6:03 PM

Being gay, Lesbian, and Bi is a new way of defining sex????



Meh kite berehat jap, asyik dok pikir pasal politik kampus je, pening jugak kadang-kadang, Komentar-komentar sekalian, saya berharap anda bertanggungjawab dengan komen anda, artikel saya, saya yang akan bertanggungjawab sepenuhnya, saya tidak akan memadamkan komen-komen anda selagi tidak melepasi tahap tertentu sehingga boleh mengakibatkan kerosakan serius dalam masyarakat. seperti 7 komen yang saya terima untuk artikel kualiti vs kuantiti. maaf kepada komentar terbabit, saya terpaksa memadamnya untuk memelihara keamanan beragama di negara kita.....syntoss.

Sewaktu saya menyelesaikan tugasan teknik berfikir saya, saya mendapati sesuatu yang baru dan bagus untuk dikongsikan dengan para pembaca, sebelum itu, sila hayati statement ini:

"Being gay, lesbian, and bi, is a new way of defining sex"

Saya mendapati pernyataan ini didalam banyak blog-blog manusia songsang yang saya layari. memang memeritkan untuk menyelesaikan tugasan ni (tajuk tugasan : komplikasi seksual dikalangan mahasiswa dan remaja). Agak sedih juga kerana saya tidak mampu berkongsi apa yang saya dapat sewaktu presentation tadi. tapi tidak mengapa, biarlah saya titipkan disini sahaja.

Manusia-manusia yang mengalami komplikasi seksual ini saya klasifikasikan sebagai manusia yang cacat dan tidak mampu mengenal identiti sendiri dan tidak berupaya untuk mencari minat atau tarikan seksual keatas manusia berlainan jenis.

Mereka ini kebanyakanya membentuk kolokium-kolokium tertentu untuk berkongsi idea, pendapat dan tidak lupa juga mendapatkan kepuasan nafsu seks mereka. Didalam pemikiran mereka, seks merupakan sesuatu yang free atau dalam statement originalnya

"Sex is a nature, and nature are born free"

mereka mendefinisikan seks sebagai sesuatu yang tidak hanya boleh dinikmati oleh pasangan berlainan jantina sahaja. akan tetapi, bagi mereka, setiap manusia bebas untuk memuaskan nafsu seks mereka dengan sesiapa sahaja yang mereka minati. pemikiran mereka boleh dikategorikan sebagai pemikiran yang terbuka dan tidak berbatas. kerana itulah kebanyakan dari mereka mampu memikirkan sesuatu diluar jangkaan "Out of the box"

Akan tetapi, dalam kajian yang saya jalankan juga, pemikiran seperti ini sebenarnya akan membawa mereka kesuatu dimensi yang baru dimana kebebasan yang mereka inginkan akan mengakibatkan mereka terkeluar dari definisi seks mengikut fitrah. maksud saya ada kemungkinan mereka akan mengadakan hubungan seksual dengan objek bukan bernyawa atau haiwan.

Seorang rakan saya pernah bertanya;

"macam mana seks dengan objek tidak bernyawa tu? buat ngan tumbuh-tumbuhan ke? dengan daun?"

Dalam hati saya, saya berkata "Oh, sucinya kawan aku sorang neh....".

Apabila nafsu mereka tidak dibataskan dengan fitrah manusia, mereka akan melakukan hubungan seks dengan apa-apa sahaja selagi ia boleh memberikan kepuasan kepada kehendak nafsu mereka. dari situlah munculnya pelbagai aliran seks pelik yang diantaranya:

1. Pedophilia
2. BDSM
3. Necrophilia
4. Paraphile

dan macam-macam lagi bentuk seks yang pelik-pelik.

Bagi mereka juga, seks ini merupakan satu seni, dan seni seharunya tiada batasan. seni bagi mereka adalah satu kepuasan dimana tarikan eksotik dan erotik yang dihasilkan oleh pasangan mereka samada sejenis atau tidak merupakan sesuatu yang diluar dari kepuasan normal.

"Sex is an art, An Art should be boundless"

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa saya bawakan isu ini, saya sebenarnya ingin mengajak anda berfikir, daripada fitrah yang normal ke pada berlawanan fitrah, adakah mereka perlu dipersalahkan jika definisi seks mereka ini menjadi punca gejala seks melampau dizaman sekarang??

Dan kajian juga mengatakan bahawa komplikasi seksual ini adalah diakibatkan oleh masalah otak yang gagal berfungsi dengan sempurna. I leave u all with these questions:

1. Salah merekakah jika tuhan jadikan mereka begitu?
2. Definisi seks yang mereka berikan relevankah? saya ingin tahu pandapat anda.
3. Benarkah masalah seks bebas ini berpunca dari pemikiran mereka yang terlalu meng"seni"kan defini seks?

