10:47 AM

Sejarah Islam

Assalamualaikum

Islam bukan diturunkan dalam masa 23 tahun kenabian Muhammad S.A.W, akan tetapi ia telah diturunkan sejak ketibaan Nabi Adam lagi dan tugas nabi Muhammad adalah menyempurnakanya. Pelajari Salasilah dan sejarah nabi-nabi dan ketahuilah apa yang akan kamu temui adalah Allah diakhirnya. Subhanallah.

Islam adalah satu tatacara kehidupan yang syumul kerana ia melalui proses penyempurnaan yang berperingkat sejak dari turunya manusia pertama di muka bumi ini. Oleh itu, tiada sebarang agama yang mampu menyaingi ketinggian (wisdom) agama ini.

Cubaan - demi cubaan telah dilakukan oleh pelbagai pihak sejak dari permulaan manusia melakukan penyembahan berhala (zaman nabi Nuh) sehinggalah akhir zaman untuk memesongkan ajaran ini. Akan tetapi, ia kelangsungannya tetap dapat dirasai hingga kehari ini.

Allah telah menunjukkan kepada umat manusia akan betapa bahayanya penyembahan berhala ini dengan kemusnahan tamadun awal manusia iaitu pada zaman nabi Nuh A.S (banjir besar sehingga memusnahkan seluruh umat manusia kecuali mereka yang bersama dengan baginda Nuh A.S).

Allah telah membuktikan ketinggian agama ini dengan menyerahkan tugas penyempurnaanya kepada seorang nabi berbangsa arab yang pada ketika itu bangsa ini jahil langsung mengenai ramalan para nabi terdahulu mengenai kedatangan muhammad. Malah kerana kedudukan mereka yang terpisah jauh ditengah gurun padang pasir menyebabkan mereka jahil dengan apa yang sedang berlaku di kawasan 'Bulan Sabit Subur' atau "fertile cresent" dimana disinilah kawasan banyak para nabi diturunkan.

Konsep tuhan yang esa tidak langsung diketahui bangsa ini. Akan tetapi, orang-orang yahudi pada ketika itu mengenali akan kedatangan nabi ini lebih dari mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Ini kerana mereka telah diberitakan kedatanganya sejak turunnya kitab taurat dan zabur untuk membimbing mereka.

mereka meramalkan bahawa nabi ini akan lahir di sebuah kawasan 'lembah mati' atau 'Dead valley' di semenanjung tanah arab. Bayangkan sehingga begitu sekali terisolasinya bangsa arab pada ketika itu sehingga tempat mereka digelar lembah mati oleh bangsa - bangsa yang menghuni kawasan fertile crescent. mereka juga terkenal denga jolokan bangsa arab jahilliyah pada ketika itu lantaran kejahilan mereka keatas perkembangan risalah agung di kawasan fertile crescent.

Oleh kerana itulah banyak bangsa yanhudi berhijrah ketanah arab kerana beranggapan nabi tersebut akan juga lahir dikalangan bangsa mereka. Inilah sejarah lahirnya kaum yahudi madinah dan mekah pada ketika dahulu.

Akan tetapi, oleh kerana penyelewengan dan pemesongan akidah yang melampau oleh kaum ini, maka Allah telah mengutus Isa Alaihissalam sebagai pemberi peringatan sebelum kemunculan Muhammad itu sendiri. Didalam inskripsi yahudi, messiah atau nabi terakhir ini di namakan sebagai 'hmd','hamada','mhmd', yang bermaksud yang terpuji.

Akan tetapi, oleh kerana keingkaran mereka mematuhi ajaran isa alaihissalam, Allah telah menimpakan bala keatas bangsa ini dalam bentuk perpecahan dan peperangan. Pada ketika itu, pemerintahan jerussalam berada dibawah kuasa kerajaan rom dan orang - orang yahudi telah berpakat membunuh Isa AS dengan menyalibnya.

kerajaan rom yang pada ketika itu mengamalkan budaya pagan tidak mahu mencampuri urusan bangsa ini dengan menyerahkan keputusan untuk tindakan keatas nabi Isa diputuskan oleh kaumnya sendiri, iaitu bangsa yahudi. Ini kerana pembesar rom di baitulmaqdis tidak mahu kekacauan berlaku ditanah jajahan mereka dek kerana pengikut nabi Isa yang semakin ramai dan pengaruh pembesar - pembesar yahudi yang sangat kuat di baitulmaqdis pada ketika itu.

Didalam perjalan dakwah nabi Isa ke kota jerusalam dari nineveh, baginda telah di belot oleh pengikut beliau yang bernama judas iscariot yang mendedahkan lokasi bermalamnya nabi Isa AS sehingga baginda ditangkap oleh para pembesar yahudi. Allah telah menyelamatkan baginda dengan mengangkat baginda ke sisinya sehingga waktu yang ditentukan.

Peristiwa ini dirakamkan didalam Al-Quran. Ini juga merupakan salah satu bukti mukjizat Al-Qran kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak pernah mengetahui akan kisah ini sehingga baginda diberitakan melalui wahyu yang disampaikan Jibril. Pendapat sarjana barat mengatakan bahawa Muhammad mengetahui akan kisah ini melalui pengkajian baginda keatas inskripsi-inskripsi yahudi terutamanya inskripsi the dead sea scroll yang tekandung beberapa ajaran para nabi terdahulu.

Semua tuduhan ini adalah karut kerana nabi muhammad ini telah terbukti seorang yang ummi atau tidak boleh membaca dan menulis. Malah untuk menulis namanya sendiri pun baginda tidak mampu. Ini bukan tuduhan atau spekulasi yang direka, akan tetapi salah satu ciri kenabian (ummi) ini sendiri telah termaktub dalam kitab taurat dan zabur dan oleh kerana itulah, saya menegaskan bahawa kaum yahudi mengenali nabi terakhir ini lebih dari anak mereka sendiri.

