10:47 AM

Egoistik yang tidak berakal

Assalamualaikum.

Saya terpanggil untuk menghuraikan serba sedikit mengenai buku Fahaman dan Ideologi Umat Islam yang dikarang oleh Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang. Walupun saya belum menghabiskan pembacaan secara keseluruhan, akan tetapi saya berasa kagum dengan huraian dan teknik penceritaan yang disampaikan oleh ulama' besar di negara kita ini.

Buku ini mengandungi 22 bab dan di bab yang pertama, beliau menghuraikan mengenai sejarah kelahiran mazhab akidah umat Islam. Didalam bab ini beliau menerangkan mengenai bagaimana kesemua 73 golongan yang dikatakan oleh rasullullah itu lahir. Beliau juga menerangkan bagaimana agama islam ini mula dicemari dengan pelbagai limpahan ideologi barat dan timur sehingga melahirkan golongan-golongan yang bercanggah dari akar islam itu sendiri.

Yang paling menarik, beliau menceritakan bagaimana kaum yahudi, menopengkan diri membakar jiwa islam dari dalam umat islam selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Kelicikan mereka akhirnya dapat juga dihidu oleh manusia-manusia yang berakal dan mempunyai ilmu dizaman pasca rasullullah itu.

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan mengenai hujah-hujah yang diketengahkan oleh Dato' Seri ini. Beliau menegaskan bahawa pecahan ideologi umat terdahulu adalah diakibatkan oleh serangan ideologi luar (terutamanya barat) dan perselisihan politik dalaman negara islam itu sendiri mengenai isu perlantikan khalifah selepas baginda nabi wafat.

Akan tetapi pada pandangan saya, perpecahan umat islam ini sebenarnya berpunca dari sikap umat islam pada ketika itu sendiri yang terlalu ego untuk mengalah dalam menyuarakan ideologi dan pendapat mereka dalam menghuraikan apa yang terkandung didalam ajaran Nabi S.A.W. Ini jelas dengan kemunculan siri peperangan yang melibatkan sesama islam sendiri, seperti perang Jamal yang pada pendapat saya titik permulaan hancurnya hubungan persaudaraan dikalangan umat islam.

Ketika perlantikan khalifah pertama, Abu Bakar As-Siddiq, Beliau tidak pernah meminta untuk dilantik menjadi khalifah, malah ada riwayat yang mengatakan bahawa beliau seboleh-bolehnya mahu menolak dari menjawat jawatan tertinggi negara islam tersebut. Begitulah juga dikalangan para sahabat nabi yang lain termasuklah 3 khalifah agung yang diiktiraf oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka tidak pula berebut mengenai siapa yang bakal menggantikan baginda nabi dan abu bakar selepas kedua-dua insan mulia ini meninggal. Malah ketika berlakunya peristiwa pembunuhan Saidina Uthman Al-Affan sehingga tercetusnya peperangan Jamal antara Saidina Ali Karamallahuwajhah dengan Ummul Muminin Saidatina Aishah isteri nabi Muhammad S.A.W, Saidina Ali seboleh-bolehnya cuba untuk mengelak dari membunuh sesama umat Islam.

Saya pernah terbaca satu kisah yang cukup menyayatkan hati dimana pada ketika Saidina Uthman buntu dalam menyelesaikan permasalahan politik dalaman negara islam terutamanya dalam mengekang ajaran sesat yang terlalu banyak bercambah, beliau telah berpuasa dan berserah kepada Allah. Ketika masuk waktu Asar (saya kurang pasti waktunya), beliau membaca Al-Quran, Surah Al-Kahfi, dan ditakdirkan beliau tertidur dan didalam tidurnya, beliau bermimpi bertemu Rasullullah S.A.W (Subhanallah, indahnya kalau kita dapat diketemukan dengan Rasullullah walaupun hanya seketika didalam mimpi) dan baginda bertanya kepadanya, wahai Uthman, adakah kau ingin berbuka denganku atau bersama-sama dengan mereka? maka Saidina Uthman pun berkata, aku ingin berbuka bersama-sama dengan mu, Ya Rasullullah. maka pada ketika itulah beliau dibunuh dan darahnya terpercik diatas sepotong ayat didalam surah tersebut (saya tidak pasti ayat keberapa, akan tetapi jika dirujuk Al-Quran mashaf lama, anda akan mendapati ada sepotong ayat didalam surah Al-Kahfi tersebut yang ditulis dengan warna merah.).

Dan dari penulisan Dato' Seri ini (bab 1 dan 2), saya dapat simpulkan, bahawa mereka yang benar-benar faham dan tahu mengenai sesuatu perkara (Ilmu), mereka tidak akan sekali-kali bercanggah pendapat dan langsung melupakan kepentingan diri sendiri (ego) demi memastikan kemuliaan ilmu yang ada pada mereka terjamin dan tidak dikucarkan oleh pendapat-pendapat yang terpesong. Tidak pula kita mendengar bahawa dikalangan para sahabat (saya fokuskan kepada 4 khalifah tersebut) nabi bertelagah sesama mereka. Malah ketika Saidina Uthman dikepung oleh puak pemberontak, Saidina Ali R.A. segera mengirim puteranya Saidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah. Tetapi ketika Saidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, ketika Saidina Ali R.A. mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul anaknya Hasan R.A. serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saidina Uthman R.A.

malah didalam satu peristiwa, Saidina Ali telah disuruh oleh baginda Nabi untuk berdakwah di Yaman,
Saidina Ali R.A. juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasullullah S.A.W., "Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal pengadilan ini.

