minum, tidur, bersenam, dan melakukan pelbagai lagi aktiviti hanya untuk memenuhi keprluan jasad kita. Sebagai contoh, jasad kita memerlukan tenaga untuk bergerak, maka, kita perlu makan untuk mendapatkan tenaga tu, maka apa yang kita makan sebenarnya hanyalah untuk memenuhi keperluan biologi tubuh kita.

bagaimana pula dengan keperluan rohani kita?

Apakah roh kita juga memerlukan makanan? minuman? tidur? dan pelbagai lagi kehendak yang sama dengan keperluan jasad kita?

saya juga tidak mampu merungkai persoalan ini. cuma saya tahu, jika benar roh itu tidak lahir dari paduan antara dua roh seperti jasad kita, maka, kita sebenarnya hidup tanpa sebarang perkaitan di dunia ini. Dan hubungan sesama manusia didalam alam material ini hanya untuk memenuhi tuntutan biologi kita dan demi memenuhi janji kita kepada Allah suatu ketika dahulu, akan tetapi di dalam hakikat kewujudan, kita sebenarnya adalah individu yang hanya ada Allah sebagai pencipta dan kita sebagai makhluk.

10:21 PM

Tuhan VS Manusia : sistem yang manakah terbaik

Adakalanya kita tidak sedar bahawa dunia yang kita diami ini sebenarnya sudah rapuh dan hanya menunggu masa untuk ia mati. lebih malang lagi, kita tidak sedar, sebenarnya kitalah yang menjadi punca kerapuhan tersebut. setelah dinilai dan diamati sejak sekian lama, saya baru tersedar, kita sebenarnya mempunyai satu masalah yang paling utama. Iaitu sistem.


manusia terlalu ego dengan keupayaan diri sehingga terlupa akan kelemahan yang bergerak seiring dengan kelebihan mereka. mereka seboleh-bolehnya ingin mencipta sebuah sistem kehidupan dengan sendiri sehingga melahirkan pelbagai teori, teologi, falsafah, dan berbagai bentuk doktrin sebagai undang-udang yang mencantikkan sistem buatan mereka.

Akan tetapi, mereka tidak sedar bahawa dengan terciptanya sistem yang berteraskan akal terbatas mereka itulah, melahirkan seribu satu masalah yang menjadi penyebab kerapuhan dunia masa kini. Saya ingin memetik satu karangan yang sangat menarik yang pernah dibaca oleh saya, kiriman abang saya. ia berbunyi begini:

Hanya Allah sahaja berhak menunjukkan sistem dan peraturan bagi kehidupan manusia. Oleh itu manusia seharusnya mengimplikasikan sistem ini ke dalam dunia realiti. Jika diteliti, sistem ini sebenarnya menjaga dan memelihara sifat kemuliaan insan dengan memberikan kemerdekaan serta mengelak manusia daripada diperkotak-katikkan oleh taraf kehidupan. Kemerdekaan bermaksud menjauhkan manusia daripada menjadi hamba hawa nafsu, kelemahan jiwa, ketamakan dan ketidakadilan yang seterusnya akan membawa kepada kemenangan dalam erti kata sebenarnya iaitu ketaatan dan kepatuhan kepada agama.




Sesungguhnya sistem Allah adalah sesuai sepanjang zaman dan universal berbanding sistem yang dicipta oleh manusia yang terbatas daripada segi akal dan pemikiran. Ketiadaan tujuan hidup hanya akan membawa kepada kesengsaraan, ketakutan dan kegelisahan di mana mereka menjadikan wang, kelazatan dunia sebagai Tuhan. Ini jelas menunjukkan kebanyakan manusia sekarang menjadi hamba kepada dunia materialistik bukan lagi kepada Tuhan yang Maha Esa di mana itu bukanlah erti ketamadunan yang sebenar bahkan mereka benar-benar telah kembali ke era jahiliyah di zaman moden. Ketamadunan bukan hanya diukur melalui materialistik dan kemodenan semata-mata tetapi ia juga perlu diselitkan dengan kebersihan hati nurani dan nilai-nilai spiritual.

Orang yang menentang syariat Islam adalah sebenarnya orang yang merasakan bahawa peraturan tersebut akan mengikat dan membelenggu manusia daripada mengikuti hawa nafsunya walhal pada hakikatnya di sebalik kekangannya ada terselit kebebasan. Sebagai contoh, perbuatan zina adalah haram untuk membebaskan manusia daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu dan mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri adalah untuk membebaskan manusia daripada sikap kedekut dan tamak.

Namun tanpa disedari oleh manusia, dosa dan kejahatan yang sebenarnya merupakan belenggu yang mengikat jiwa manusia dan menjadi beban serta menjerumus manusia ke dalam lembah kesesatan. Kita menjadi hina kerana mengikut sistem ciptaan manusia yang sentiasa terburu-buru untuk melihat hasilnya dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah apabila munculnya sistem atau peraturan manusia yang baru akan muncul pula masalah baru. Kesimpulanya, sistem Islam yang diwahyukan Allah kepada rasul-rasulnya adalah sistem yang paling efektif kerana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Ia merupakan Adaptasi daripada buku as-Syahid Sayyid Al-Qutb. Dari nukilan ini, ia jelas menunjukkan bahawa manusia sebenarnya lemah dan tidak mempunyai keupayaan untuk mencipta satu sistem baru dek kerana keterbatasan akal yang dimiliki oleh mereka. Akan tetapi, hanya Allah yang mengetahui akan segenap ilmu samada ilmu yang ghaib mahupun yang tampak, malah, merupakan pencipta ilmu itu sendiri, sahaja layak menjadi pengatur dan pencipta kepada satu sistem yang menyeluruh dan efektif.

**gambaran diatas merupakan sindiran kepada manusia yang angkuh dengan kelemahan sendiri tetapi cuba menyamakan keupayaan mereka denagan keupayaan tuhan. jika benar manusia ini layak untuk mencipta sebuah sistem, maka cubalah aturkan sendiri sistem perjalanan planet kita...fikirkanlah.

10:47 AM

Egoistik yang tidak berakal

Assalamualaikum.

Saya terpanggil untuk menghuraikan serba sedikit mengenai buku Fahaman dan Ideologi Umat Islam yang dikarang oleh Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang. Walupun saya belum menghabiskan pembacaan secara keseluruhan, akan tetapi saya berasa kagum dengan huraian dan teknik penceritaan yang disampaikan oleh ulama' besar di negara kita ini.

Buku ini mengandungi 22 bab dan di bab yang pertama, beliau menghuraikan mengenai sejarah kelahiran mazhab akidah umat Islam. Didalam bab ini beliau menerangkan mengenai bagaimana kesemua 73 golongan yang dikatakan oleh rasullullah itu lahir. Beliau juga menerangkan bagaimana agama islam ini mula dicemari dengan pelbagai limpahan ideologi barat dan timur sehingga melahirkan golongan-golongan yang bercanggah dari akar islam itu sendiri.