Salah satu bukti nyata yang mematahkan hujah orientalis barat ini ialah bahawa the dead sea scroll itu sendiri dijumpai setelah wafatnya baginda S.A.W. Dan mengikut sejarah dakwah Muhammad SAW, baginda tidak pernah mempunyai sebarang akses dengan lembaran ajaran para nabi tersebut.

Saya tidak tahu bagimana ingin menghabiskan kisah sirah agung ini kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak dimulakan dan diakhirkan. Apa yang saya sarankan kepada pembaca sekalian, kenalilah agama islam bukan sahaja dengan mengenalinya sejak ia dibawa oleh nabi Muhammad, akan tetapi, kenalilah Islam itu sejak turunnya bapa kita, Adam A.S.

11:43 AM

Sejarah anak adam.

Assalamualaikum,

saya ada sejarah lengkap untuk anak adam yang ingin saya kongsikan dengan saudara-saudari sekalian,

"Lahir, Hidup, Mati"

Jadi apa tujuan kita untuk hidup sebenarnya?




jawapannya terpulang kepada kepercayaan, keyakinan dan kebijaksanaan kamu semua.

Sekian.

5:24 PM

matlamat

ada seorang lelaki bekerja sebagai runner di salah sebuah syarikat penyiaran.

satu hari dia berkata kepada pengurusnya, " saya nak berhenti, kerana saya ingin menjadi seorang pemain dram"

pengurusnya berkata, " saya tidak tahu pula kamu pandai bermain dram selama ini?"

dia berkata, " memang saya tidak tahu, tapi saya akan tahu"

beberapa tahun kemudian, lelaki tersebut bermain dram didalam sebuah band bernama Cream bersama eric clapton dan jack bruce, dan lelaki tersebut bernama ginger baker

dia menjadi sesuatu yang dia inginkan sebelum dia tahu dia boleh mencapainya.

ini kerana dia ada MATLAMAT.

12:07 AM

Buntu dengan kesalahan silam, takut dengan masa hadapan, maka, MATILAH sekarang.

Assalamualaikum

Sebenarnya saya tidak tahu apa yang hendak ditulis, atau mungkin tidak pasti apa yang perlu ditulis, ini membuatkan saya merasa tertekan kerana dalam masa yang sama yang ingin meluahkan segala buah fikiran saya untuk dikongsi, cuma tidak tahu dimana perlu ianya bermula dan bagaimana pula ia perlu berakhir......

Begitulah manusia, mereka sering merasa risau dan takut ketika mereka hilang arah, punca, dan tidak tahu apa yang bakal, sedang atau akan berlaku di masa hadapan. Mereka juga gusar kerana sentiasa mengenang perkara silam yang menghantui mereka.

Akan tetapi manusia yang sentiasa cekal dan tabah serta sentiasa melapangkan fikiran dan berani menghadapai apa sahaja rintangan, itulah manusia yang berjaya melakarkan sejarah. Ini membuatkan saya terfikir, dari mana lahirnya perasaan berani yang ada pada setiap individu yang berjaya ini.

Diantara jawapan yang saya pasti adalah, mereka sentiasa berfikiran bahawa, apa sahaja yang berlaku keatas dirinya, adalah apa yang menjadikan diri mereka, MEREKA "what's happen to them, creates THEM". mereka tidak pernah jemu dalam membuat sesuatu, berputus asa hanya kerana satu kegagalan atau lebih dari itu, ini kerana mereka hanya inginkan apa yang terbaik pada saat itu. mereka berusaha bukan kerana mereka terlalu inginkan kejayaan, tetapi mereka berusaha semata-mata kerana ingin melakukan yang terbaik pada ketika itu.

Albert Einstein tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti beliau akan menerima anugerah nobel, begitu juga Oprah Winfrey, Thomas Edison juga tudak pernah menjangkakan bahawa suatu hari nanti dunia akan menjadi cerah kerana LAMPUnya, Al-Khawarizmi tidak pula menjagkakan bahawa pada suatu hari nanti akan terciptanya komputer hasil dari nombor logaritmanya. Apa yang mereka lakukan adalah kerana keinginan mereka untuk melakukan yang terbaik, itu sahaja.

Ini kerana mereka faham bahawa apa yang ada pada diri mereka adalah masa kini, bukannya masa silam atau masa hadapan. Oleh itu, adalah bodoh bagi mereka mengenangkan masa silam, dan cuba pula mengatur masa hadapan. perbuatan menangisi masa silam samalah seperti perbuatan memulangkan air hujan ke awan atau mengembalikan bayi keperut ibunya.

Masa tidak boleh diputar ataupun dipercepatkan, ini kerena untuk pengetahuan saudara-saudari sekalian, masa silam dan masa depan tidak akan wujud, dan tidak pernah wujud sama sekali. Masa hanya wujud dalam bentuk perbandingan. kita mengatakan bahawa kita sudah dewasa dengan membandingkan saiz tubuh kita yng sudah besar sekarang dengan pada ketika saiz tubuh kita masih kecil. Kita mengatakan sekarang jam 7 pagi kerana sebelumnya adalah jam 6.59 pagi, begitulah seterusnya, masa adalah delusi yang sentiasa bermain difikiran mereka yang cetek akalnya.

Dari sinilah bermulanya teori relativiti einstein yang mengatakan bahawa masa bagi setiap manusia adalah berbeza, kerana ia bergantung dengan betapa pantasnya seseorang itu bergerak. Terdapat satu selokanya yang paling berkesan keatas diri saya iaitu; Berfikirlah dan kamu akan mendapati masa kamu adalah panjang, bermainlah, dan kamu akan mendapati bahawa masa kamu itu singkat.

Kerana itulah, kita tidak perlu berasa gusar dengan apa yang telah berlaku, atau apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Apa yang menanti kita hanyalah apa yang yang kita lakukan sekarang, tiada keajaiban atau kebetulan, hanya ketentuan yang kita sendiri corakkan. Wallahualam...

