10:47 AM

Egoistik yang tidak berakal

Assalamualaikum.

Saya terpanggil untuk menghuraikan serba sedikit mengenai buku Fahaman dan Ideologi Umat Islam yang dikarang oleh Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang. Walupun saya belum menghabiskan pembacaan secara keseluruhan, akan tetapi saya berasa kagum dengan huraian dan teknik penceritaan yang disampaikan oleh ulama' besar di negara kita ini.

Buku ini mengandungi 22 bab dan di bab yang pertama, beliau menghuraikan mengenai sejarah kelahiran mazhab akidah umat Islam. Didalam bab ini beliau menerangkan mengenai bagaimana kesemua 73 golongan yang dikatakan oleh rasullullah itu lahir. Beliau juga menerangkan bagaimana agama islam ini mula dicemari dengan pelbagai limpahan ideologi barat dan timur sehingga melahirkan golongan-golongan yang bercanggah dari akar islam itu sendiri.

Yang paling menarik, beliau menceritakan bagaimana kaum yahudi, menopengkan diri membakar jiwa islam dari dalam umat islam selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Kelicikan mereka akhirnya dapat juga dihidu oleh manusia-manusia yang berakal dan mempunyai ilmu dizaman pasca rasullullah itu.

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan mengenai hujah-hujah yang diketengahkan oleh Dato' Seri ini. Beliau menegaskan bahawa pecahan ideologi umat terdahulu adalah diakibatkan oleh serangan ideologi luar (terutamanya barat) dan perselisihan politik dalaman negara islam itu sendiri mengenai isu perlantikan khalifah selepas baginda nabi wafat.

Akan tetapi pada pandangan saya, perpecahan umat islam ini sebenarnya berpunca dari sikap umat islam pada ketika itu sendiri yang terlalu ego untuk mengalah dalam menyuarakan ideologi dan pendapat mereka dalam menghuraikan apa yang terkandung didalam ajaran Nabi S.A.W. Ini jelas dengan kemunculan siri peperangan yang melibatkan sesama islam sendiri, seperti perang Jamal yang pada pendapat saya titik permulaan hancurnya hubungan persaudaraan dikalangan umat islam.

Ketika perlantikan khalifah pertama, Abu Bakar As-Siddiq, Beliau tidak pernah meminta untuk dilantik menjadi khalifah, malah ada riwayat yang mengatakan bahawa beliau seboleh-bolehnya mahu menolak dari menjawat jawatan tertinggi negara islam tersebut. Begitulah juga dikalangan para sahabat nabi yang lain termasuklah 3 khalifah agung yang diiktiraf oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka tidak pula berebut mengenai siapa yang bakal menggantikan baginda nabi dan abu bakar selepas kedua-dua insan mulia ini meninggal. Malah ketika berlakunya peristiwa pembunuhan Saidina Uthman Al-Affan sehingga tercetusnya peperangan Jamal antara Saidina Ali Karamallahuwajhah dengan Ummul Muminin Saidatina Aishah isteri nabi Muhammad S.A.W, Saidina Ali seboleh-bolehnya cuba untuk mengelak dari membunuh sesama umat Islam.

Saya pernah terbaca satu kisah yang cukup menyayatkan hati dimana pada ketika Saidina Uthman buntu dalam menyelesaikan permasalahan politik dalaman negara islam terutamanya dalam mengekang ajaran sesat yang terlalu banyak bercambah, beliau telah berpuasa dan berserah kepada Allah. Ketika masuk waktu Asar (saya kurang pasti waktunya), beliau membaca Al-Quran, Surah Al-Kahfi, dan ditakdirkan beliau tertidur dan didalam tidurnya, beliau bermimpi bertemu Rasullullah S.A.W (Subhanallah, indahnya kalau kita dapat diketemukan dengan Rasullullah walaupun hanya seketika didalam mimpi) dan baginda bertanya kepadanya, wahai Uthman, adakah kau ingin berbuka denganku atau bersama-sama dengan mereka? maka Saidina Uthman pun berkata, aku ingin berbuka bersama-sama dengan mu, Ya Rasullullah. maka pada ketika itulah beliau dibunuh dan darahnya terpercik diatas sepotong ayat didalam surah tersebut (saya tidak pasti ayat keberapa, akan tetapi jika dirujuk Al-Quran mashaf lama, anda akan mendapati ada sepotong ayat didalam surah Al-Kahfi tersebut yang ditulis dengan warna merah.).