Yang paling menarik, beliau menceritakan bagaimana kaum yahudi, menopengkan diri membakar jiwa islam dari dalam umat islam selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Kelicikan mereka akhirnya dapat juga dihidu oleh manusia-manusia yang berakal dan mempunyai ilmu dizaman pasca rasullullah itu.

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan mengenai hujah-hujah yang diketengahkan oleh Dato' Seri ini. Beliau menegaskan bahawa pecahan ideologi umat terdahulu adalah diakibatkan oleh serangan ideologi luar (terutamanya barat) dan perselisihan politik dalaman negara islam itu sendiri mengenai isu perlantikan khalifah selepas baginda nabi wafat.

Akan tetapi pada pandangan saya, perpecahan umat islam ini sebenarnya berpunca dari sikap umat islam pada ketika itu sendiri yang terlalu ego untuk mengalah dalam menyuarakan ideologi dan pendapat mereka dalam menghuraikan apa yang terkandung didalam ajaran Nabi S.A.W. Ini jelas dengan kemunculan siri peperangan yang melibatkan sesama islam sendiri, seperti perang Jamal yang pada pendapat saya titik permulaan hancurnya hubungan persaudaraan dikalangan umat islam.

Ketika perlantikan khalifah pertama, Abu Bakar As-Siddiq, Beliau tidak pernah meminta untuk dilantik menjadi khalifah, malah ada riwayat yang mengatakan bahawa beliau seboleh-bolehnya mahu menolak dari menjawat jawatan tertinggi negara islam tersebut. Begitulah juga dikalangan para sahabat nabi yang lain termasuklah 3 khalifah agung yang diiktiraf oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka tidak pula berebut mengenai siapa yang bakal menggantikan baginda nabi dan abu bakar selepas kedua-dua insan mulia ini meninggal. Malah ketika berlakunya peristiwa pembunuhan Saidina Uthman Al-Affan sehingga tercetusnya peperangan Jamal antara Saidina Ali Karamallahuwajhah dengan Ummul Muminin Saidatina Aishah isteri nabi Muhammad S.A.W, Saidina Ali seboleh-bolehnya cuba untuk mengelak dari membunuh sesama umat Islam.

Saya pernah terbaca satu kisah yang cukup menyayatkan hati dimana pada ketika Saidina Uthman buntu dalam menyelesaikan permasalahan politik dalaman negara islam terutamanya dalam mengekang ajaran sesat yang terlalu banyak bercambah, beliau telah berpuasa dan berserah kepada Allah. Ketika masuk waktu Asar (saya kurang pasti waktunya), beliau membaca Al-Quran, Surah Al-Kahfi, dan ditakdirkan beliau tertidur dan didalam tidurnya, beliau bermimpi bertemu Rasullullah S.A.W (Subhanallah, indahnya kalau kita dapat diketemukan dengan Rasullullah walaupun hanya seketika didalam mimpi) dan baginda bertanya kepadanya, wahai Uthman, adakah kau ingin berbuka denganku atau bersama-sama dengan mereka? maka Saidina Uthman pun berkata, aku ingin berbuka bersama-sama dengan mu, Ya Rasullullah. maka pada ketika itulah beliau dibunuh dan darahnya terpercik diatas sepotong ayat didalam surah tersebut (saya tidak pasti ayat keberapa, akan tetapi jika dirujuk Al-Quran mashaf lama, anda akan mendapati ada sepotong ayat didalam surah Al-Kahfi tersebut yang ditulis dengan warna merah.).

Dan dari penulisan Dato' Seri ini (bab 1 dan 2), saya dapat simpulkan, bahawa mereka yang benar-benar faham dan tahu mengenai sesuatu perkara (Ilmu), mereka tidak akan sekali-kali bercanggah pendapat dan langsung melupakan kepentingan diri sendiri (ego) demi memastikan kemuliaan ilmu yang ada pada mereka terjamin dan tidak dikucarkan oleh pendapat-pendapat yang terpesong. Tidak pula kita mendengar bahawa dikalangan para sahabat (saya fokuskan kepada 4 khalifah tersebut) nabi bertelagah sesama mereka. Malah ketika Saidina Uthman dikepung oleh puak pemberontak, Saidina Ali R.A. segera mengirim puteranya Saidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah. Tetapi ketika Saidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, ketika Saidina Ali R.A. mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul anaknya Hasan R.A. serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saidina Uthman R.A.

malah didalam satu peristiwa, Saidina Ali telah disuruh oleh baginda Nabi untuk berdakwah di Yaman,
Saidina Ali R.A. juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasullullah S.A.W., "Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal pengadilan ini.

Mendengar perkataan Saiyidina Ali R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda,

"Ya Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan".

Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman Saidina Umar Al Khattab R.A. selalulah Saidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saidina Ali R.A. diajaknya berunding.

Lihat, anda sendiri boleh mengulas bagaimana mereka yang benar-benar Ahli dan Ikhlas dalam sesuatu perkara, mereka tidak pernah bermusuhan sesama mereka, kerana mereka tahu apa yang perlu didahulukan selain dari kepentingan peribadi (ego), ini kerana mereka mempunyai tahap ilmu yang tinngi.

Akan tetapi, mereka-mereka yang ego dan tidak mahu mendalami ilmu sahaja yang taksub untuk menegakkan apa yang mereka tafsirkan sebagai benar. Dan kerana umat Islam pada ketika itu tidak lagi membudayakan ilmu dan hanya mementingkan kekuatan dari segi fizikal, mereka mudah terpedaya dengan musuh-musuh islam.

Penulisan saya bukan untuk menuduh atau menyalahkan umat terdahulu, ini kerana perkembangan islam pada ketika itu sesuai dengan zamannya, dimana pada peringkat awal penyebaran islam, kekuatan fizikal itu penting dan barulah didatangkan dengan kekuatan dari segi ilmu.

Sebagai contoh (anda masih berminat membaca!! haha, tahniah kerana berjaya sampai disini, jangan lupa luahkan pendapat anda nanti, jika ada kesilapan, tegurlah dengan hikmah), Diperingkat awal penyebaran islam, tidak ramai dikalangan sahabat nabi yang mendalami ilmu islam itu sendiri, sebagai contoh, pejuang islam terkemuka, Khalid Al-Walid, diriwayatkan, beliau hanya boleh membaca surah Al-Fatihah sahaja. Sewaktu beliau disuruh menjadi imam, beliau membaca surah Al-Kafiruun, dan ayatnya menjadi tonggang-terbalik. hanya yang benar-benar faham mengenai usul Akidah dan Tauhid pada ketika baginda nabi masih hidup ialah sahabat terdekat baginda sahaja, seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, dan keluarga-keluarga terdekat baginda. Dari dari merekalah islam itu disebarkan dan difahamkan kepada umat seluruh alam.

Oleh itu, para sahabat sekalian, dalamilah ilmu mengenai agama sendiri dan jangan terlalu ego dalam menegakkan benang yang basah. kerana jika kita terus bersikap demikian, saya takut, perpecahan dalam masyarakat kita akan terus bercamabah, akibatnya mungkin kita tidak akan rasa, tapi anak cucu kita lah yang merana.