Wallahualam....bukakan minda, matangkan diskusi, revolusikan mekanisma, tetapkan pendirian......salam syntoss...

11 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...tiba2 saya rasa tertarik utk comment kat sini..perkajian saudara berkaitan dgn seks...dalam semua agama samawi tiada satu pun yg membenarkan seks luar nikah/seks sesama jenis/seks dgn bukan hidup...semuanya itu merosakkan fitrah manusia...berkaitan perbuatan terkutuk diatas, rata2nya dilakukan oleh mereka yg tidak beriman dan bertaqwa pada Allah..dah hakikatnya bukanlah salah Allah menjadikan mereka begitu, tetapi kerapuhan iman mereka yg mudah terpengaruh dgn perkara keji yang dihias cantik oleh syaitan laknaktullah...dan jika ada suara2 sumbang yg menjawab semuanya ketentuan Allah, itu hanyalah alasan nak berselindung di sebalik neraka Allah...hakikatnya Allah dah sediakan utk mereka azab yang sgt pedih..
>>perlu saya nyatakan disini,seks sesama jenis dan seks bebas antara sebab cepatnya turun azab Allah di dunia,dan bukan mereka sahaja terima azab itu,tetapi turut dirasai orang sekeliling..ingat kembali peristiwa kaum nabi luth..pengajaran yg Allah terangkan dalam al-Quran...wallahualam

Ariff Redza said...

pendapat aku... dilema mcam mane pun, jgn jadik gay...

Anonymous said...

assalamualaikum.. bagi sy, kes2 sebigini dh lapuk.. mcm2 cerita yg kter dgr, mcm2 cerita yg kter baca.. mmg ramai dr golongan yg songsang ini menyalahkan takdir dan mengatakan diri mereka menjdi begitu kerana ketentuan Allah.. mereka hanya ingin menyembunyikan kekurangan diri mereka.. apa slhnya andai dh tahu diri tu lbh cenderung ke arah yang songsang, usaha untuk melawan dan cuba lari jauh dari dunia songsang.. tapi, kebanyakkn mereka apabila mengetahui diri lebih cenderung ke arah sex songsang, mereka akan lebih terus mencuba dan bersama mengharungi dunia songsang dgn rakan2 mereka yg seangkatan.. sesungguhnya, dunia songsang ini dunia yang dilaknat oleh Allah swt.. bg mereka yang sudah terjebak, tinggalkan lah.. kembali ke pangkal jalan.. bagi mereka yang masih baru, belum terlambat utk berpatah kembali ke jalan yang benar..

Anonymous said...

Maaf jika komen sye sedikit bercnggah dari komentar-komentar lain. Didalam kluarge sye, adk sye merupakan seorg pengamal seks songsang, kerap-kali tmn lelakinya menghntr mesj2 yg tidak sedap untuk sye bce. Akan tetapi, sye tahu, bukan salah die kerana menjadi begitu, die menempuh sejarah hidup yang gelap ketika masih kecil lagi, walaubgaimanapun, die sering berkata bhwa die ingin berubah dan tidk mahu selama-lamanya berada didunia sebegitu, dan die juga mengatakan bahawa tiada satupun pelaku seks songsang ini yang mahu mati sebagai seorang pengamal seks songsang. mereka ingin berubah. Pada satu hari, ditakdirkan bahawa rahsianya diketahui oleh ibubapa kami, akibatnya, die dihalau keluar dari rumah. Setelah itu, ibubapa saya menyesal dan menyuruh sye mencarinya semula. Puas saya memujuknya untuk kembali ke rumah akan tetapi, die tdak mahu dan mahu terus tggl dengan kekasihnya. Yang membuatkan saya terkilan, die bukan sahaja sudah hilang keazaman untuk berubah, akan tetapi keupayaannya untuk terus mempertahankan agamanya akibat dari perbuatan terburu-buru ibubapa sye. Oye.. kekasihnya seorg yang tidak mempercayai tuhan atau seorag atheis. pendapat peribadi sye ialah, kite tidak seharusnya menyalahkan mereka secara total, sye kenal adik sye, ini membuatkan sye mengenali dunianya secra tidak langsung (sye tidak songsang), sye yakin mereka ingin berubah, tapi kerana sikap orang-orang sekeliling yang tidak mahu memberikan sokongan, dan terus-menerus membantai golongan ini mengakibatkan mereka semakin lari dari jalan berubah, Terutamanya jika keluarga sendiri yang tidak memberikan sokongan. Seperti yang ditulis oleh e-mam, mereka dikategorikan sebagai cacat otaknya untuk berfungsi, akan tetapi, mengapa mereka tidak diberikan peluang langsung seperti orang-orang kurang upaya yang lain? jika mereka dikategorikan sebagai orang yang tidak mampu mengenali identiti diri, kenapa kite tidk membntu mereka mencari identitinya semula? honestly, sye sudah penat berada didlm masyarakat yg hanya tahu menyalahkan orang lain sahaja tanpa cube melihat dari sudut orang yang dipersalahkan. maaf sekali lagi jika sye sedikit beremosi, sye cume berharap agar anda semua berdoalah agar tuhan membuka semula pintu hati adik sye, sekian.