Akhir kata, jangan dikenang masa silam atau masa hadapan, kerana ianya sangat merugikan masa SEKARANG.

kerana itulah Allah berfirman :

Demi Masa, Sesungguhnya manusia sentiasa berada didalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang saling berwasiat dengan kebenaran dan berwasiat dalam kesabaran.


11:26 AM

Human complexity

Manusia seperti yang saya jelaskan hanyalah makhluk yang dicipta dari unsur - unsur keduniaan. Akan tetapi ia dinilai bukan sahaja dari bentuk dan kesempurnaan rupa paras atau unsur lahiriahnya sahaja, akan tetapi ia juga dinilai dari segi kewujudan yang jauh lebih dalam dari unsur - unsur keduniaan tersebut. itulah unsur kerohanian. Contoh unsur - unsur berbentuk lahiriah adalah; rupa paras, suara, kecantikan, kesuburan dan pelbagai lagi ynag dapat dinilai secara terus oleh setiap insan. Manakala untuk unsur kerohanian pula seperti; sikap, sifat, cara berfikir, pegangan hidup, kepercayaan, keikhlasan, dan lain - lain.

Seperti yang telah dijelaskan, hakikat kewujudan kita adalah terdiri dari beberapa paduan unsur yang bersifat lahiriah dan kerohanian. Dimana kebiasaanya, sifat - sifat yang berteraskan unsur lahiriah akan menjadi lebih dominan didalam perhubungan insan di dunia ini. Akan tetapi, setelah pendominasian sifat lahiriah ini di terjemahkan sepenuhnya atau difahami sepenuhnya oleh insan yang lain, akan timbul pula satu dominasi baru dalam sesebuah perhubungan, iaitu pendominasian sifat berteraskan unsur rohaniah. Unsur - unsur kerohanian ini merupakan paduan, roh, akal dan nafsu yang membentuk sifat dan peribadi seseorang insan.

Selain itu, sifat seseorang insan itu pula adalah sesuatu yang sangat subjektif kerana ia merupakan hasilan dari sesuatu yang subjektif juga iaitu unsur kerohanian. Ini kerana didunia logik ini, sesuatu yang berkaitan dengan luar dari logik perkiraan akal terbatas insan akan dilabelkan sebagai sesuatu yang subjektif dan abstrak. samalah seperti hakikat kewujudan roh, akal dan nafsu yang tidak mampu dijelaskan kedudukannya oleh akal logik manusia, tetapi umum mengakui akan kewujudannya. kerana itulah ia diklasifikasikan sebagai unsur subjektif atau abstrak. Oleh kerana unsur ini merupakan sesuatu yang subjektif, maka ia juga boleh bertindak secara subjektif dan dihasilkan pula secara subjektif.

Tindakan secara subjektif adalah hasilan yang mempunyai maksud atau agenda yang luas dan luas batasannya. Manakala pembentukan sifat subjektif ini pula boleh dipengaruhi dengan pelbagai faktor luar dan dalam yang luas batasannya. Tidak seperti sifat yang dibentuk secara logik yang mempunyai perkaitan yang terhad dan sumber yang tepat dan jelas. Oleh itu, output atau hasilan dari kedua-dua paduan ini tentulah berbeza iaitu; unsur logik mempunyai hasilan yang jelas dan terang, tetapi terhad. Manakala unsur subjektif pula menghasilkan sesuatu yang adakalanya jelas tetapi mempunyai batasan output dan input yang luas.

Dalam memahami sifat manusia ini, adakalnya seseorang insan harus keluar dari menggunakan akal yang dikompos dengan unsur logik dan selarikan pula dengan akal yang dikompos dengan unsur subjektif. Ini kerana, ada pepatah menyebut, Hanya ikan yang tahu ia berenang bersama ikan. oleh itu, untuk memahami sesuatu yang subjektif (iaitu sifat seseorang insan), maka kita harus berfikiran secara subjektif dengan mengambilkira pelbagai faktor dan kemungkinan yang bakal dihasilkan. begitulah kompleksnya hubungan seseorang insan.

10:20 PM

Re: untuk saudara "christcomes" dan anda semua

">Salam sejahtera diucapkan kepada saudara ‘Christcomes’ diatas soalan yang saudara titipkan kepada saya didalam artikel yang “Semua untuk satu dan satu untuk semua”. Saya membuat keputusan untuk menyiarkan jawapan saya kepada persoalan saudara secara terbuka kerana ingin berkongsi pendapat dan pandangan saya mengenai hakikat dunia jirim. Mungkin ada dikalangan pembaca yang mempunyai pendapat yang berbeza atau mungkin ingin berkongsi pendapatnya nanti, bolehlah memberikan komentar yang wajar dan matang.

Terlebih dahulu, Terima kasih diucapkan kepada saudara kerana berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perspektif saya terhadap dunia material/jirim ini. Seperti yang saudara sedia maklum, alam jirim ini merupakan alam yang tidak stabil dan saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan kitaran keseimbangan mampu dicapai.

Sedikit perubahan berlaku terhadap kitaran keseimbangan ini mengakibatkan keseluruhan sistem menjadi tidak stabil dan tidak seimbang lagi. Oleh itu, dari persoalan saudara mengenai mengapa tuhan menciptakan segala-galanya, adalah jelas, untuk memastikan keseimbangan ini tercapai.

Selain itu, saya berpendapat bahwa tujuan makhluk jirim ini diciptakan adalah untuk manusia kenal, pelajari dan mengambil iktibar dari penciptaanya. Ini kerana penciptaan makhluk jirim ini adalah untuk melengkapi hakikat kewujudan manusia itu sendiri. Tidak akan lengkap sesuatu itu digelar manusia jika tiada tanah untuk dipijak, tiada air untuk di minum, tiada tanaman dan ternakan untuk di makan, dan tiada ilmu untuk dipelajari.