Wallahualam..

6:03 PM

Being gay, Lesbian, and Bi is a new way of defining sex????



Meh kite berehat jap, asyik dok pikir pasal politik kampus je, pening jugak kadang-kadang, Komentar-komentar sekalian, saya berharap anda bertanggungjawab dengan komen anda, artikel saya, saya yang akan bertanggungjawab sepenuhnya, saya tidak akan memadamkan komen-komen anda selagi tidak melepasi tahap tertentu sehingga boleh mengakibatkan kerosakan serius dalam masyarakat. seperti 7 komen yang saya terima untuk artikel kualiti vs kuantiti. maaf kepada komentar terbabit, saya terpaksa memadamnya untuk memelihara keamanan beragama di negara kita.....syntoss.

Sewaktu saya menyelesaikan tugasan teknik berfikir saya, saya mendapati sesuatu yang baru dan bagus untuk dikongsikan dengan para pembaca, sebelum itu, sila hayati statement ini:

"Being gay, lesbian, and bi, is a new way of defining sex"

Saya mendapati pernyataan ini didalam banyak blog-blog manusia songsang yang saya layari. memang memeritkan untuk menyelesaikan tugasan ni (tajuk tugasan : komplikasi seksual dikalangan mahasiswa dan remaja). Agak sedih juga kerana saya tidak mampu berkongsi apa yang saya dapat sewaktu presentation tadi. tapi tidak mengapa, biarlah saya titipkan disini sahaja.

Manusia-manusia yang mengalami komplikasi seksual ini saya klasifikasikan sebagai manusia yang cacat dan tidak mampu mengenal identiti sendiri dan tidak berupaya untuk mencari minat atau tarikan seksual keatas manusia berlainan jenis.

Mereka ini kebanyakanya membentuk kolokium-kolokium tertentu untuk berkongsi idea, pendapat dan tidak lupa juga mendapatkan kepuasan nafsu seks mereka. Didalam pemikiran mereka, seks merupakan sesuatu yang free atau dalam statement originalnya

"Sex is a nature, and nature are born free"

mereka mendefinisikan seks sebagai sesuatu yang tidak hanya boleh dinikmati oleh pasangan berlainan jantina sahaja. akan tetapi, bagi mereka, setiap manusia bebas untuk memuaskan nafsu seks mereka dengan sesiapa sahaja yang mereka minati. pemikiran mereka boleh dikategorikan sebagai pemikiran yang terbuka dan tidak berbatas. kerana itulah kebanyakan dari mereka mampu memikirkan sesuatu diluar jangkaan "Out of the box"

Akan tetapi, dalam kajian yang saya jalankan juga, pemikiran seperti ini sebenarnya akan membawa mereka kesuatu dimensi yang baru dimana kebebasan yang mereka inginkan akan mengakibatkan mereka terkeluar dari definisi seks mengikut fitrah. maksud saya ada kemungkinan mereka akan mengadakan hubungan seksual dengan objek bukan bernyawa atau haiwan.

Seorang rakan saya pernah bertanya;

"macam mana seks dengan objek tidak bernyawa tu? buat ngan tumbuh-tumbuhan ke? dengan daun?"

Dalam hati saya, saya berkata "Oh, sucinya kawan aku sorang neh....".

Apabila nafsu mereka tidak dibataskan dengan fitrah manusia, mereka akan melakukan hubungan seks dengan apa-apa sahaja selagi ia boleh memberikan kepuasan kepada kehendak nafsu mereka. dari situlah munculnya pelbagai aliran seks pelik yang diantaranya:

1. Pedophilia
2. BDSM
3. Necrophilia
4. Paraphile

dan macam-macam lagi bentuk seks yang pelik-pelik.

Bagi mereka juga, seks ini merupakan satu seni, dan seni seharunya tiada batasan. seni bagi mereka adalah satu kepuasan dimana tarikan eksotik dan erotik yang dihasilkan oleh pasangan mereka samada sejenis atau tidak merupakan sesuatu yang diluar dari kepuasan normal.

"Sex is an art, An Art should be boundless"

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa saya bawakan isu ini, saya sebenarnya ingin mengajak anda berfikir, daripada fitrah yang normal ke pada berlawanan fitrah, adakah mereka perlu dipersalahkan jika definisi seks mereka ini menjadi punca gejala seks melampau dizaman sekarang??

Dan kajian juga mengatakan bahawa komplikasi seksual ini adalah diakibatkan oleh masalah otak yang gagal berfungsi dengan sempurna. I leave u all with these questions:

1. Salah merekakah jika tuhan jadikan mereka begitu?
2. Definisi seks yang mereka berikan relevankah? saya ingin tahu pandapat anda.
3. Benarkah masalah seks bebas ini berpunca dari pemikiran mereka yang terlalu meng"seni"kan defini seks?

Wallahualam....bukakan minda, matangkan diskusi, revolusikan mekanisma, tetapkan pendirian......salam syntoss...

7:56 AM

Impian

Hari ni saya tengok cerita "Cuci". saya amat tertarik dengan mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah cerita tersebut. cerita ini mengenai empat orang anak yatim, Jojo (Awie), Khai (Hans Isaac), Farel (Afdlin Shauki), dan Sitan (Ac Mizal) yang membesar bersama - sama dirumah anak yatim (Tok Bi). Diawal penceritaan, filem ini menegaskan mengenai keempat - empat adik beradik angkat ini bertungkus lumus mengejar impian mereka iaitu ingin memenangi kontrak mencuci bangunan KLCC. Akan tetapi, impian ini sebenarnya merupakan impian Farel sahaja. Diakhir cerita tersebut, barulah ketiga - tiga pelakon utama yang lain bercerita mengenai impian mereka.

Ini membuat saya terfikir, impian itu sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu impian individu, dan impian bersama. Impian individu merupakan impian yang ingin dicapai oleh seseorang secara sendiri dan meletakkan ia sebagai petanda kejayaannya. Akan tetapi, impian secara bersama adalah impian individu yang dikongsi dengan orang lain untuk memastikan kejayaan dikecapi bersama.

Bercerita mengenai impian, saya teringat suatu peristiwa sewaktu saya di sekolah menengah dahulu. Saya pernah terlibat didalam satu rusuhan dalam menyatakan protes para pelajar terhadap seorang guru disiplin. Kami beramai-ramai (hampir semua pelajar tingkatan 5 terlibat) membuat bunting dan poster mencaci dan memaki guru disiplin tersebut. Ini kerana, guru disiplin tersebut memiliki satu impian, iaitu, menginginkan semua pelajar mengikut peraturan (sepatunya tidak salah memiliki impian seperti itu). Akan tetapi, cara dan perlaksanaan yang dilakukan oleh guru tersebut untuk berkongsi impiannya dengan para pelajar adalah sangat ekstrem dan langsung tidak kena dengan jiwa seorang pelajar (lebih tepat lagi remaja).