Dan dari penulisan Dato' Seri ini (bab 1 dan 2), saya dapat simpulkan, bahawa mereka yang benar-benar faham dan tahu mengenai sesuatu perkara (Ilmu), mereka tidak akan sekali-kali bercanggah pendapat dan langsung melupakan kepentingan diri sendiri (ego) demi memastikan kemuliaan ilmu yang ada pada mereka terjamin dan tidak dikucarkan oleh pendapat-pendapat yang terpesong. Tidak pula kita mendengar bahawa dikalangan para sahabat (saya fokuskan kepada 4 khalifah tersebut) nabi bertelagah sesama mereka. Malah ketika Saidina Uthman dikepung oleh puak pemberontak, Saidina Ali R.A. segera mengirim puteranya Saidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah. Tetapi ketika Saidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, ketika Saidina Ali R.A. mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul anaknya Hasan R.A. serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saidina Uthman R.A.

malah didalam satu peristiwa, Saidina Ali telah disuruh oleh baginda Nabi untuk berdakwah di Yaman,
Saidina Ali R.A. juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasullullah S.A.W., "Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal pengadilan ini.

Mendengar perkataan Saiyidina Ali R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda,

"Ya Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan".

Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman Saidina Umar Al Khattab R.A. selalulah Saidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saidina Ali R.A. diajaknya berunding.

Lihat, anda sendiri boleh mengulas bagaimana mereka yang benar-benar Ahli dan Ikhlas dalam sesuatu perkara, mereka tidak pernah bermusuhan sesama mereka, kerana mereka tahu apa yang perlu didahulukan selain dari kepentingan peribadi (ego), ini kerana mereka mempunyai tahap ilmu yang tinngi.

Akan tetapi, mereka-mereka yang ego dan tidak mahu mendalami ilmu sahaja yang taksub untuk menegakkan apa yang mereka tafsirkan sebagai benar. Dan kerana umat Islam pada ketika itu tidak lagi membudayakan ilmu dan hanya mementingkan kekuatan dari segi fizikal, mereka mudah terpedaya dengan musuh-musuh islam.

Penulisan saya bukan untuk menuduh atau menyalahkan umat terdahulu, ini kerana perkembangan islam pada ketika itu sesuai dengan zamannya, dimana pada peringkat awal penyebaran islam, kekuatan fizikal itu penting dan barulah didatangkan dengan kekuatan dari segi ilmu.

Sebagai contoh (anda masih berminat membaca!! haha, tahniah kerana berjaya sampai disini, jangan lupa luahkan pendapat anda nanti, jika ada kesilapan, tegurlah dengan hikmah), Diperingkat awal penyebaran islam, tidak ramai dikalangan sahabat nabi yang mendalami ilmu islam itu sendiri, sebagai contoh, pejuang islam terkemuka, Khalid Al-Walid, diriwayatkan, beliau hanya boleh membaca surah Al-Fatihah sahaja. Sewaktu beliau disuruh menjadi imam, beliau membaca surah Al-Kafiruun, dan ayatnya menjadi tonggang-terbalik. hanya yang benar-benar faham mengenai usul Akidah dan Tauhid pada ketika baginda nabi masih hidup ialah sahabat terdekat baginda sahaja, seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, dan keluarga-keluarga terdekat baginda. Dari dari merekalah islam itu disebarkan dan difahamkan kepada umat seluruh alam.

Oleh itu, para sahabat sekalian, dalamilah ilmu mengenai agama sendiri dan jangan terlalu ego dalam menegakkan benang yang basah. kerana jika kita terus bersikap demikian, saya takut, perpecahan dalam masyarakat kita akan terus bercamabah, akibatnya mungkin kita tidak akan rasa, tapi anak cucu kita lah yang merana.

Wallahualam..

6:03 PM

Being gay, Lesbian, and Bi is a new way of defining sex????



Meh kite berehat jap, asyik dok pikir pasal politik kampus je, pening jugak kadang-kadang, Komentar-komentar sekalian, saya berharap anda bertanggungjawab dengan komen anda, artikel saya, saya yang akan bertanggungjawab sepenuhnya, saya tidak akan memadamkan komen-komen anda selagi tidak melepasi tahap tertentu sehingga boleh mengakibatkan kerosakan serius dalam masyarakat. seperti 7 komen yang saya terima untuk artikel kualiti vs kuantiti. maaf kepada komentar terbabit, saya terpaksa memadamnya untuk memelihara keamanan beragama di negara kita.....syntoss.