Akan tetapi jawapan ini hanya memfokuskan mengenai hakikat penciptaan selapas sesuatu penciptaan. Untuk mencipta sesuatu yang ada daripada tiada, saya akui, saya sendiri tidak mempunyai ilmu tentang itu, dan ketahuilah, tiada suatu makhluk tuhan pun yang tahu melainkan Tuhan itu sendiri. Ini dijelaskan didalam beberapa potong ayat Al-Quran didalam surah Al-Baqarah ayat 30 hingga 33 yang bermaksud;

“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat; “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Mereka berkata; “Apakah Engkau inign menciptakan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujimu dan menyucikan namaMu?”. Dia berfirman; “Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Dan dia ajarkan kepada Adam nama-nama benda kesemuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para Malaikat, seraya berfirman; “Sebutkan kepadaku nama semua benda ini jika kamu yang benar!”

Mereka (malaikat) menjawab”Mahasuci engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah engkau ajarkankepada kami, sungguh, engkaulah yang maha mengetahui dan mahabijaksana”.

Dia berfirman, “Wahai Adam!, beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu. Setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia berfirman,”Bukankah aku telah katakan kepadamu, bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan”.”

Daripada terjemahan ayat diatas, jelas membuktikan bahawa makhluk sesuci dan sedekat malaikat dengan Tuhan sendiripun tidak mempunyai ilmu tentang mengapa tuhan hendak menciptakan makhlukNya daripada tiada kepada ada. Apatah lagi kita sebagai manusia yang adakalanya dekat dengan Tuhan dan adakalanya jauh dariNya.

Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa ilmu Tuhan itu maha luas, kerajaanNya mahaluas, KekuasaanNya mahaluas, dan kepunyaanNyalah segala kesempurnaan, Kelebihan dan Kekuasaan. Bagaimana kita yang serba lemah, dan serba kekurangan ini ingin mengetahui apa yang Tuhan ketahui? Layakkah kita berdiri sama tinggi dengan Tuhan? Memiliki apa yang Tuhan miliki? Jika kita menjawab ya, maka tiadalah bezanya kita dengan Firaun yang mengaku dirinya sesuci Tuhan. Dan yang paling penting, layakkah kita menceroboh dan mempersoalkan hak dan kekuasaan tuhan dalam menciptakan sesuatu makhluk?.

Bagi saya, kita sebagai makhlukNya boleh sahaja mempersoalkan mengapa tuhan menciptakan ia begini, akan tetapi untuk apa tuhan menciptakan makhluk, itu adalah hak mutlakNya dan kita tidak layak untuk mempersoalkan mengapa.

Untuk Soalan saudara kita yang kedua mengenai apakah kedudukan manusia disisi Tuhan, saya telahpun menjelaskan pendapat saya bahawa kedudukan manusia itu adalah setaraf dengan makhluknya yang lain. Akan Tetapi, penciptaan KITA mempunyai kedudukan yang tersendiri disisi Tuhan. Ini kerana peranan kewujudan KITA di dunia ini adalah untuk memakmurkan alam ini disamping untuk diuji tahap keimanannya kepada sang Pencipta.

Sewaktu menjalankan tugas sebagai Khalifah Di dunia ini, KITA telah diuji dengan dua bisikan iaitu, bisikan akal dan nafsu. Kewujudan ini menyebabkan adakalanya manusia itu tergelincir dari menuju kehadrat Tuhannya, dan adakalanya menjadikan mereka lebih dekat dengan Tuhannya. Ini menyebabkan manusia sentiasa berada dalam keadaan perantaraan dan samada kita berjaya mengawal kedua-duanya atau tidak.

Berbeza dengan penciptaan Jin dan Malaikat, mereka hanya memiliki satu bisikan iaitu; malaikat memiliki akal dan syaitan memiliki nafsu sahaja. Oleh kerana itulah, jika KITA berjaya mengawal keduanya, maka dengan izinNYa, darjat kita lebih tinggi dari malaikat, tetapi jika kita gagal mengawal keduanya, kita lebih hina dari Syaitan itu sendiri. Ingat, sehina-hina Syaitan, tidak pernah diantara mereka mengaku bahawa mereka adalah tuhan, tetapi manusia, ada yang sanggup mengakuinya.

Untuk itu, saya berpendapat, Disisi tuhan manusia adalah setaraf dengan makhluknyaNya, akan tetapi KITA, memiliki kedudukanyang tersendiri setimpal dengan amalan dan tahap kepercayaan kita terhadap Tuhan.

Wallahualam.

11:53 PM

Semua untuk satu dan satu untuk semua.

Tuhan menciptakan pelbagai jenis makhluk yang langsung berbeza diantara satu dengan yang lain. Ini jelas dengan merujuk kepada kekuasaan dan keagungan penciptaan tumbuh – tumbuhan, haiwan, gunung-ganang, laut dan darat, langit dan bumi, rekabentuk awan yang pelbagai, bentuk mukabumi yang berbeza, planet-planet, system suria, bintang-bintang, malah penciptaan manusia itu sendiri yang langsung tidak sama diantara satu dengan yang lain baik dari segi rupa, perangai, latar belakang, fizikal, daya, tenaga, dan kekuatan serta pelbagai lagi.

Tidakkah ini membuatkan kita terfikir, adakah tuhan tidak jemu atau kering dari sudut idea dalam menciptakan pelbagai penciptaan tadi yang jelas, tiada satu pun yang serupa. Sesetangah pendapat ilmuan yang ahli didalam bidangnya mengatakan, tuhan tidak akan menciptakan dua benda yang sama sejak dari bermulanya penciptaan makhluk sehinggalah makhluknya kembali kepadanya. Untuk itu, makhluk tuhan tidak seharusnya merasa rendah diri mahupun terpinggir dari menjadi sebahagian dari system kerana makhluk yang berbeza, mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan system tuhan dimukabumi ini.

