10:35 AM

"Why the sky is blue?"


"Why the sky is blue?"

soalan tersebut merupakan soalan terbodoh dalam sejarah peradaban manusia. Tapi sedarkah kita bahawa dengan soalan yang bodohlah, peradaban manusia bermula?.

Dahulu, manusia mempersoalkan kenapa kita tidak boleh terbang seperti burung, berenang seperti ikan, dan bumi ini tiada sempadan, soalan - soalan seperti ini merupakan diantara soalan yang pada satu ketika dahulu adalah bodoh untuk ditanya. Tetapi percayalah, kerana adanya manusia yang sanggup mempersoalkan soalan bodoh itulah, peradaban sekarang wujud.

Kita kerap malu atau takut untuk bertanya jika kita kurang faham atau tidak faham langsung dalam sesuatu perkara. kita lebih suka mentertawakan mereka yang sering bertanyakan soalan yang bodoh, dan tidak pernah melihat keluar dari perspektif soalan bodoh tersebut.

seorang rakan saya memarahi saya kerana dikatakan saya sering bertanyakan soalan - soalan yang pada hematnya bodoh mengenai politik dan situasi semasa, dia menuduh saya kurang membaca dan mengambil tahu mengenai persekitaran politik dinegara kita, mengenai perjuangan dan sebagainya. Akan tetapi saya hanya mengiakan sahaja kerana saya terlalu malas untuk memanjangkan perdebatan diantara kami. Ini membuatkan saya terfikir, tidakkah kawan saya sedar bahawa "different person will have different desired and interest?".

minat kitalah yang akan membentuk perasaan ingin tahu untuk mendalami sesuatu perkara. mungkin saya tidak berminat dalam bidang politik semasa, akan tetapi itu tidak semestinya saya tidak mengambil tahu langsung mengenainya, cuma pengetahuan saya tidak sedalam mereka yang minat dan benar - benar komited dalam bidang tersebut. Dan dalam kita cuba mengambil tahu sesuatu perkara, adakalanya soalan itu nampak bodoh bagi mereka yang sudah tahu jawapannya.

konklusinya:

1. Oleh itu rakan - rakan sekalian, jangan sesekali mentertawakan, menghina, atau mengejek seseorang apabila mereka bertanyakan kepada kita, "why the sky is blue?", kerana mungkin pada kita, soalan itu bodoh, tetapi adakalanya soalan itulah yang menentukan hidup mati mereka.

2. Dan kita juga harus ingat, setiap manusia mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza, perbezaan inilah yang membentuk pengetahuan seseorang, tidak semestinya mereka yang tidak tahu didalam satu bidang juga gagal dalam bidang yang lain. persefahaman dan saling melengkapilah asas kepada pembinaan maklumat yag mapan. inilah yang dikatakan kesinergian membentuk kelestarian "Synergism Towards Sustainability".

3. Dalam memahami sesuatu perkara, jangan takut dan segan bertanya, kerana sekurang-kurangnya jawapan dari orang yang kita bertanya berguna bagi diri kita sendiri walaupun tidak kepada orang lain.

0 comments: