1.0 Pengenalan
Koperasi siswa atau dikenali sebagai USMEC Corporation merupakan sebuah inisiatif dari Sakretariat Keusahawanan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia dalam memperkenalkan budaya “Bersinergi, Membantu, dan Membangun bersama” di kalangan mahasiswa dan Alumni Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia.
Melalui platform ini, para pelajar dan alumni yang berdaftar dikampus kejuruteraan USM boleh mengambil bahagian dengan membuat pendaftaran sebagai ahli seumur hidup (selagi saham asas tidak dikeluarkan). Dengan cara ini, bukan sahaja hubungan yang rapat dikalangan mahasiswa yang baru berdaftar dengan Alumni yang sudah berkerjaya dapat dieratkan, malah perkongsian pengalaman dan pelbagai sumber intelektualisma, Spiritualisma dan Metarialisma dapat dijalinkan untuk kelestarian bersama.
Dengan tertubuhnya koperasi siswa ini, dana yang dapat dikumpulkan melalui penjualan saham kepada mahasiswa dan alumni yang berkenaan akan dipecahkan kepada tiga tabung/dana. Bahagian pertama dana tersebut akan dinamakan sebagai “Dana Bantu-Niaga Siswa” (DBNS). Melalui pembentukan DBNS ini, mahasiswa yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan serta mempunyai rancangan perniagaaan yang baik, realistik dan mempunyai daya maju yang tnggi boleh memohon bantuan pinjaman modal perniagaan, dan kelulusan bantuan akan dibuat oleh panel professional yang dilantik. Melalui mekanisma ini, secara tidak langsung, mahasiswa/alumni dapat menjalankan perniagaan disamping menimba pengalaman sebelum melangkah kedunia perniagaan sebenar.
Sebahagian lagi dana yang dikumpul pula akan disalurkan ke Bahagian Pengayaan Sumber, Resources Enrichment Department, dan dinamakan sebagai “Dana Peruntukan dan Pengayaan Sumber” DPPS. Dibawah bahagian ini, aktiviti pelaburan dan pembelian aset-aset strategik untuk pengayaan sumber kewangan akan dijalankan melalui pemantauan yang ketat dari Board of Corporation Directors, BOCD yang terdiri daripada 10 individu yang dilantik melalui Annual Grand Meeting, AGM atau Extraordinary Grand Meeting, EGM. Pecahan dari peruntukan kerusi ini adalah seperti berikut; 7 mahasiswa (Ijazah dan Ijazah Lanjutan), 1-Alumni, 1-Staf bukan akademik, dan 1-staf akademik.
Selain itu, pihak koperasi dibawah Bahagian Pengurusan Aset Koperasi , Corporation Assets Management Department, pula akan mencari beberapa peluang perniagaan yang berpotensi tinggi dan mampu dilaksanakan dikawasan dalam dan luar kampus untuk direalisasikan. Melalui penubuhan beberapa anak syarikat yang dikenali sebagai Corporation Link Company, CLC ini, beberapa individu yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas didalam bidang perniagaan akan dilantik sebagai Pengarah lantikan dan keseluruhan keuntungan perniagaan tersebut akan dimasukkan kedalam dana kumulatif korperasi.
Setakat ini, Penubuhan koperasi ini telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Korperasi Malaysia, SKM dan surat persetujuan penubuhan ini adalah seperti yang dilampirkan di lampiran 1a & 1b. Struktur Utama Koperasi ini juga adalah seperti dilampirkan didalam lampiran 2. Manakala portfolio bagi setiap jawatan yang telah di wujudkan akan di paparkan di dalam post yang akan datang selepas persetujuan dari pihak universiti diterima.
Sekian sahaja buat masa ini, segala perkembangan mengenai pembentukan koperasi ini akan di sampaikan melalui saluran-saluran yang mudah diakses oleh orang ramai seperti; Laman Sosial Facebook, Friendster, MySpace, Yahoo Messenger, Skype, MSN Messenger, Blog rasmi sakretariat, Laman web USM KKj dan MPP.
Bersinergi kearah Kelestarian.
Synergism Towards Sustainability.
0 comments:
Post a Comment