Bagi saya, impian sebenarnya lahir dari seorang individu, tidak kisahlah samada individu tersebut membina impian tersebut untuk dijayakan bersama atau sekadar impian untuk dirinya sahaja. Dan apabila sesuatu itu bermula dari individu, walaupun ia bekisarkan impian orang ramai, ia tetap akan dilihat sebagai suatu agenda peribadi. Dan seperti yang pernah saya tuliskan di dalam artikel "Approach and Interst",

"nowadays, people had became very individualistic and care no more in other people's interest and mind"

Oleh itu, mereka seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat untuk menjayakan impian tersebut. Akan tetapi, apa yang menariknya, didalam cerita tersebut ialah, impian farel dijayakan oleh adik-adik angkatnya dan dirinya sendiri. Yang membuatkan saya terharu, ketika farel mendapat tawaran untuk bekerja sebagai pengurus disyarikat maju jaya international services, impian tersebut disambung oleh adik-adiknya walaupun impian itu bukan lahir dari mereka. Farel, selaku pemilik impian tersebut, telah dengan sendirinya menyatakan rasa putus asanya.

Sedarkah pembaca sekalian, sebenarnya impian boleh dikongsi dan diwarisi kepada orang lain. Seperti tokoh-tokoh perjuangan terdahulu, legasi yang mereka tinggalkan, adakalanya lebih memahami impian mereka lebih dari mereka sendiri. Oleh kerana itulah Rsullullah S.A.W pernah bersabda,

"Sampaikanlah dariku walupun sepotong ayat"

Ini kerana, jika kita tidak mampu memahami impian / agenda / ayat sesuatu, tidak semestinya ia harus tamat dalam diri kita sendiri, mungkin ada orang yang lebih memahami impian / agenda / ayat tersebut dan apa yang seharusnya kita buat ialah SAMPAIKAN.

Ketika baginda s.a.w menyebarkan Islam itu sendiri, baginda memiliki impiannya (fikirnya) sendiri, iaitu, difikiran Rasullullah s.a.w, baginda menginginkan bahawa bayi terakhir yang lahir diakhir zaman ini, lahir sebagai Islam. walaupun Impian baginda berkisarkan kepentingan ummah, akan tetapi, baginda sendiri tidak mampu lari dari menyatakan impiannya sendiri.

Saya ada seorang rakan, beliau pernah mengatakan kepada saya mengenai perjuangan. Beliau berkata "Jika kita tidak mampu mencapai apa yang diperjuangkan pada hari ini, sekurang-kurangnya, perjuangan kita akan disambung oleh adik-adik kita di masa akan datang". Dan Alhamdulillah, kolokium yang dibina dengan impian bersama tersebut, segar, dan kelestarian dalam perjuangan tersebut mampu untuk dicapai.

Konklusinya:

1. Impian terbahagi kepada dua, Individu dan Bersama

2. Mekanisma untuk menyampaikan Impian yang melibatkan kepentingan bersama perlulah betul dan kena dengan gayanya

3. Impian boleh dikongsi dan diwarisi.

4. Impian / Hasrat / Perjuangan dsb, perlu di Sampaikan kepada orang lain dengan cara yang betul, kerana walupun kita tidak faham menganainya, tidak semestinya orang lain juga tidak faham mesej yang ingin disampaikan

2:20 PM

Kualiti VS Kuantiti

ketinggian everest mencecah 8,848 meter dari aras laut. Banjaran everest ini terletak bersempadanan dengan tiga buah negara, iaitu China, India dan Nepal. Akan tetapi, puncak tertingginya terletak di negara Nepal. Apa yang menariknya, Ketinggian gunung ini menyamai 20 kali ketinggian menara berkembar petronas yang ketinggiannya hanya mampu mencecah 451 meter.

Walaubagaimanapun, jika dibandingkan sumbangan kedua-dua objek tertinggi dunia ini, menara berkembar petronas menjana hampir 1 billion Ringgit Malaysia setahun, akan tetapi, gunung setinggi everest hanya menjadi tunggul yang menjana sumbangan yang tidak sampai USD 345 bagi negara Nepal (Pendapatan perkapita Nepal = USD 345 pada 2006, Malaysia USD 14,400 pada tahun 2007 - sumber, korang cari sendiri, malas sangat nak mencari, intenet dah free pun malas nak cari).

apa yang saya cuba ketengahkan disini ialah, kekuatan dan kehebatan sesutu bukanlah terletak pada dasar kuantitatif, akan tetapi, nilainya terletak pada dasar kualitatif yang ada padanya. Maksudnya, nilai sesuatu itu bukan terletak pada jumlah atau bilangan yang ada padanya, akan tetapi, ia terletak pada dasar kualiti yang ada padanya.

sebagai contoh, ketika Al-Masih Isa A.S menyebarkan Risalah Tauhid di Timur Tengah, baginda telah menghantar 12 utusan baginda kemerata tempat, dan lmereka dikenali sebagai "the twelve disciples" yang terdiri daripada:

1. Peter- Dinamakan sendiri oleh Isa A.S, nama sebenarnya ialah Simon, seorang nelayan di Galilee.

2. James- Adik kepada John

3. John- John dan James digelar oleh Isa A.S sebagai "Sons of Thunder"

4. Andrew- Abang kepada Simon/Peter, nelayan di Galilee, pengikut nabi Yahya A.S

5. Philip- berasal dari Galilee

6. Bartholomew- Anak kepada Talemai, juga ada yang mengatakan beliau adalah nathanael

7. Matthew- Seorang pengutip cukai, juga dikenali sebagai Levi

8. Thomas

9. James- Dikenali sebgai "James the Just" oleh gereja Roman katolik

10. Thaddeus- Juga dikenali sebgai Judee.

11. Simon the Zealot- juga dikenali sebagai "Simon the jerusalem".

12 Judas Iscariot- Diakhirnya dia membelot Isa A.S.

Kesemua mereka telah dihantar ketempat-tempat tertentu untuk menyampaikan khabar baik mengenai kelahiran dan ketibaan Nabi Isa A.S yang merupakan penyelamat dan penebus dosa-dosa manusia. Dan kesannya, kerana kualiti yang terdapat didalam diri mereka, ajaran yang disampaikan mereka mampu menjadi tersebar sebagai agama yang terbesar didupnia dengan jumlah penganut sebanyak hampir 2.1 Billion (Islam, 1.6 Billion).