Sewaktu saya menyelesaikan tugasan teknik berfikir saya, saya mendapati sesuatu yang baru dan bagus untuk dikongsikan dengan para pembaca, sebelum itu, sila hayati statement ini:

"Being gay, lesbian, and bi, is a new way of defining sex"

Saya mendapati pernyataan ini didalam banyak blog-blog manusia songsang yang saya layari. memang memeritkan untuk menyelesaikan tugasan ni (tajuk tugasan : komplikasi seksual dikalangan mahasiswa dan remaja). Agak sedih juga kerana saya tidak mampu berkongsi apa yang saya dapat sewaktu presentation tadi. tapi tidak mengapa, biarlah saya titipkan disini sahaja.

Manusia-manusia yang mengalami komplikasi seksual ini saya klasifikasikan sebagai manusia yang cacat dan tidak mampu mengenal identiti sendiri dan tidak berupaya untuk mencari minat atau tarikan seksual keatas manusia berlainan jenis.

Mereka ini kebanyakanya membentuk kolokium-kolokium tertentu untuk berkongsi idea, pendapat dan tidak lupa juga mendapatkan kepuasan nafsu seks mereka. Didalam pemikiran mereka, seks merupakan sesuatu yang free atau dalam statement originalnya

"Sex is a nature, and nature are born free"

mereka mendefinisikan seks sebagai sesuatu yang tidak hanya boleh dinikmati oleh pasangan berlainan jantina sahaja. akan tetapi, bagi mereka, setiap manusia bebas untuk memuaskan nafsu seks mereka dengan sesiapa sahaja yang mereka minati. pemikiran mereka boleh dikategorikan sebagai pemikiran yang terbuka dan tidak berbatas. kerana itulah kebanyakan dari mereka mampu memikirkan sesuatu diluar jangkaan "Out of the box"

Akan tetapi, dalam kajian yang saya jalankan juga, pemikiran seperti ini sebenarnya akan membawa mereka kesuatu dimensi yang baru dimana kebebasan yang mereka inginkan akan mengakibatkan mereka terkeluar dari definisi seks mengikut fitrah. maksud saya ada kemungkinan mereka akan mengadakan hubungan seksual dengan objek bukan bernyawa atau haiwan.

Seorang rakan saya pernah bertanya;

"macam mana seks dengan objek tidak bernyawa tu? buat ngan tumbuh-tumbuhan ke? dengan daun?"

Dalam hati saya, saya berkata "Oh, sucinya kawan aku sorang neh....".

Apabila nafsu mereka tidak dibataskan dengan fitrah manusia, mereka akan melakukan hubungan seks dengan apa-apa sahaja selagi ia boleh memberikan kepuasan kepada kehendak nafsu mereka. dari situlah munculnya pelbagai aliran seks pelik yang diantaranya:

1. Pedophilia
2. BDSM
3. Necrophilia
4. Paraphile

dan macam-macam lagi bentuk seks yang pelik-pelik.

Bagi mereka juga, seks ini merupakan satu seni, dan seni seharunya tiada batasan. seni bagi mereka adalah satu kepuasan dimana tarikan eksotik dan erotik yang dihasilkan oleh pasangan mereka samada sejenis atau tidak merupakan sesuatu yang diluar dari kepuasan normal.

"Sex is an art, An Art should be boundless"

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa saya bawakan isu ini, saya sebenarnya ingin mengajak anda berfikir, daripada fitrah yang normal ke pada berlawanan fitrah, adakah mereka perlu dipersalahkan jika definisi seks mereka ini menjadi punca gejala seks melampau dizaman sekarang??

Dan kajian juga mengatakan bahawa komplikasi seksual ini adalah diakibatkan oleh masalah otak yang gagal berfungsi dengan sempurna. I leave u all with these questions:

1. Salah merekakah jika tuhan jadikan mereka begitu?
2. Definisi seks yang mereka berikan relevankah? saya ingin tahu pandapat anda.
3. Benarkah masalah seks bebas ini berpunca dari pemikiran mereka yang terlalu meng"seni"kan defini seks?

Wallahualam....bukakan minda, matangkan diskusi, revolusikan mekanisma, tetapkan pendirian......salam syntoss...