Ingatlah, tuhan tidak akan membebankan makhluk dengan sesuatu yang diluar dari kemampuan makhluk tersebut. Tuhan, entity yang yang agung dan hanya penciptalah yang lebih tahu akan apa yang diciptakanya. Untuk itu, makhluk seharusnya berusaha untuk keluar dari bergelut dengan dunia penolakan terhadap hakikat ketuhanan dengan mencabar kuasa pencipta. Seperti yang di sampaikan, jikalau kamu ingin berlaku ingkar terhadap tuhan mu, maka carilah bumi lain untuk kamu hidup, makanlah dari rezeki yang datangnya bukan dari rezeki tuhanmu, dan hiruplah udara yang langsung bukan dari tiupan tuhanmu.

Cabaran terhadap manusia yang berada di dalam dunia penolakan ini adalah jelas dan penuh dengan sindiran. Sedarlah, kita hanyalah makhluk, dan makhluk merupakan pelengkap dan penggerak sesuatu system yang sudah stabil. Golongan penolak inilah yang menjadikan system itu tidak stabil dan seterusnya, apabila telah banyak bahagian dari system tersebut rosak, maka semakin dekatlah dengan hari dimana makhluk perlu mengadap penciptanya. Sebab itu, seperti yang telah disampaikan, dan kaum yang ingkar itu, telah kami gantikan dengan kaum yang lebih baik dari mereka.

Oleh itu, sebagai pelengkap dan penggerak sesuatu system, makhluk saling memerlukan antara satu sama lain seperti haiwan yang memerlukan tumbuhan, tumbuhan yang memerlukan udara, udara yang memerlukan tekanan, tekanan yang memerlukan daya, dan begitulah seterusnya. Jika salah satu dari bahagian ini dirosakkan, maka terhapuslah aturan yang tadinya stabil dan hancurlah keseluruhan system tersebut.

konklusinya, makhluk semuanya adalah setaraf dan memiliki peranan yang berbeza dalam menjalankan dan melengkapkan system tuhan itu sendiri dan diakhir matlamat sesuatu system itu, sudah tentulah ia akan berbalik kepada hakikat pencipta itu sendiri, inilah bukti bahawa tuhan itu wujud, dan tuhan itu satu.

5:06 PM

Manusia dan KITA

Alam ini terbina dari partikel-partikel yang tampak dan mempunyai jisim. Ini merangkumi daripada kewujudan makhluk hidup seperti mikroorganisma, tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan manusia sehinggalah kepada kewujudan makhluk bukan hidup seperti pasir, air, gas, planet, matahari, cakerawala, gelombang dan sebagainya. Semuanya terbina daripada struktur yang paling asas, iaitu, elektron, proton, dan neutron. Sekompleks manapun sesuatu makhluk, ia tetap merupakan menifestasi tiga komponen tersebut. Oleh itu, alam ini dinamakan sebagai alam jirim atau alam material.

Oleh kerana ia terbina dari jirim, maka alam ini tidak boleh terlepas dari ketetapan yang memberikan mereka kerukunan dalam hakikat kewujudan mereka. Kerukunan ini diterjemahkan didalam bentuk hukum alam. Dan tiada satupun kewujudan makhluk jirim mampu melangkaui kerukunan dan ketetapan hukum alam ini. Diantaranya ialah, hukum masa dan ruang.

Ini kerana, proses interaksi yang sentiasa berlaku dari masa ke semasa merupakan satu proses yang berterusan dan menghasilkan output yang spesifik bergantung kepada jenis interaksi tersebut. Dan hasilan yang spesifik tersebut akan meneruskan interaksi yang lain dalam bentuk kitaran semulajadi yang besar. Oleh itu, walaupun interaksi tersebut merupakan proses yang berterusan, secara kumulatifnya, ia tetap memberikan nilai yang malar.

Dan apa yang menariknya, proses ini bukan berlaku secara individu atau perseorangan, akan tetapi ia berlaku keatas setiap jirim yang terdapat di alam ini dengan jumlah yang mustahil untuk dihitung. Hasilan dari interaksi tersebut pula, akan merubah persekitarannya samada ia akan membina atau memusnah interaksi sistem yang lain. Oleh kerana itulah, hukum masa merupakan sesuatu yang hampir mustahil untuk dimanipulasi oleh dunia jirim. Ini Kerana, pengeksploitasian kerukunan masa ini akan melibatkan proses memanipulasi keseluruhan interaksi jirim yang terdapat dialam semesta ini dalam erti kata lain, kemungkinan untuk ia berlaku teramat sangatlah kecil.

Begitu juga dengan ruang. Ruang atau dimensi merupakan keadaan dimana sesebuah jirim itu wujud dan berinteraksi. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pengawas keseimbangan sesebuah interaksi jirim didalam alam ini. Sebarang tindakbalas dan output dari tindakbalas tersebut berlaku didalam ruang atau dimensi yang spesifik membolehkan ia dinilai, dihitung, dan dimanipulasikan.

Walaupun ruang memberikan sesuatu jirim itu autonomi untuk berinteraksi, akan tetapi interaksi tersebut tetap tidak mampu melangkaui ruang itu sendiri. Ini kerana, seperti yang telah dijelaskan diatas, interaksi jirim ini bukannya sedikit bilangannya, akan tetapi ia mencecah tahap mustahil untuk dibilang. Pemecahan kerukunan dimensi atau ruang ini akan mengakibatkan keseluruhan interaksi tersebut berkembang luas dan tidak boleh mencapai keseimbangan melalui proses kitaran semulajadi dan secara tidak langsung akan menjadikan interaksi tersebut musnah.

