9:31 AM

The scrotum of Atjeh

The scrotum of atjeh (Acheh)...

Scrotum manusia merupakan bahagian yang penting untuk menjaga testis lelaki yang merupakan tempat penghasilan sperma. Sperma yang baik, apabila bertamu dengan ovum yang baik, maka, akan terhasillah manusia yang baik.

Ada dinyatakan, benih yang baik, apabila ditanam didalam tanah yang baik, akan menghasilkan pokok yang baik dan buah yang baik.

Saya mengambil analogi ini untuk disamakan dengan peranan universiti di Atjeh (Acheh) yang merupakan tempat yang menaungi golongan manusia yang cintakan ilmu dan berperanan sebagai penggerak utama masyarakat disana.

Jika Mahasiswa/i di sana di samakan dengan sperma yang baik dan berkualiti, masyarakat disana pula disamakan dengan ovum yang baik. Ini kerana, mahasiswa disana cukup aktif dalam memainkan peranan dalam menyeimbangkan sosioekonomi masyarakat disana. Hasil daripada percantuman ini, maka terhasillah sebuah tamadun yang harmoni dan mampu bangkit setelah hanya 4 tahun tragedi tsunami melanda Atjeh.

Jika disingkap sejarah hitam yang melanda atjeh 26 Disember 2004 yang lalu, hampir saja malapetaka tersebut meragut keseluruhan agama, budaya dan masyarakat serambi mekah itu. Akan tetapi, hasil daripada mahasiswa dan mahasiswi Universitas di Atjeh, ketamadunan yang hampir musnah telah berjaya dibina semula.


Inilah peranan mahasiswa yang seharusnya dicontohi oleh kita. Kita di Malaysia diberikan pelbagai kemudahan dan prasarana kelas pertama dalam mengembangkan bakat dan pemikiran kita. Akan tetapi, kita lebih rela melihat masyarakat disekeliling kita tertinggal jauh kebelakang tanpa membantu mereka.


Kesimpulannya, kehebatan dan kemegahan sesebuah tamadun terbina bukan sahaja dari bilangan masyarakatnya yang berilmu, akan tetapi sejauh mana sumbangan mereka kepada pembanggunan dan pembinaan sesebuah tamadun tersebut. mencontohi sesuatu yang baik tidak bererti tidak berpendirian, akan tetapi ia adalah satu kemuliaan.

0 comments: