12:07 AM

Buntu dengan kesalahan silam, takut dengan masa hadapan, maka, MATILAH sekarang.

Assalamualaikum

Sebenarnya saya tidak tahu apa yang hendak ditulis, atau mungkin tidak pasti apa yang perlu ditulis, ini membuatkan saya merasa tertekan kerana dalam masa yang sama yang ingin meluahkan segala buah fikiran saya untuk dikongsi, cuma tidak tahu dimana perlu ianya bermula dan bagaimana pula ia perlu berakhir......

Begitulah manusia, mereka sering merasa risau dan takut ketika mereka hilang arah, punca, dan tidak tahu apa yang bakal, sedang atau akan berlaku di masa hadapan. Mereka juga gusar kerana sentiasa mengenang perkara silam yang menghantui mereka.

Akan tetapi manusia yang sentiasa cekal dan tabah serta sentiasa melapangkan fikiran dan berani menghadapai apa sahaja rintangan, itulah manusia yang berjaya melakarkan sejarah. Ini membuatkan saya terfikir, dari mana lahirnya perasaan berani yang ada pada setiap individu yang berjaya ini.

Diantara jawapan yang saya pasti adalah, mereka sentiasa berfikiran bahawa, apa sahaja yang berlaku keatas dirinya, adalah apa yang menjadikan diri mereka, MEREKA "what's happen to them, creates THEM". mereka tidak pernah jemu dalam membuat sesuatu, berputus asa hanya kerana satu kegagalan atau lebih dari itu, ini kerana mereka hanya inginkan apa yang terbaik pada saat itu. mereka berusaha bukan kerana mereka terlalu inginkan kejayaan, tetapi mereka berusaha semata-mata kerana ingin melakukan yang terbaik pada ketika itu.

Albert Einstein tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti beliau akan menerima anugerah nobel, begitu juga Oprah Winfrey, Thomas Edison juga tudak pernah menjangkakan bahawa suatu hari nanti dunia akan menjadi cerah kerana LAMPUnya, Al-Khawarizmi tidak pula menjagkakan bahawa pada suatu hari nanti akan terciptanya komputer hasil dari nombor logaritmanya. Apa yang mereka lakukan adalah kerana keinginan mereka untuk melakukan yang terbaik, itu sahaja.

Ini kerana mereka faham bahawa apa yang ada pada diri mereka adalah masa kini, bukannya masa silam atau masa hadapan. Oleh itu, adalah bodoh bagi mereka mengenangkan masa silam, dan cuba pula mengatur masa hadapan. perbuatan menangisi masa silam samalah seperti perbuatan memulangkan air hujan ke awan atau mengembalikan bayi keperut ibunya.

Masa tidak boleh diputar ataupun dipercepatkan, ini kerena untuk pengetahuan saudara-saudari sekalian, masa silam dan masa depan tidak akan wujud, dan tidak pernah wujud sama sekali. Masa hanya wujud dalam bentuk perbandingan. kita mengatakan bahawa kita sudah dewasa dengan membandingkan saiz tubuh kita yng sudah besar sekarang dengan pada ketika saiz tubuh kita masih kecil. Kita mengatakan sekarang jam 7 pagi kerana sebelumnya adalah jam 6.59 pagi, begitulah seterusnya, masa adalah delusi yang sentiasa bermain difikiran mereka yang cetek akalnya.

Dari sinilah bermulanya teori relativiti einstein yang mengatakan bahawa masa bagi setiap manusia adalah berbeza, kerana ia bergantung dengan betapa pantasnya seseorang itu bergerak. Terdapat satu selokanya yang paling berkesan keatas diri saya iaitu; Berfikirlah dan kamu akan mendapati masa kamu adalah panjang, bermainlah, dan kamu akan mendapati bahawa masa kamu itu singkat.

Kerana itulah, kita tidak perlu berasa gusar dengan apa yang telah berlaku, atau apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Apa yang menanti kita hanyalah apa yang yang kita lakukan sekarang, tiada keajaiban atau kebetulan, hanya ketentuan yang kita sendiri corakkan. Wallahualam...

Akhir kata, jangan dikenang masa silam atau masa hadapan, kerana ianya sangat merugikan masa SEKARANG.

kerana itulah Allah berfirman :

Demi Masa, Sesungguhnya manusia sentiasa berada didalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang saling berwasiat dengan kebenaran dan berwasiat dalam kesabaran.