Bagaimana pula dengan manusia. Hakikat kewujudanya juga merupakan menifestasi tiga komponen tersebut. Dari interaksi diantara elektron, proton, dan neutronlah, maka terhasilnya jasad manusia secara kompilasi protein, karbohidrat dan pelbagai lagi struktur kimia organik. Oleh itu, jasad manusia ini juga tidak akan terlepas dari hukum alam tersebut.

Akan tetapi, jauh didalam diri manusia terdapat sesuatu kewujudan lain yang langsung tidak melibatkan sebarang interaksi dengan dunia jirim. Ia dinamakan sebagai perasaan, pemikiran, dan kepercayaan. Kewujudan ini membimbing manusia secara lahiriah dan merupakan faktor penentu kepada perbuatan dan tindakan manusia.

Kewujudan inilah merupakan hakikat kewujudan KITA yang sebenar. Kita bukanlah sebahagian dari dunia jirim ini, akan tetapi, kita merupakan suatu kewujudan yang jauh lebih kompleks dan langsung tiada kaitan dengan hukum alam ini. Kewujudan kita adakalanya diterjemahkan oleh ahli filosof sebagai roh. Roh ini pula merupakan paduan diantara pemikiran, keinginan dan naluri.

Diantara bukti yang meneunjukkan bahawa manusia ini merupakan sebahagian dari dunia jirim ialah:

1. Komposisi manusia itu sendiri sama dengan apa yang boleh didapati di dalam dunia jirim/material.

2. Jika tindakbalas kimia merupakan interaksi antara dua atau lebih partikel menghasilkan sesuatu sebagai penimbal, begitu juga dengan manusia dan alam, interaksinya dengan alam akan menghasilkan sesuatu sebagai penimbal samada baik atau buruk

3. Manusia memerlukan medium untuk melakukan proses interaksi seperti juga jirim lain

4. Manusia memerlukan satu sama lain bagi meneruskan kelangsungan kewujudannya di dunia ini seperti juga jirim/material

5. Manusia boleh dipengaruhi oleh persekitaran.

6. Manusia memiliki sifat-sifat kelemahan dan kekurangan seperti makhluk dunia jirim/material

7. Manusia tidak terlepas dari peraturan alam (Law of Nature) seperti masa, ruang, dsb. Seperti juga makhluk dunia jirim yang lain.

Oleh itu, ketahuilah sebenarnya dunia jirim ini hanyalah bagaikan pakaian dan apabila keseluruhan sistem ini hancur, kita akan tersedar bahawa kita sebenarnya adalah makhluk yang lemah dan hanya pemain didalam dunia jirim ini sahaja. Oleh itu, apa sebenarnya yang kita kejarkan selama ini hanyalah sementara sahaja dan tidak lebih daripada khayalan yang pasti akan musnah suatu hari nanti.

Kerana itulah

“Manusia merupakan sebahagian dari dunia ini, akan tetapi KITA bukan sebahagian darinya”

1:21 PM

Jurutera oh.. jurutera...

Assalamualaikum WBT

Sewaktu saya sedang bertungkus-lumus menyelenggara program Ekspo Kerjaya dan Pendidikan 2008 di USM Kampus Kejuruteraan yang lalu, Saya secara kebetulan menyedari bahawa kepentingan bidang kejuruteraan di Malaysia masih lagi kurang pendedahannya dalam masyarakat berbanding dengan profesion lain seperti bidang kedoktoran, Arkitek, Dan berbagai lagi cabang ilmu professional DiMalaysia. Ini membuatkan saya tertanya, apa sebenarnya yang berlaku didalam dunia kejuruteraan sehingga ia menjadi begini.

Saya melihat kekurangan ini merupakan menifestasi pembanggunan yang terlalu pantas di Malaysia sehingga para jurutera tempatan dan luar negara makin sibuk dari hari ke hari. Kesibukan ini telah menyebabkan mereka kurang untuk menceburkan diri didalam aktiviti bermasyarakat. Bagi mereka, dari jam 8 pagi hinggalah ke jam 8 malam, kehidupan mereka haruslah bergelumang dengan lambakan masalah baru demi mencipta, menginovasi dan merancang kehidupan masa depan yang lebih efisien.

Untuk apa sebenarnya kita menjadi jurutera, adakah hanya untuk mengaplikasikan sains dan matematik didalam menyelesaikan masalah seharian? atau lebih dari itu. Kita (jurutera) seharusnya melihat bidang ini dalam skop atau konteks yang lebih lestari, tujuan kita melakukan inovasi dan mereka teknologi-teknologi baru, adalah demi kebahagiaan masyarakat disekeliling kita juga. Ini membuatkan kita menjadi golongan yang amat penting didalam masyarakat.

Oleh itu, kita seharusnya menjadi golongan yang proaktif dalam membina hubungan yang lebih harmoni dalam masyarakat. menjadi pemimpin yang tahu akan kehendak dan keperluan masyarakat. Dalam ertikata lain, kita seharusnya menjadi seorang pemimpin didalam masyarakat. Bukannya seorang yang "Ignorence".

Saya tertarik dengan golongan bakal jurutera di Universitas Padjajaran dan Institut Teknologi Bandung di Indonesia. Peranan mereka didalam mengharmonikan masyarakat disana sungguh signifikan. Mereka bukan sahaja membantu dari segi penyelesaian masalah teknikal didalam bidang mereka sahaja, malah, mereka juga berperanan menentukan siapa yang layak untuk mentadbir negara mereka. Mereka sungguh peka dengan kehendak dan kepelruan masyarakat disekitar mereka dan berani bertindak atas kapasiti golongan INTELEKTUAL.