Mendengar perkataan Saiyidina Ali R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda,

"Ya Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan".

Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman Saidina Umar Al Khattab R.A. selalulah Saidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saidina Ali R.A. diajaknya berunding.

Lihat, anda sendiri boleh mengulas bagaimana mereka yang benar-benar Ahli dan Ikhlas dalam sesuatu perkara, mereka tidak pernah bermusuhan sesama mereka, kerana mereka tahu apa yang perlu didahulukan selain dari kepentingan peribadi (ego), ini kerana mereka mempunyai tahap ilmu yang tinngi.

Akan tetapi, mereka-mereka yang ego dan tidak mahu mendalami ilmu sahaja yang taksub untuk menegakkan apa yang mereka tafsirkan sebagai benar. Dan kerana umat Islam pada ketika itu tidak lagi membudayakan ilmu dan hanya mementingkan kekuatan dari segi fizikal, mereka mudah terpedaya dengan musuh-musuh islam.

Penulisan saya bukan untuk menuduh atau menyalahkan umat terdahulu, ini kerana perkembangan islam pada ketika itu sesuai dengan zamannya, dimana pada peringkat awal penyebaran islam, kekuatan fizikal itu penting dan barulah didatangkan dengan kekuatan dari segi ilmu.

Sebagai contoh (anda masih berminat membaca!! haha, tahniah kerana berjaya sampai disini, jangan lupa luahkan pendapat anda nanti, jika ada kesilapan, tegurlah dengan hikmah), Diperingkat awal penyebaran islam, tidak ramai dikalangan sahabat nabi yang mendalami ilmu islam itu sendiri, sebagai contoh, pejuang islam terkemuka, Khalid Al-Walid, diriwayatkan, beliau hanya boleh membaca surah Al-Fatihah sahaja. Sewaktu beliau disuruh menjadi imam, beliau membaca surah Al-Kafiruun, dan ayatnya menjadi tonggang-terbalik. hanya yang benar-benar faham mengenai usul Akidah dan Tauhid pada ketika baginda nabi masih hidup ialah sahabat terdekat baginda sahaja, seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, dan keluarga-keluarga terdekat baginda. Dari dari merekalah islam itu disebarkan dan difahamkan kepada umat seluruh alam.

Oleh itu, para sahabat sekalian, dalamilah ilmu mengenai agama sendiri dan jangan terlalu ego dalam menegakkan benang yang basah. kerana jika kita terus bersikap demikian, saya takut, perpecahan dalam masyarakat kita akan terus bercamabah, akibatnya mungkin kita tidak akan rasa, tapi anak cucu kita lah yang merana.

Wallahualam..

4 comments:

fu'ad said...

Subhanallah, perincian yang menarik mengenai sikap umat Muhammad, Saya setuju dengan tuan pengarang kerana hanya dengan ilmulah, ego seseorang boleh direndahkan, seperti kata pepatah, kalau berisi, biarlah seperti padi, semakin berisi semakin tunduklah ia. Mereka yang masih mempunyai ego didalam diri merupakan manusia yang masih belum cukup ilmu didadanya, termasuklah saya insan yang rndah ilmunya. salam..

mujahid4869 said...

ya sahabtku, ex rumate...yup,btol...bnyk lg kesah pepecahan umt islam...maka assyahid imam albanna tlh menghempas pulas menubuhkan ikhwanul muslimin stlh jatuhnya empayar islam yg terakhir(tibe3 lupe lk name ape)..nape hasan al banna tbhkn ikhwanul mslmn??bnyk fktor nya..slh satu yg nk aku ungkapkn just assyahid sdr islm makin berpecah jika tiada satu landasan atau platform tuk diorg bergabung,duduk n bersatu d situ...dr situ, 1 grkn islam telah berjaya ditubuhkn...baik cube kite teliti ayat ini:
Hendaklah kalian bersama dengan jemaah islamiah dan berisan kepimpinannya(hadis nabi)...
dari situ,sume wjib menyokong mane2 grkn islam yg sdh establish kt kawsan kita...tgktkn baik or buruk grkn islam yg da ade itu..jgn terburu2 nk bina grkn baru, itu yg mnyebabkan ppcahan...ok la, sori kl ade yg celaru aku tulis, tulis dlm keadaan kepenatn..tuk lbh lnjut lh rujuk kt blog kwn kita:
http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/2008/10/kepentingan-penjanaan-islam-dan.html
thx..
ha,satu g:
Belajar Wajib Berguru
Dalam sebuah hadis Nabi ada menyebut.......
"Barangsiapa belajar dengan tidak berburu, umpama ia belajar dengan syaitan."

e-mam said...
This comment has been removed by the author.
faizmisman said...

weh mane komen yang ketige? apesal ko delete? along just bace komen je..yg ko tls tu bace skit je huhuhu...