Begitulah juga sewaktu Nabi Muhammad S.A.W menyebarkan agama Islam. Baginda dikelilingi dengan para sahabat yang memiliki kualiti iman yang sangat tinggi seperti Abu Bakar, Umar, Osman, Ali, Bilal bin Rabah, Khalid Al-Walid, Abdurrahman Bin Auf, Abu Hurairah dan lain-lain lagi. Tidak salah jika saya mengatakan bahawa tertegaknya Islam itu, adalah kerana kualiti iman yang ada pada diri mereka, Tanpa mereka, Islam adalah agama yang tidak berkualiti, dan akan semakin malap ditelan zaman. Sehingga baginda pernah memberikan memberikan perumpamaan kualiti yang ada pada para sahabatnya seperti,

1. Abu bakar;

"Jika dibandingkan Iman Abu Bakar As-Siddiq dengan Iman seluruh umat akhir zaman, berat lagi Imannya"

2. Siti Khadijah;

"Tertegaknya agama Islam diatas harta Siti Khadijah"

3. Saidina Ali;

"Jikalau aku (Rasulullah) adalah kota Ilmu, maka Ali adalah gerbangnya"

Kerana kualiti iman yang terdapat didalam diri para sahabat baginda jugalah, Umat islam yang seramai 300 orang berjaya memenangi perang badar Al-Kubra menentang beribu tentera kafir mekah. Ini kerana mereka berperang ikhlas kerana Allah dan sanggup bergadai apa sahaja demi melihat tertegaknya Islam dibumi Allah S.W.T.

Saya terpukul untuk bertanyakan kepada anda dan kepada diri saya sendiri, Adakah kita sanggup bergadai apa sahaja seperti para sahabat demi melihat tertegaknya sinar Iman dan Islam dialam ini?.....

Kita sering mengatakan bahawa manusia yang lahir dari golongan bangsawan, adalah golongan yang mempunyai kualiti yang tinggi. Jika anda merasakan bahawa ini adalah benar, maka bagaimana pula dengan "Twelve Disciples" Isa A.S tadi? Kebanyakan mereka hanya berasal dari golongan nelayan, bagaimana pula dengan Bilal bin Rabah yang asalnya hanya seorang hamba dari Afirka?

Oleh kerana itulah Allah Berfirman:

"Dan yang terbaik diantara kamu adalah yang paling bertakwa"

Hakikatnya, mereka yang bertakwa ini adalah manusia yang melihat, kualiti adalah lebih penting dari kuantiti. Itulah perbezaan diantara ahli abid dan orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya. Oleh itu, sebanyak manapun harta dan ilmu yang kita timbunkan, jika kita tidak mampu menggunakannya demi kebaikan didunia mahupun diakhirat, maka sia-sia jugalah akhirnya.

10:35 AM

"Why the sky is blue?"


"Why the sky is blue?"

soalan tersebut merupakan soalan terbodoh dalam sejarah peradaban manusia. Tapi sedarkah kita bahawa dengan soalan yang bodohlah, peradaban manusia bermula?.

Dahulu, manusia mempersoalkan kenapa kita tidak boleh terbang seperti burung, berenang seperti ikan, dan bumi ini tiada sempadan, soalan - soalan seperti ini merupakan diantara soalan yang pada satu ketika dahulu adalah bodoh untuk ditanya. Tetapi percayalah, kerana adanya manusia yang sanggup mempersoalkan soalan bodoh itulah, peradaban sekarang wujud.

Kita kerap malu atau takut untuk bertanya jika kita kurang faham atau tidak faham langsung dalam sesuatu perkara. kita lebih suka mentertawakan mereka yang sering bertanyakan soalan yang bodoh, dan tidak pernah melihat keluar dari perspektif soalan bodoh tersebut.

seorang rakan saya memarahi saya kerana dikatakan saya sering bertanyakan soalan - soalan yang pada hematnya bodoh mengenai politik dan situasi semasa, dia menuduh saya kurang membaca dan mengambil tahu mengenai persekitaran politik dinegara kita, mengenai perjuangan dan sebagainya. Akan tetapi saya hanya mengiakan sahaja kerana saya terlalu malas untuk memanjangkan perdebatan diantara kami. Ini membuatkan saya terfikir, tidakkah kawan saya sedar bahawa "different person will have different desired and interest?".

minat kitalah yang akan membentuk perasaan ingin tahu untuk mendalami sesuatu perkara. mungkin saya tidak berminat dalam bidang politik semasa, akan tetapi itu tidak semestinya saya tidak mengambil tahu langsung mengenainya, cuma pengetahuan saya tidak sedalam mereka yang minat dan benar - benar komited dalam bidang tersebut. Dan dalam kita cuba mengambil tahu sesuatu perkara, adakalanya soalan itu nampak bodoh bagi mereka yang sudah tahu jawapannya.

konklusinya:

1. Oleh itu rakan - rakan sekalian, jangan sesekali mentertawakan, menghina, atau mengejek seseorang apabila mereka bertanyakan kepada kita, "why the sky is blue?", kerana mungkin pada kita, soalan itu bodoh, tetapi adakalanya soalan itulah yang menentukan hidup mati mereka.

2. Dan kita juga harus ingat, setiap manusia mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza, perbezaan inilah yang membentuk pengetahuan seseorang, tidak semestinya mereka yang tidak tahu didalam satu bidang juga gagal dalam bidang yang lain. persefahaman dan saling melengkapilah asas kepada pembinaan maklumat yag mapan. inilah yang dikatakan kesinergian membentuk kelestarian "Synergism Towards Sustainability".

3. Dalam memahami sesuatu perkara, jangan takut dan segan bertanya, kerana sekurang-kurangnya jawapan dari orang yang kita bertanya berguna bagi diri kita sendiri walaupun tidak kepada orang lain.

9:33 AM

manusia, pendirian dan peranan

"Apa itu Bentuk".... seorang pensyarah saya pernah memberitahu sebuah kisah mengenai dirinya ketika beliau masih belajar. Beliau merupakan seorang pelajar jurusan sains. Akan tetapi, ketika beliau berada di semestar terakhir, beliau terpaksa mengambil kredit tambahan untuk mencukupkan kredit graduasi beliau. Untuk itu, beliau mengambil kursus "Teori Seni" yang merupakan kursus kontra dari kursus beliau.

Ketika didalam kuliah, pensyarahnya bertanyakan satu soalan kepada pelajarnya, "Apa itu Bentuk??", Dan Pelbagai jenis jawapan diberikan. Lalu beliau mengangkat tangan dan menjawab, bentuk merupakan sesuatu yang mempunyai "Boundaries", Sebagai contoh, Air, air tidak mempunyai bentuk, tetapi apabila air dimasukkan kedalam sebuah gelas, maka air akan mengambil bentuk tersebut.

Pensyarah beliau tersenyum dan berkata,"Inilah perbezaan diantara ahli sains dan ahli seni, Ahli sains melihat sesuatu yang berada dihadapan mereka, akan tetapi, ahli seni melihat apa yang tidak dapat dilihat atau di luar dari apa yang ada dihadapan mereka."

setelah saya mendengar kisah tersebut, saya membuat beberapa telahan, dan diantaranya ialah;

"Tiada satu pun manusia yang sama dari apa-apa segi sekalipun."

Ini kerana, walaupun jawapan yang diberikan oleh pensyarah saya berlainan dari jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan seninya, tetapi jawapan dari rakan-rakan seninya sendiri berlainan antara satu sama lain.