Begitu juga denga segelintir mahasiswa di Unsyiah, Aceh, Pasca tsunami, mahasiswa termasuklah bakal jurutera disana cukup aktif dalam membantu menaikkan semula ekonomi dan pembangunan negeri mereka. Seorang mahasiswi yang saya jumpa disana mengatakan, disamping sibuk dengan masalah pelajarannya, beliau juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan seorang pengusaha kopi disana sehingga pengusaha tersebut berjaya. Beliaulah yang menjadi tulang belakang perusahaan peniaga tersebut dalam merangka mekanisma promosi dan perancangan perniagaan kopi tersebut. Menariknya, pengusaha tersebut adalah seorang yang buta huruf!!!

Tapi sayangnya, hanya segelintir dari kita sedar akan hakikat ini, ketiadaan kita dalam masyarakat akan menjadi punca kepada kelembapan transisi sosioekonomi negara kita untuk menjadi negara maju. Ini kerana, proses penyebaran ilmu dan maklumat serta mekanisma penyelesaian masalah seharian yang lebih holistik dan efisien tidak dapat dijayakan demi kebahagian masyarakat sekitar. Ini membuatkan penyelesaian masalah seharian secara konvensional lebih mendapat tempat dari pencarian alternatif baru dan masyarakat menjadi takut untuk berubah kearah pembaharuan.

Walaupun kita sedar akan permasalahan ini, kita tetap mahu bergaul dan bermasyarakat sesama kita sahaja tanpa mempedulikan kepentingan masyarakat sekitar. Bagi kita, jika lepas makan pakai kita, itu sudah memadai, tidak perlulah untuk memikirkan kepentingan orang lain. Sungguh "absurd" pemikiran seperti ini.

Pemikiran seperti ini telah menjerumus bidang kejuruteraan ini kedalam lubuk emas yang hanya dinikmati oleh mereka sahaja tanpa membawa faedah kepada dunia luar. Akibatnya, minda jurutera yang seharusnya terbuka, kreatif dan kritis, menjadi tidak ubah seperti robot yang hanya bertindak jika perlu, berfikir seperti yang diprogramkan.

Oleh itu, kita seharusnya keluar dari pemikiran tertutup ini dan berkongsi lubuk emas tersebut dan manfaatkan keupayaan diri kita untuk menjadikan diri kita sebahagian dari masyarakat. Bukan sahaja sebahagian, akan tetapi memimpin masayarakat kita agar menjadi lebih progresif dan intelek sekufu dengan apa yang kita ada.

Marilah kita bersama-sama memasyarakatkan jurutera, dan mahasiswa demi kebahagiaan generasi akan datang.

2:48 PM

Revolusi dunia Barat dan kaitannya dengan dunia Islam

Bagi masyarakat eropah yang majoritinya berpegang kepada falsafah "survival of the fittest", menjadi yang terkuat adalah bukan satu pilihan, tetapi satu kemestian. Mereka yang berada diatas (terkuat) pula akan bergantung kepada nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh mereka samada perlu atau tidak untuk membantu golongan yang lemah. Akan tetapi, sejarah lampau telah membuktikan budaya "Barbarik" yang diamalkan oleh masyarakat barat seolah-olah telah menjadi satu budaya dan tradisi yang mesti diwarisi turun-temurun sehingga menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam diri mereka

Sejak dahulu lagi, eropah memandang serong terhadap golongan wanita sehingga mereka dilayan seperti *****. Wanita diperkosa sesuka-hati, didagangkan, Dibunuh dan pelbagai lagi bentuk penyeksaan yang layaknya ditakrifkan didalam kamus BINATANG. Setelah zaman berubah, golongan wanita yang selama ini di hina dan di injak martabatnya bangkit dengan slogan-slogan kesaksamaan hak dan sebagainya. Tanpa sebarang usul periksa pula, mereka dagangkan slogan-slogan tersebut keseluruh dunia. Hasilnya, kesaksamaan yang diperjuangkan oleh mereka disambut dengan pelbagai krisis keharmonian rumah tangga yang melarut dan berpanjangan. yang pasti, krisis tersebut bukan sahaja merebak di eropah, malangnya ia merebak keseluruh dunia.

Begitu juga dengan krisis keagamaan di eropah. Agama kristian di eropah pada satu ketika dahulu mengongkong penganutnya sehingga pelbagai kekejaman telah dilakukan dalam usaha para cendekiawan eropah untuk memahami "The Law of Nature" atau dunia sains. Bermula dengan teori bumi sfera oleh galilei sehinggalah kepada teori graviti oleh Isaac Newton, semuanya menyangkal Teologi kolot pihak gereja.

Oleh kerana pihak gereja tidak mampu lagi mengekang kemaraan dunia sains, golongan ahli falsafah cetek barat seperti John Hick, Michiavelli, Karl Marx, Sigmund Freud, Max Weber, dan Emile Durkheim serta ramai lagi telah meletakkan satu asas yang merubah corak pemikiran masyarakat disana. Iaitu, Konsep "Pemisahan agama dari kehidupan" atau konsep "Secularization".

Konsep ini telah menjadi barah sehingga melahirkan pelbagai ideologi-ideologi bersifat kemanusiaan yang berorientasikan nafsu manusia seperti, fahaman Facisisme, Sosialisme, Demokrasi, monarki, Nazisme, Anarkisme, dan pelbagai lagi "isme"2 yang langsung merubah suasana politik dan kehidupan masyarakat di eropah.

Dan tanpa segan silu, mereka mendakwa bahawa mereka adalah pembawa kecerahan kedalam dunia intelektual dengan menyebarkan fahaman-fahaman sampah tersebut. Hasilnya, sehingga sekarang, tiada satu pun negara didunia ini bebas dari konflik dan krisis dek kerana memperjuangkan isme-isme bodoh dan karut mereka. Saya berpendapat, isme-isme ini tidak akan mampu bertahan kerana ia tidak mempunyai asas yang kukuh dan lahir dari pergolakan politik dan agama di eropah.