@f!ah said...

assalamualaikum..kepada saudara/i 'tired blaming others'...terharunya kisah adik anda sebegitu rupa...

erm..penerimaan masyarakat dan stereotaip yang selalu mereka berikan..sekiranya laki itu bersifat lembut adalah gay dan perempuan yang bersifat kasar adalah lesbian..adalah salah satu sebab penyakit seks ni semakin melarat.

lembut atau kasar tak mencerminkan sama sekali empunya badan itu gay atau lesbian. mereka bersifat macam itu disebakan pengaruh sekeliling atau suasana pembesaran mereka sebegitu rupa...

apabila individu2x yang konon2xnya sempurna mengherdik dan menjauhkan dari golongan seprti ini..menyebabkan mereka tidak mempunyai kawan atau kenalan untuk bercerita dan meluahkan perasaan (yg positif la) dan untuk menrima teguran.

dan ini lah yg menjdikan sebab yang 'softer' atau yg 'keras' ini akan memilih kawan2x yang 'sejenis' dengan mereka..maka..hasilnya..yang lembut semakin lembut dan yang keras menjadi semakin keras(drag dan terus menjadi transeksual)

apa salahnya kita brkawan dengan merkea asalkan perbuatan2x yang tidak sesuai , tidak kita contohi atau tidak kita ikuti...

dan let me make a statement.. tak semestinya yang gay itu terdiri dari golongan lembut..laki2x yang keras meras tu juga kadang2x ada yg berjiwa songsang.muka je nampak jantan..tapi....malam2x berkepit ngan perempuan jadian di teeettt!banyak kawan2x aku dan kenalan2x frenster cam ni perangainya...menteri, artis dan ada juga student usm sini...biler kat luar atau depan perempuan berani membuat kenyataan yang mereka ada lah straight tapi jauh disudut hati tu..meronta2x dahagakan kasih syg insan sejenisnya..hmm..salah sapa ek?

sekiranya anda mahu saya senaraikan artis, menteri dan student usm kampus ne yang terlibat dgn seks songsang ini, semuanyer in my pocket je..hahaha..tapi tk elokkan mengaibkan orunk?

saya juga edang berusaha 'mentarbiyah' kenalan2x saya ini dari terus terjebak dgn aktiviti kurang sihat..

ada insan2x yang tetiba bertkar selera seks kerana ingin mencuba 'benda' baru, ada yang terikut2x ngan kawan2x, ada juga disebabkan kenagan2x silam dan pahit yang membuatkan mereka begitu benci ngan the opposite gender mereka..

dan ada juga kadang2x mereka 'diasuh' dan terdidik semenjak sekolah..lagi2x yang bersekolah asrama tu kan..

hmm...hmm kalo nak dibahaskan isu gay dan lesbian ne..tak akn abeh2x..

yang penting, tepuk dada..tanyer selera seks anda..mana yang agak2x dan terjebak tu..kembalilah ke jalan yang normal..

tak takot ke kene siflis dan genorea?hahhaa..dan adakah anda tak mahukan zuriat yg akan mendoakan anda ketika anda di alam barzakh nnti? (chewah!)...

kembalilah yer...

aku mendoakan anda dan kita semua mendapat syafaat nabi dan diampunkan dosa oleh pencipta kita

kepada orang2x diluar sana yang suka2x herdik dan hina org sesuka hati tu, dari uollss pnat wat dosa, lagi bagus korunk biimbing mereka ke jalan yang lurus selurus2x nya..ahaks! ok..

p/s: kadang2x sian tengok perempuan yang mempunyai balak bertopeng 1001 wajah...banyak je..kat kampus ne pon ada..tapi perempuan tu je bodoh tak nampaak ketidak tulenan balak mereka..

assalamualaikum..

e-mam said...

Wow, we get a lots of opinion from different kind of people. For first repondent, thanx for ur straight opinion, same goes to 3rd respondent. For kilau, i dun think dilemmas will bring us into homoworld (i thought so...do u? dunno...). May Allah guides your brother to the right path, mr/s "tired of blaming others", ur story is very inspiring, keep faith on your brother, one day he will realize his mistakes, Afif, i wanna noe who's the person...hehe, juz joking, gud luck on your mission. Anyway, you guys r very sporting and open in discussing this topic. well done and gud luck.