Oleh itu, saya beranggapan, manusia yang terlalu ingin menjadi seperti manusia lain adalah manusia yang bodoh dan tiada pendirian diri. mengapa kita perlu membandingkan diri kita dengan orang lain, sedangkan apa yang kita ada bersesuaian dengan apa yang kita perlu ada. Tuhan tidak akan menciptakan dua makhluk yang sama samada dari awal penciptaan, sehingalah keakhir penciptaan. begitu juga tuhan tidak akan membebankan makhluknya atas bebanan yang makhluknya sendiri tidak mampu pikul. Inilah yang membuktikan bahawa tuhan itu wujud dan maha perkasa,

Sebagai contoh, fenomena manusia zaman sekarang yang terlalu mengangungkan artis, band, pemain bola, dan pelbagai lagi. Ada yang sanggup bergadai apa sahaja bagi memastikan bahawa dirinya menyerupai idol kegemaran mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang mereka agungkan itu hanya akan membawa mereka ke satu dunia yang mereka sendiri terasing?.

Setiap manusia mempunyai peranan masing-masing didunia ini, dan adalah menjadi tangungjawab kita untuk mencari, apa peranan kita untuk hidup didunia ini dan cuba selesaikan peranan kita sebaik mungkin. Dan akhir sekali, Tuhan tidak akan menciptakan anda jika anda tidak mempunyai peranan dalam hidup ini.

Dari kisah "Bentuk" tadi, ini yang saya boleh simpulkan:

  1. Setiap manusia berbeza dari segala segi termasuklah pemikiran dan peranan mereka untuk hidup
  2. Membandingkan diri sendiri dengan manusia yang lain adalah satu perkara yang bodoh dan tidak masuk akal langsung.
  3. Tuhan tidak pernah menganiaya makhluk ciptaanya, akan tetapi makhluknya yang sesat dalam mencari identiti / peranan dirilah yang menganiaya diri sendiri (nak sangat menjadi orang lain sampai lupa kelebihan yang ada pada diri sendiri).
  4. Air x de bentuk.....yeke?...huhu...

12:13 AM

Approach and Interest

Hari ini saya bersiar-siar dengan abang dan adik saya di Persiaran surian, saya tidak tahu pun nak buat apa sebenarnya sebenarnya, dan dalam berjalan-jalan tak tentu hala tu, saya 'Ter'beli dua benda, Rubric and Bonsai's fertilizer.

Apa yang menariknya ialah, i met two different person today, which is the bonsai's seller, and rubric's seller. Di stall bonsai, i can see a lot of people there, walhal bukan ada orang nak beli pon, just tengok-tengok je (kalu nak cari bonsai murah, datang kat sini (The curve), jgn beli kat mid Valley, sane harga sekali ganda mahal), same as me, i'm just wanna have a talk with the bonsai seller and get some tips for my bonsai (beli dengan Zool Ihsan time internship).

Saya tengok, cara mereka approach cukup berbeza, orang yang jual rubrik tu approach orang macam x nak approach, tapi yang tokey bonsai tu, siap bagi kad nama lagi. Ini membuatkan saya terfkir:

1. jual bonsai tak untuk langsung, jadi kene approach orang gile-gile (70% true)
2. Jual rubrik untung gile sampai tak payah approach customer (10% true)
3. Ade lagi tempat jual bonsai kat sekitar ni yang lebih murah (60% true)
4. Orang PJ tak suka bonsai (50% true)
5. Orang PJ dah ada banyak bonsai (20% true)
6. Bonsai susah nak jaga (30% true)
7. Orang PJ malas nak fikir macam mane nak selesaikan rubric (90% true)
8. Rubric permainan zaman dinosour, ramai dah dapat selesaikan (0.5% true)
9. Tempat jual bonsai dekat dengan Big Apple (10% true)
10.Tempat jual bonsai lagi cantik dan best dari tempat jual rubric (10% true)
11. Awek jual bonsai lagi seksi (N/A)
12. Hanya orang tua yang bela bonsai orang muda main rubric (50% true)

p/s: haha, survey ni saya buat atas dasar ingin tahu je, jangan pulak dimasukkan dalam mana-mana kajian.

walaupun saya berikan seribu satu alasan, tapi hakikatnya kita semua tahu apa punca berlakunya situasi diatas, HOW YOU APPROACH PEOPLE. In how you approach people is important when you want to promote something new(bonsai) or something that already exist (rubric). you have to remember, nowadays, people had became very individualistic and care no more in other people's interest and mind. That's why, we have to approach these poeple in a correct way and know, in what sense the thing's we are promoting will bring benefit to them.

saya mempunyai seorang rakan, dia seorang yang sangat kuat pegangan agamanya. dia sanggup bergook-gadai apa sahaja demi mempertahankan akidahnya. Dia bercita-cita agar semua orang yang seiman denganya agar kembali ke jalan yang lurus (pada hematnya) dan mereka yang tidak seiman denganya menyertai angkatan akidahnya.

Apa yang menariknya, dia tidak pernah mahu mencuba untuk keluar dari bergaul dengan rakan-rakan seperjuanganya, untuk sama-sama turun ke dunia orang-orang yang menjadi target mereka dan cuba memahami dunia mereka. mereka sepatutnya memulakan proses dakyahnya dari dunia targetnya sendiri, bangkitkan rasa interest targetnya dari dalam diri targetnya sendiri, bukan sibuk mempromosikan interest mereka terhadap dunia mereka kepada orang lain. Mereka lebih suka berharap agar target-targetnya datang secara sukarela kepada mereka dan turut serta dalam memperjuangkan teologinya.

saya berikan satu contoh, jikalau George W. Bush mempromosikan kepada sekutu-sekutunya tentang betapa pentingnya minyak Iraq kepada Amerika, saya rasa tidak akan ada penglibatan negara lain didalam perang teluk tersebut. Akan tetapi, oleh kerana Amerika mempromosikan kempen perangnya atas nama terrorist, then they got the whole world behind rhem (eventhough we know their exact interest). This is happen because U.S did not promoting their interest to the whole world, but they promote the WORLD interest in this war, that is peace.

contoh lain pula, ketika Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan risalah tauhid, adakah baginda menyatakan bahawa "masuklah kamu kedalam islam agar kerja aku sebagai nabi selesai dengan segera" atau baginda berkata "masuklah kamu kedalam islam, kerana sesungguhnya islam adalah agama yang menjanjikan kebahagiaan bagi kamu didunia dan akhirat"?? kerana itulah baginda pernah bersadba,

"Islam datang dengan berdagang dan akan kembali dengan berdagang"

Dan hakikat dunia berdagang ialah, kita harus approach customer bukan mengharap agar customer yang datang kepada kita. ingat, mereka sebenarnya tidak sedar betapa pentingnya mereka 'membeli' produk kita, sebab itulah kita wajib menyedarkan mereka. dan dalam menyedarkan mereka, cara yang betul dan terbaik ialah, fahami dan kaji, what is our customer INTEREST.

4:13 PM

Do and Don't

Hurrrmmm.. just wanna share my thought.