11:35 PM

Bersinergi

Holaa..... mungkin ramai yang tertanya-tanya, mane laa mamat yang suke tulis mende-mende kontroversi neh, huhu, sori beb wa pegi EKSPEN UKM daa.. da 4th year, nak gak carik kerja kan,

So anyway, saya nak kongsikan sedikit mengenai pengalaman saya dan rakan-rakan dari pelbagai skool yang yang join kami ke EKSPEN UKM 17 haribulan Oktober lepas. Dalam banyak-banyak perkara yang best berlaku, ada satu peristiwa yang sangat memberikan effect yang berbeza dari biasa. Tahukah anda, ketika National Career Week tu dijalankan, berlaku satu PERHIMPUNAN AMAN yang di anggotai oleh segerombolan pelajar dari pelbagai Universiti tempatan. Mereka menuntut agar pilihanraya kampus menjadi lebih 'ADIL dan TELUS'. Tujuan mereka adalah untuk menyampaikan memorandum kepada Dato' Khalid Nordin (menteri pengajian tinggi) yang hadir sama untuk merasmikan program Ekspo Kerjaya dan Pendidikan peringkat Nasional itu.

Saya tertanya-tanya, apakah definisi bagi ADIL dan TELUS yang diperjuangkan oleh mereka itu? Sedalam manakah ketelusan dan keadilan yang mereka tuntut itu? Dan keadilan dan Ketelusan Yang bagaimanakah yang mereka inginkan?

1. Tiada penyelewengan duit didalam pentadbiran Universiti??
2. Kertas kerja yang mudah diluluskan??
3. Pembiayaan penuh keatas program-program yang bertentangan dengan misi dan visi Universiti??
4.Tiada 'Sponsor luar ' dari segi kewangan atau ideologi ketika pilihan raya kampus??
5. Hapuskan kursus-kursus membasuh otak yang dijalankan ketika pelajar baru mendaftar??

Mari kita cuba kupas dari sudut 'Fair and square' bagi setiap persoalan tersebut. sepanjang saya berada di U-APEX neh, banyak aktiviti sayap kanan yang saya sudah sertai, dan saya juga pernah menyertai beberapa aktiviti-aktiviti yang bersayap kiri. Saya dapat lihat perbezaan yang cukup ketara dalam kedua-dua buah program. untuk tidak memanjangkan diskusi ini didalam blog saya (agar tidakla semak sangat nak baca!!!), saya akan cuba selesaikan dari masa ke semasa.

Hari ni punya topik: Tiada penyelewengan duit didalam pentadbiran universiti??

Di universiti, terdapat satu undang-undang yang digazetkan didalam AUKU yang mengatakan bahawa seorang pelajar tidak boleh mengumpul wang dengan apa-apa cara sekalipun selain dengan kebenaran Naib Canselor. Ketika menjalankan program bersayap kiri, saya seboleh-bolehnya cuba mengelak dari melanggar arahan tersebut dengan menggunakan saluran sayap kanan yang saya fikir relevan ketika mengumpul dana. Akan tetapi saya mendapati jalannya menjadi sangat sempit jika dibandingkan jalan yang perlu ditempuhi ketika saya menjalankan aktiviti sayap kanan.

Saya ingat lagi ketika saya menjalankan sebuah program berprofil tinggi dengan budget menjangkau RM60K (saya rasa anda tahu program apa), saya dan AJK saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam mendapatkan setengah (RM30K) peruntukan bagi menjayakan program tersebut (of coz la kene carik lagikan baru boleh jalan, but it's ok la sebab x beban sangat pastu), malah, ketika kami mempersembahkan kertas kerja kami ke peringkat tertinggi, kami hanya meminta RM 20K sahaja dan secara tidak disangka, kami diberi lampu hijau untuk meminta sehingga RM 30K. Mudahkan, minta betis, diberi paha terus.

Akan tetapi, seperti yang anda tahu, dan saya malas nak mengulas lanjut, wang tersebut evaporate entah kemana (rujuk artikel 'Badut-Badut sarkastik'). Ketika kerja-kerja dijalankan, tiada pula interest ditunjukkan oleh orang atasan kami untuk membantu menjayakan program tersebut, kecuali jika melibatkan, baju, buku cenderamata, hadiah-hadiah, dan apa-apa yang melibatkan tempahan luar. Ayat yang best sekali dan paling banyak sekali keluar time nak buat tempahan, 'Saya ada kawan....' haha, kalau tak keluar kata-kata azimat tu, memang bukan program sayap kanan la tu.