Ariff Redza said...

Aku tertanye2 macam mane kita patut layan insan2 seperti ni??? kalu g tandas berkemban... bila org tgk, die lagi cat walk.... mintak sape boleh jelas kan dengan contoh... ada plak dah kawin.. tp bila depan kaum sejenis.. die mengada2 lembut....

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

Salam'alaik....

Anak-anak lahir suci bersih seperti yang disebut dalam sabda Nabi Muhammad bermaksud: “Setiap anak dilahirkan bersih suci, maka ibu bapanyalah yang membentuk sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Adakah sabda nabi nie tertumpu kepada kehidupan beragama sahaja??... tidak... ia melangkaui semua batas kehidupan manusiawi...

Tidak benar untuk menyalahkn takdir ALlah semata2 kerana sesungguhnya kelebihan yang ada pada makhluk yang bernama manusia ini adalah aqal yang mampu berfikir mana yang baik dan mana yang tidak...

Bukan ingin menyalahkan siapa2 dalm hal ini... benar banyak faktor yang mampu menjadikan mereka begitu... didikan waktu kecil umpamanya... anak2 lelaki di layan bagai perempuan.. anak2 perempuan di layan bagai anak lelaki... pasti menjalurkan dasar pemikiran mereka tatkala dewasa...

Tapi walau apapun faktornya... tuhan itu Maha Adil... aqal yang diberikan mampu untuk membawa kembali fikrah mereka ini kepada yang asal... suci tatkala di lahirkan...

Namun dalam hal ini... kita seringkali berbincang dan berdiskusi darihal punca semata... manakala jarang benar jalan keluar kita berikan kepada mereka... simpati kepada tired of blaming others... tetapi ketahuilah selagi dunia belum kiamat.. selagi nyawa masih di bawah halqum... tidak terlewat untuk adik itu diselamatkan...

Ibu bapa mungkin telah melakukan kesilapan... tapi janganlah kesilapan itu terus di ulang... manusia ini makhluk berperasaan... percayalah adikmu masih punya rasa hati yang pasti tersentuh tatkala kalian sekeluarga tidak sekali2 putus asa di dalam percubaan untuk membawa adikmu pulang...

Caranya adalah dengan tidak sekali2 putus harapan dan yakinlah doa itu mampu mengubah satu takdir kepada takdir yang lain... jangan berburuk sangka dengan Allah... terus dekati dia... hubungi dia selalu... libatkan semua keluarga... tunjukkan masih ada kasih buat adikmu itu... I'syaAllah bantuan doa dan aqal yang ada padanya... didoakan dia mampu menjadi seperti manusia biasa...

Yup benar menulis cukup mudah... dan melaksanakan sukar sekali... tapi itu bukanlah alasan untuk tidak melakukannya... kerana Allah hanya mengubah jika kalian ingin berubah... yakinilah...

Berkaitan falsafah yang mereka cipta... pandangan peribadiku.. itu adalah apa yang mereka lakukan untuk menyembunyikan rasa bersalahnya mereka tatkala melakukan sesuatu yang di luar batasan aqal manusia... sesuatu yang diluar tabi'e... dan wajib ditolak kerana hanya pernikahan lelaki dan perempuan adalah penyelesaian untuk segala masalah berkaitan sex...

Masalah sex bebas pula terlalu banyak puncanya... sukar untuk dikupas satu2... bukan semata2 mensenikan definasi sex.. lebih dari itu.. mereka2 ini cuba menghalalkn sesuatu yang haram dengan apa cara sekalipun... tetapi yang pasti... yang haram tetap haram... tiada kompromi untuk itu...

Allah Maha Tahu..

Anonymous said...

bagi saya, terpulang pada individu sama ada benda tu benda baik atau salah, blog ini merupakan tempat pekongsian idea, xelok la... jika kita menkritik secara tersirat, huhhu~... identiti pun guna identiti keagamaan, penegak agama allah, dll sbginya seolah2 peulis blog adalah org yg berdosa... xelok kritik2 org guna agama... seolah2 ada komplot oleh segelintir manusia cuba menghentam penulis.. sikit2 guna nama Allah... rilek, just an opinion..

e-mam said...

Maaf saya edit tajuk artikel ini kerana mendapat complain daripada sesetengah pihak yang mengatakan tajuk ini agak keterlaluan dan mengandungi sedikit unsur lucah. Then, i just be straight with the topic. TQ

Anonymous said...

Everything in this life has to be paid for, and love too has to be paid for.