11:26 AM

Human complexity

Manusia seperti yang saya jelaskan hanyalah makhluk yang dicipta dari unsur - unsur keduniaan. Akan tetapi ia dinilai bukan sahaja dari bentuk dan kesempurnaan rupa paras atau unsur lahiriahnya sahaja, akan tetapi ia juga dinilai dari segi kewujudan yang jauh lebih dalam dari unsur - unsur keduniaan tersebut. itulah unsur kerohanian. Contoh unsur - unsur berbentuk lahiriah adalah; rupa paras, suara, kecantikan, kesuburan dan pelbagai lagi ynag dapat dinilai secara terus oleh setiap insan. Manakala untuk unsur kerohanian pula seperti; sikap, sifat, cara berfikir, pegangan hidup, kepercayaan, keikhlasan, dan lain - lain.

Seperti yang telah dijelaskan, hakikat kewujudan kita adalah terdiri dari beberapa paduan unsur yang bersifat lahiriah dan kerohanian. Dimana kebiasaanya, sifat - sifat yang berteraskan unsur lahiriah akan menjadi lebih dominan didalam perhubungan insan di dunia ini. Akan tetapi, setelah pendominasian sifat lahiriah ini di terjemahkan sepenuhnya atau difahami sepenuhnya oleh insan yang lain, akan timbul pula satu dominasi baru dalam sesebuah perhubungan, iaitu pendominasian sifat berteraskan unsur rohaniah. Unsur - unsur kerohanian ini merupakan paduan, roh, akal dan nafsu yang membentuk sifat dan peribadi seseorang insan.

Selain itu, sifat seseorang insan itu pula adalah sesuatu yang sangat subjektif kerana ia merupakan hasilan dari sesuatu yang subjektif juga iaitu unsur kerohanian. Ini kerana didunia logik ini, sesuatu yang berkaitan dengan luar dari logik perkiraan akal terbatas insan akan dilabelkan sebagai sesuatu yang subjektif dan abstrak. samalah seperti hakikat kewujudan roh, akal dan nafsu yang tidak mampu dijelaskan kedudukannya oleh akal logik manusia, tetapi umum mengakui akan kewujudannya. kerana itulah ia diklasifikasikan sebagai unsur subjektif atau abstrak. Oleh kerana unsur ini merupakan sesuatu yang subjektif, maka ia juga boleh bertindak secara subjektif dan dihasilkan pula secara subjektif.

Tindakan secara subjektif adalah hasilan yang mempunyai maksud atau agenda yang luas dan luas batasannya. Manakala pembentukan sifat subjektif ini pula boleh dipengaruhi dengan pelbagai faktor luar dan dalam yang luas batasannya. Tidak seperti sifat yang dibentuk secara logik yang mempunyai perkaitan yang terhad dan sumber yang tepat dan jelas. Oleh itu, output atau hasilan dari kedua-dua paduan ini tentulah berbeza iaitu; unsur logik mempunyai hasilan yang jelas dan terang, tetapi terhad. Manakala unsur subjektif pula menghasilkan sesuatu yang adakalanya jelas tetapi mempunyai batasan output dan input yang luas.

Dalam memahami sifat manusia ini, adakalnya seseorang insan harus keluar dari menggunakan akal yang dikompos dengan unsur logik dan selarikan pula dengan akal yang dikompos dengan unsur subjektif. Ini kerana, ada pepatah menyebut, Hanya ikan yang tahu ia berenang bersama ikan. oleh itu, untuk memahami sesuatu yang subjektif (iaitu sifat seseorang insan), maka kita harus berfikiran secara subjektif dengan mengambilkira pelbagai faktor dan kemungkinan yang bakal dihasilkan. begitulah kompleksnya hubungan seseorang insan.

0 comments: