10:21 PM

Tuhan VS Manusia : sistem yang manakah terbaik

Adakalanya kita tidak sedar bahawa dunia yang kita diami ini sebenarnya sudah rapuh dan hanya menunggu masa untuk ia mati. lebih malang lagi, kita tidak sedar, sebenarnya kitalah yang menjadi punca kerapuhan tersebut. setelah dinilai dan diamati sejak sekian lama, saya baru tersedar, kita sebenarnya mempunyai satu masalah yang paling utama. Iaitu sistem.


manusia terlalu ego dengan keupayaan diri sehingga terlupa akan kelemahan yang bergerak seiring dengan kelebihan mereka. mereka seboleh-bolehnya ingin mencipta sebuah sistem kehidupan dengan sendiri sehingga melahirkan pelbagai teori, teologi, falsafah, dan berbagai bentuk doktrin sebagai undang-udang yang mencantikkan sistem buatan mereka.

Akan tetapi, mereka tidak sedar bahawa dengan terciptanya sistem yang berteraskan akal terbatas mereka itulah, melahirkan seribu satu masalah yang menjadi penyebab kerapuhan dunia masa kini. Saya ingin memetik satu karangan yang sangat menarik yang pernah dibaca oleh saya, kiriman abang saya. ia berbunyi begini:

Hanya Allah sahaja berhak menunjukkan sistem dan peraturan bagi kehidupan manusia. Oleh itu manusia seharusnya mengimplikasikan sistem ini ke dalam dunia realiti. Jika diteliti, sistem ini sebenarnya menjaga dan memelihara sifat kemuliaan insan dengan memberikan kemerdekaan serta mengelak manusia daripada diperkotak-katikkan oleh taraf kehidupan. Kemerdekaan bermaksud menjauhkan manusia daripada menjadi hamba hawa nafsu, kelemahan jiwa, ketamakan dan ketidakadilan yang seterusnya akan membawa kepada kemenangan dalam erti kata sebenarnya iaitu ketaatan dan kepatuhan kepada agama.




Sesungguhnya sistem Allah adalah sesuai sepanjang zaman dan universal berbanding sistem yang dicipta oleh manusia yang terbatas daripada segi akal dan pemikiran. Ketiadaan tujuan hidup hanya akan membawa kepada kesengsaraan, ketakutan dan kegelisahan di mana mereka menjadikan wang, kelazatan dunia sebagai Tuhan. Ini jelas menunjukkan kebanyakan manusia sekarang menjadi hamba kepada dunia materialistik bukan lagi kepada Tuhan yang Maha Esa di mana itu bukanlah erti ketamadunan yang sebenar bahkan mereka benar-benar telah kembali ke era jahiliyah di zaman moden. Ketamadunan bukan hanya diukur melalui materialistik dan kemodenan semata-mata tetapi ia juga perlu diselitkan dengan kebersihan hati nurani dan nilai-nilai spiritual.

Orang yang menentang syariat Islam adalah sebenarnya orang yang merasakan bahawa peraturan tersebut akan mengikat dan membelenggu manusia daripada mengikuti hawa nafsunya walhal pada hakikatnya di sebalik kekangannya ada terselit kebebasan. Sebagai contoh, perbuatan zina adalah haram untuk membebaskan manusia daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu dan mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri adalah untuk membebaskan manusia daripada sikap kedekut dan tamak.

Namun tanpa disedari oleh manusia, dosa dan kejahatan yang sebenarnya merupakan belenggu yang mengikat jiwa manusia dan menjadi beban serta menjerumus manusia ke dalam lembah kesesatan. Kita menjadi hina kerana mengikut sistem ciptaan manusia yang sentiasa terburu-buru untuk melihat hasilnya dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah apabila munculnya sistem atau peraturan manusia yang baru akan muncul pula masalah baru. Kesimpulanya, sistem Islam yang diwahyukan Allah kepada rasul-rasulnya adalah sistem yang paling efektif kerana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Ia merupakan Adaptasi daripada buku as-Syahid Sayyid Al-Qutb. Dari nukilan ini, ia jelas menunjukkan bahawa manusia sebenarnya lemah dan tidak mempunyai keupayaan untuk mencipta satu sistem baru dek kerana keterbatasan akal yang dimiliki oleh mereka. Akan tetapi, hanya Allah yang mengetahui akan segenap ilmu samada ilmu yang ghaib mahupun yang tampak, malah, merupakan pencipta ilmu itu sendiri, sahaja layak menjadi pengatur dan pencipta kepada satu sistem yang menyeluruh dan efektif.