Lain pula ceritanya jika program sayap kiri nih, jalan yang dulunya cukup luas, MASYAALLAH, sempit pula jadinya, sampai saya yang kurus ni pun tak boleh nak lalu. saya cuba juga (walaupun tidak dapat peruntukan dari 'Tabung Koleksi Yuran Aktiviti Pelajar') untuk tidak mengambil jalan yang melanggar undang-undang AUKU tersebut. Akan tetapi, saya tidak pernah melarang jika AJK-AJK lain hendak juga melanggar larangan membuat kutipan luar tersebut. Bukan mereka tidak tahu, malah istilah 'legal and illegal' sering saya gunakan bagi meng'highlight'kan bahaya kepada mereka. Ini kerana, saya rasa, jika mereka benar-benar 'butuh uang' (baru belajar dari rakan-rakan indonesia) banyak lagi cara untuk mendapatkannya.

Sebagai contoh:

1. Kutipan dari Staf-staf Universiti (luaskan lagi skop hingga ke kampus induk dan kelantan, jaringankan ada.)
2. Kutipan sumbangan ketika solat jumaat (sama juga seperti diatas, luaskan skop sehingga ke kampus induk dan kelantan)
3. Buat Join Venture dengan organisasi lain yang mempunyai peruntukan untuk membiayai sedikit kos program (seperti; Pusat Islam, REDAC, CEDEC, School, and etc.)
4. Buat Jualan Amal

Dan pelbagai lagi mekanisma, akan tetapi, bagi saya, cara yang paling baik adalah, buat Join Venture dengan organisasi lain. Ini bukan sahaja akan memudahkan pengurusan, akan tetapi jalan untuk meminta wang dari pihak atasan juga akan menjadi mudah kerana mendapat sokongan dari pegawai tertentu.

Akan tetapi, masalah yang dihadapi oleh segelintir organisasi sayap kiri ini adalah, mereka terlalu ego dengan program yang mereka mahu jalankan. Bagi mereka, jika program ini dibuat secara join venture, maka akan tenggelamlah nama organisasi mereka. Akan tetapi, bila keadaan telah mendesak, barulah tehegeh-hegeh hendak membuat join venture. Apa?? maruahkah yang lebih penting atau keikhlasan anda dalam menyampaikan mesej melalui program tersebut lebih utama??.

Rakan saya Zool Ihsan pernah memberitahu kepada saya, sikap sesetengah pegawai ni, mereka suka nama mereka di'highlight'kan dengan membuat program-program tertentu, melalui cara ini, mereka boleh menunjukkan bahawa mereka benar-benar 'Buat Kerja'. Yang menariknya, bukan sekali program rakan saya ini diciplak ideanya oleh orang-orang tertentu yang hanya menagih idea-idea dari golongan kreatif macam zool ni, Tetapi, dia still cool and steady je, bila saya tanya kenapa?? jawapannya cukup mudah

"Yang penting mesej yang aku nak sampaikan sudah disampaikan, tak kisahlah sapa pun nak buat, sape cepat, diala dapat, dah kita buat keje lambat, Yang penting IKHLAS"

Wow berfalsafah jugak member aku ni sebenanye, huhu, lawati die di http://putihseri.blogspot.com

Apabila sesuatu program itu dijalankan dengan ikhlas, Insyaallah, jalan yang pada asalnya 'LUAS' kemudian 'SEMPIT' pasti akan jadi 'BERTAMBAH LUAS' jika kita yakin dan ikhlas dalam menyampaikan mesej kita. Program tersebut juga akan menjadi menarik dan berkesan kepada orang ramai dan juga AJK2 kita.

Kesimpulannya, saya berpendapat dari segi kewangan, kedua-dua sayap bermasalah, Penyelewengan di sayap kanan, anda nilailah sendiri, di sayap kiri, honestly, saya tidak pernah mengurus kewangan mereka secara total dan apa yang boleh saya katakan 'Wallahualam'. cuma berharap agar sayap kiri ni cubalah berhenti dari mengambil jalan berisiko dan cuba rendahkan ego anda untuk turun dari 'takhta khayalan' anda, dan jangan terlalu jumud dengan tradisi yang membebankan. Luaskan skop pemikiran tidak bererti kita perlu memutuskan tali pendirian.

yang lain sambung nanti.