Pada 29 ramadhan or 29 september ago, at night, when i'm going back from performing solat terawikh, saya berjalan melepasi beberapa orang budak (errrmmm... in about 11-13 years old) yang sedang berbual. Apa yang menarik perhatian saya ialah, topik yang mereka bincangkan iaitu 'apa itu pahala n dosa'.

I missed the part when they discussed about deeds, but for sins, saya terpana bila mendengar definisi dosa bagi mereka. Do you know what's sins for them? haha...(tak tahu nak gelak atau terkesima), mereka kata.....

"Dosa adalah satu kerugian"

Saya tertanya-tanya, in what senses they relate the sins with losses?

Huhu, actually they remind me about my childhood, and i believe, you all are the same. masa kita kecil dulu, didalam diri kita ada satu sifat yang dipanggil 'determinant' atau semangat untuk mengambil tahu mengenai sesuatu. kita sering berbincang bersama-sama rakan kita mengenai sesuatu dan apa yang menariknya, kita tidak malu menyampaikan pemikiran kita walaupun pemikiran kita itu salah. we believe in what people says and we did not afraid in expressing our view on any topics.

Dan dalam mengekspresikan idea dan pendapat kita, kita tidak pernah mengejek, menghina, atau irihati dengan sesiapa pun. kita hidup dalam keadaan yang aman, damai, tidak pernah menyimpan perasaan benci dan dendam, ikhlas dalam persahabatan, and believe it or not, when we are kids, it's only take 5 minutes to make a good friend. waa... what a wonderful and desirable world.

seorang rakan saya pernah bertanya kepada ibunya ketika dia berumur 9 tahun (darjah 3), 'ibu, BERJIMAK TU APE??' can you believe it?? and his mom (he's a boy) cannot answer (maybe she just shy) it and told him 'why don't you ask your ustaz or ustazah?'. Pergilah kawan saya tu kepada ustaz and ustazah dia dan bertanyalah dia soalan yang sama. and the same thing happen, even his ustaz and ustazah also cannot answer it,

dalam keadaan tertanya-tanya, kawan saya tu pergilah kepada rakan karibnya (yang agak bijak dan matang pada ketika itu) dan bertanyalah dia soalan tersebut. nak dipendekkan cerita, terjawablah persoalan rakan saya itu.

kenapa saya cuba bawa isu ini untuk diketengahkan? saya hanya ingin membawa pembaca sekalian kepada satu realiti yang kita sendiri tahu mengenai apa yang kita panggil 'adult'.

ketika kita meniti kedewasaan, semakin banyak input yang kita perolehi, kita semakin mengenal dunia, kita mula tahu menggunakan akal dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk. akan tetapi, ini bukanlah isu yang ingin saya bawakan. apa yang saya hendak perkatakan ialah, when we start to know what is do, in the same time we're also know what is DONT.

semakin dewasa kita, kita semakin terikat dengan rule and regulation until we killed our own ability to share and discuss our thought and feeling. kita semakin lemah dalam menyuarakan pendapat dan malu mengekspresskan idea kita. kita lagi suka membiarkan diri kita dalam keadaan tertanya-tamya daripada mencari jawapan kepada persoalan demi persoalan yang timbul dan secara tidak sedar, sebenarnya kita semakin lemah dan menjadi semakin jumud dengan terlalu banyak 'Do's and Dont's'. and believe me, there's a lot of Don't rather than Do in this world.

so guys, for me, rules and regulation is important to restore peace and serenity in our society but, we have to realize that, in this world, there are things that we should not let the 'do's and dont's' interfere with it. and that things is, thought, feeling and expression. dan tidak lupa juga, adakalanya children is our best teacher to understand the entangled things in the world, and you know why, because they got no rules, regulation, Do's and Dont's.

3:11 PM

Dilema umat sekangkang kera –Realiti yang sengaja dilupakan.

Islam telah lama menjadi sasaran golongan yang mahukan kehancuran dan kemusnahan diatas muka bumi ini. Semenjak sebelum kelahiran nabi Muhammad sendiri, pelbagai usaha telah diatur oleh pihak yahudi dalam merosakkan ajaran Tauhid ini. Sejarahnya bermula apabila kaum yahudi ini merasakan bahawa bangsa mereka sudah cukup sempurna dari segala segi untuk melahirkan nabi terakhir ini. Akan tetapi, Allah telah membuktikan, bangsa yang terbaik tidak semestinya akan melahirkan sesuatu yang baik, lantas memilih bangsa arab sebagai perumah untuk nabi yang terakhir ini.

Setelah mendapat tamparan yang hebat lantaran dari kelahiran nabi mulia ini yang bukan dari kalangan mereka, mereka mula menyediakan beratus-ratus malahan ribuan mekanisma untuk menghalang serta menghapuskan ajaran nabi mulia ini. Mereka mula menguasai sistem sedia ada dengan harapan bahawa kompartmen – kompartmen (seperti; bidang politik, perundangan, ekonomi, sosial, dan sebagainya) didalam sistem tersebut, mudah untuk dikotak – katikkan sekaligus menjadi alat bagi mereka menghancurkan akidah bawaan Nabi mulia ini. Akan tetapi, jika Allah menginginkan ia berlaku, maka akan berlakulah ia.

Ternyata usaha yang mereka jalankan setelah ribuan tahun ini, membuahkan hasil yang cukup lumayan bagi mereka dekad ini. Akan tetapi, dalam tidak sedar, ia juga sedang menuju kepada satu titik akhir dimana mereka menjadi buruan bayangan mereka sendiri. Orang-orang yahudi diseluruh dunia mula dipandang hina, mengalami krisis identiti yang teruk lantaran pudarnya rasa kepercayaan dari bangsa lain kepada mereka hasil dari perancangan yang dahulunya mereka agungkan.

Persoalannya, sedarkah mereka bahawa pemain yang sebenar bukanlah mereka, akan tetapi Allah jualah pemain yang sebenar (Pemilik dan Pentadbir sistem), seperti firmanNya yang bermaksud, ‘Mereka merancang sesuatu, akan tetapi Allah jualah sebaik-baik perancang”. Dalam meniti usia rancangan mereka yang semakin lanjut dan perjuangan yang semakin pudar, amat malang bagi umat ‘sekangkang kera’ ini yang masih lagi diulit mimpi bobrok buatan yahudi.

Mereka seharusnya sedar bahawa sistem yang menyokong mereka ini adalah penyebab kepada permasalahan yang timbul diatas muka bumi ini. Malah, mereka sanggup bertumpah - darah dalam proses meletakkan hukum dan Iman mereka kepada ajaran Islam itu sendiri terutamanya yang melibatkan sekatan dan larangan terhadap teriakan nafsu mereka. Menyalahkan umat terdahulu merupakan jalan termudah dalam menyatakan protes mereka terhadap larangan yang dibuat didalam agama. Memang benar didalam islam terdapat pelbagai larangan, akan tetapi sedarkah kita bahawa dengan larangan-larangan tersebutlah, manusia itu dapat digelar manusia.