**gambaran diatas merupakan sindiran kepada manusia yang angkuh dengan kelemahan sendiri tetapi cuba menyamakan keupayaan mereka denagan keupayaan tuhan. jika benar manusia ini layak untuk mencipta sebuah sistem, maka cubalah aturkan sendiri sistem perjalanan planet kita...fikirkanlah.

4 comments:

FuzAma said...

setuju sangat!hmmm...afiq...cuba ko terangkan lebih terperinci..cthnya. sistem kat malaysia yg tak selari dgn sistem Islam..apa patut ubah..apap patut kekal..suka nak dengar hujah ko..

tapi apapun..aku mmg setuju dgn hang! cayalah...

e-mam said...

byk sangat, tapi aku lebih suka jelaskan secara menyeluruh, sebagai contoh, masalah yang dihadapi dunia masakini adalah masalah sistem kewangan tempias dari krisis subprima AS. banyak penyelesaian yang dicadangkan oleh pakar-pakar ekonomi dari serata dunia untuk mengatasi masalah ni, akan tetapi bagi aku, permasalahan sebenarnya bukan berasal dari kegagalan sistem ekonomi itu,akan tetapi, ia berpunca dari asas ekonomi itu sendiri. Iaitu nilai matawang.

bagaimana kita ingin berurusniaga dengan orang lain jika duit kita sebenarnya tiada nilai?? ketika perang di vietnam mengheret ekonomi AS kekancah kegawatan, presiden AS, Nixon, pada ketika itu telah melanggar perjanjijian sistem bretton woods dengan menceraikan nilai dollar dari nilai emas dan mengapungkan dollar dipasaran, akibat dari itu, sistem ekonomi yang sebelum ini adil, menjadi berat sebelah kerana nilai wang tiada lagi sandaran atau asas yang stabil, dalam erti kata lain, nilai matawang disandarkan kepada permintaan keatas matawang sesebuah negara. dan dari situlah lahirnya pelbagai polisi-polisi insurans pelik yang terus-menerus menjadi penyebab kepada keruntuhan sistem kewangan global secara total.

Akan tetapi didalam islam, nilai matawang haruslah disandarkan kepada sesuatu yang bernilai. dan yang terbaik sekali adalah komoditi emas. ini merupakan salah satu contoh sistem buatan akal pendek manusia yang cuba melepaskan masalah dengan menciptakan masalah baru.

rujukan:

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Bretton_Woods_system

2. http://en.wikipedia.org/wiki/Nixon_Shock

Anonymous said...

best r bace blog u nie...
boleh x mintak tolong...
awak skool bahan kn...
knape bahan xde kasik anugerah untuk student yg dapat 3 pointer dan ke atas,,macam skool aero...atleast ini sebagi galakan...klu x 3 pointer bgila pada budak dean list,,atleast sabagi galakan..baru student malay nk compete ngn cina..
korang ade bahan punye dinner kn..bgila time tu..kalau x silap ak polimer pon ade dinner..kalau bagi time ni br student rase best..tolong sampaikan pada pihak2 yg btanggungjawab..terima kasih

e-mam said...

ermm satu cadngan yang menarik. untuk student-student yang mendapat dean list selalunya akan ada majlis mereka sendiri di skool. untuk yg mndpt 3 pointer, stakat ni x ada lagi.

memang akan ada satu jamuan makan malam (dinner) yang dikelolakan oleh MIMATES untuk semua pelajar skool bahan setiap tahun, untuk diadakan majlis sebegitu, saya rasa ia tertakluk kepada pengurusan majlis, dan i"Allah, jika ia akan dilaksanakan lagi, saya akan cuba sampaikan kepada mereka yang mengelolakannya.