Islam merupakan agama fitrah yang meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tiada satupun dari ajarannya yang menyimpang dari norma kehidupan seorang manusia. Ajaran Islam bukan sahaja mencakupi hal – ehwal ketuhanan sahaja, akan tetapi ia juga merangkumi soal kehidupan seharian, ilmu kemasyarakatan, ilmu mantik, falsafah, politik, ekonomi dan pelbagai lagi bidang ilmu pengetahuan. oleh itu, adalah mudah jika saya menyatakan bahawa ‘Islam is NOT a way of life, but Islam itself is a life’. Ataupun dalam bahasa bondanya, Islam bukan satu tatacara hidup, tetapi Islam itu sendiri adalah kehidupan. Ini kerana Islam merupakan satu sistem, dan sistem itu sendiri tidak dapat beroperasi jika salah satu kompartmenya gagal memainkan peranannya. (Rujuk artikel ‘Sistem‘-27/09/08)

Akan tetapi, falsafah ini perlu diperjelaskan lagi kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan anda tetanya-tanya adakah yang saya maksudkan; “ selagi kita hidup, kita adalah Islam tanpa mengira samada kita beragama kristian, Hindu, Buddha, Yahudi atau tidak beragama”. Ini merupakan tanggapan yang salah kerana maksud saya dengan mengatakan bahawa ‘Islam is a life’ adalah; selagi kita patuh dan taat kepada Allah S.W.T (yang merupakan tunjang Akidah didalam Islam), maka kita dengan sendirinya akan hidup dengan bertunjangkan fitrah manusia.

Ini kerana, Islam didatangkan sekali dalam bentuk pakej untuk menyempurnakan ciptaan makhluk bergelar manusia. Dan sudah tentu ia tidak boleh diambil sebahagian demi sebahagian sahaja. Kerana itulah didalam Al-Quran ada ditegaskan bahawa “Masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan”. Jika ingin dibuat analogi, saya suka mengaitkan bahawa makhluk yang bergelar manusia ini merupakan sebuah komputer, dimana ‘Operating system (OS)’nya adalah Islam. Sudah tentu sesebuah komputer itu tidak dapat beroperasi secara sempurna jika ‘OS’nya tidak di’install’ secara sempurna didalam komputer.

Malahan, nilai seorang insan itu sendiri terletak pada ‘OS’nya. Kerana itulah juga ada disebutkan bahawa ‘Yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang bertakwa’. Jika OSnya beroperasi dengan sempurna, maka akan menjadi bernilailah seseorang insan tersebut, dan begitulah sebaliknya.

Akan tetapi, jika dilihat senario masyarakat zaman sekarang, manusia bukan lagi berada didalam fitrahnya. Lebih mudah jika saya mengecilkan skop perbincangan ini kepada salah satu komponen dalam Umat di Malaysia, atau lebih mudah lagi Umat Melayu. Umat Melayu merupakan pecahan dari Bangsa Jawa yang asalnya menghuni tanah Jawa. Setelah dipendekkan cerita (lebih mudah jika anda membaca sejarahnya sendiri didalam kitab-kitab sejarah), Umat sekangkang kera ini melarikan diri ke Tanah Melayu pada kurun ke -11 dan menetap disana dengan membina empayar melayunya sendiri serta menjadikan agama Islam sebagai anutan rasminya.

Menariknya Umat ini adalah, semangat ukhwahnya yang tinggi dan budaya suka bertolak-ansur yang diamalkan sejak dari dahulu lagi. Yang muda menghormati yang tua, yang tua mengasihi yang muda, saling membantu jika ada yang mengalami kesusahan tanpa mengira latar belakang, penuh adab dan tatasulia, serta kaya dengan budaya dan adat resam. Haha…., indahnya pengenalan yang saya ungkapkan bagi menggambarkan Umat sekangkang kera ini.

Akan tetapi, Umat ini mempunyai satu sikap dimana mereka terlalu mengangungkan ilmu dan pencapaian dari bangsa seberang. Mungkin ini ada kaitannya dengan sejarah yang dialami oleh Umat ini yang dijajah lebih dari 400 tahun. Setelah dijajah lebih 400 tahun oleh ‘Benggali putih’, sikap dan pendirian umat ini telah berubah dan mengakibatkan mereka mengalami krisis identiti yang teruk

Mereka mula meninggalkan budaya dan adat resam warisan nenek moyang mereka. Dan lebih menyedihkan lagi mereka mula meninggalkan Kepentingan ummah mereka sendiri dengan memilih untuk mementingkan hak individu. Ini telah mengakibatkan kebejatan akhlak atau moral yang teruk didalam bangsa tersebut. Dan sememangnya Bangsa Benggali Putih ini menginkan bahawa Umat sekangkang kera ini menjadi begitu agar mereka tidak lagi mampu bangkit menentang penjajahan era baru mereka kelak. (Rujuk artikel ‘Negaraku’-24/09/08).

Sebagai gambaran realiti hasil dari pemerhatian naif saya, saya mendapati beberapa penyakit kronik telah mula dan ada yang sudah ‘bercicit’ menular kedalam umat ini. Diantaranya, budaya helenistik membabi-buta, sikap individualistik, semangat assobiyyah (saya pun adakalanya tidak faham, kenapa perlu dibeza dari mana asal kita sedangkan kita berada didalam negara yang sama, berkonsi tanah, berkongsi raja, berkongsi agama, malah berkongsi Tuhan yang sama, Allah S.W.T. Mulia sangatkah jika seseorang itu dilahirkan diutara dan hina sangatkah mereka yang lahir di selatan, atau sebaliknya?), Malas bekerja dan berfikir, suka mengkritik, mengganggap diri ‘lebih mulia’ dari yang lain (Ujub, Bongkak, dan Takbur), mengkritik hanya sekadar ingin menyatakan bahawa mereka ‘boleh bersuara’, fenomena 'tikam belakang'dan mungkin lebih banyak lagi yang belum sempat saya perhatikan.

Ramai yang menyalahkan suasana politik, persekitaran, sosioekonomi, sejarah, dan bermacam – macam lagi. Mereka terlalu ego untuk menyalahkan diri sendiri yang merupakan punca berlakunya kebejatan ini. Menyalahkan yang lain adalah lebih mudah untuk melepaskan diri daripada mengkaji punca permasalahan tersebut. Jika kita kembali kepada analogi komputer diatas, maka tahulah kita bahawa kerosakan ini sebenarnya berpunca dari OS yang tidak sempurna, itulah Islam. Komponen masyarakat yang lahir dari OS yang kurang sempurna ini pula mengakibatkan sistem kemasyarakatan menjadi rosak kerana ia gagal berfungsi dengan efisien. (Rujuk artikel ‘Sistem’-27/09/08)

Oleh itu, suka saya tegaskan di sini, di dunia ini ada berjuta permalasahan, akan tetapi kita harus ingat, puncanya tetap satu. Seajuh manakah keimanan kita di dalam Islam. Dan inilah realiti yang sengaja kita lupakan.