Begitu juga dengan krisis kewangan yang asalnya bermula apabila presiden US, Franklin D. Roosevelt meminda akta baru dalam dasar monetari Amerika, Beliau telah memberikan ruang kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk meminjam wang dari pihak bank dengan pelbagai tawaran dan pakej-pakej pembayaran yang tidak membebankan. Hasilnya, ramai dikalangan rakyat AS yang berisiko untuk membuat pembayaran pinjaman atau namanya telah di senarai hitam boleh membeli rumah kediaman tanpa had dan hutang pihak bank di konsolidisasikan oleh kerajaan.

Inilah punca kepada krisis subprima yang melanda sistem kewangan dunia sekarang. Pihak bank yang terpaksa akur dengan dasar monetari baru (new deal) terpaksa memberikan pinjaman berisiko tinggi kepada pembeli dan akibatnya, apabila kecairan menjadi semakin kurang dan hutang sub-prima (pinjaman berisiko tinggi) semakin bertambah, seluruh sistem tersebut lumpuh dan pihak bank kehabisan tunai untuk memberikan pinjaman dan mereka sukar untuk mendapatkan pembayaran semula dari pihak peminjam.

Akibatnya, pada pertengahan tahun 2008, dunia menyaksikan kejatuhan sebuah gergasi perbankan Amerika iaitu Bank Morgan & Stanley. Rentetan dari situlah, banyak hutang tidak berbayar bank gergasi tesebut yang terpaksa dibekukan memberikan impak keatas bank-bank lain didunia.

Kesannya, seluruh sistem kewangan global lumpuh dan kadar pengangguran dijangka meningkat dari semasa kesemasa. Kasihan, kebanyakan warga pekerja pula merupakan penduduk di Asia dan Timur tengah, manakala pemilik-pemilik perusahaan pula bersenang-lenang di vila-vila mewah mereka dibarat apabila kerajaan tempatan mengumumkan pelan "Bail-Out" yang melibatkan Bertrillion-trillion dollar (US - 8oo billion Dollar dan UK- Hampir 500 Billion Pound, dan beberapa lagi negara yang mengamalkan "bail -out solution") disalurkan sebagai bantuan pernafasan untuk perusahaan mereka.

Lain pula kisahnya di Palestin, Titik berdarah mereka bermula apabila Britain dengan sesuka hatinya membuat perjanjian belfour setelah tamat perang dunia tanpa sebarang rundingan dengan orang arab palestin. Perjanjian ini dibuat sebenarnya untuk mengusir orang-orang yahudi dari eropah yang telah sekian lama menjadi bangsa perosak dieropah. Ini dibuktikan dengan pelbagai siri kekejaman yang dilakukan oleh orang eropah keatas bangsa yahudi seperti peristiwa pembunuhan orang yahudi oleh Adolf Hitler yang melibatkan hampir 2 juta nyawa orang yahudi di kelar begitu sahaja.

Bangsa ini memang tidak mempunyai tanah air dan merempat dari sebuah negeri ke negeri lain sejak dari zaman Firaun lagi. Sejarah mereka memang kasihan jika diselami kerana sentiasa dihina dan di cerca oleh bangsa lain. Ketika mereka berhijrah ke eropah, Mereka mendapat kritikan dan cercaan kerana dikatakan merampas tanah dan pekerjaan di bumi eropah. selain itu, mereka juga didakwa merupakan pembawa penyakit berjangkit yang menular di seluruh eropah. Akibatnya, ramia dikalangan bangsa tersebut berlindung di bumi arab yang pada ketika itu berada dibawah kerajaan islam.

Sangat menghairankan kerana kerajaan arab pada ketika itu sangat menghormati hak-hak mereka malah membantu mereka melepaskan diri dari kekejaman bangsa eropah. Setelah itu, mereka tanpa rasa bersalah membunuh malah mengistiharkan perang pula keatas bangsa yang pada satu ketika dahulu membantu mereka. Lebih bodoh lagi kerana mereka sanggup bersekongkol dengan bangsa eropah yang pada suatu ketika dahulu menyeksa mereka untuk menghapuskan bangsa yang membantu mereka. Inilah sikap sebenar orang yahudi yang suka melaga-lagakan bangsa didunia demi kepentingan sendiri. Oleh kerana itulah, walaupun Allah mengiktiraf bangsa ini sebagai bangsa yang paling bijak, Laknat Allah juga keatas bangsa ini.

Krisis ini meleret sehinggalah menarik perhatian dunia dan istilahnya telah ditukar bagi mengaburi mata dunia dari konflik agama kepada krisis kemanusiaan. Dan hingga sekarang, masih ramai lagi saudara seislam kita yang buta dengan permainan mereka ini.

Setalah anda semua melihat sejarah gelap dunia barat ini, anda akan tahu bahawa segala permasalahan dunia ini sebenarnya berpunca dari kekalutan politik dan agama dieropah dan ia langsung tiada kene-mengena dengan suasana kita di Asia terutamanya Islam. Revolusi-revolusi yang dicipta dieropah hanya untuk melengkapkan nas-nas agama kristian yang tercicir ketika agama tersebut diputar dan dikarang semula oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Persoalannya, mengapa kita harus mengikut revolusi-revolusi pemikiran cetek mereka ini sedangkan Islam mempunyai sistem dan pendirian yang syumul, lengkap, dan relevan dalam semua perkara. Dari Katolik ke protestan dan seterusnya Anglican, semua teologi tersebut merupakan pelngkap kepada konsep kristianiti setelah mereka gagal menselarikan konsep kristianiti dengan dunia sains. Setelah itu, mereka perkenalkan pula konsep sekularisma.

Akan tetapi, didalam Islam, Tiada pula timbul sebarang percanggahan dalam dunia agama dan Sains, Semua logik letaknya di tangan Allah dan bukan seperti John Hick yang mengatakan bahawa "manusia merupakan standart segala sesuatu, dan apa yang kita rasakan ia benar, maka benarlah ia". Ini adalah fahaman yang absurd dan tidak logik. Masakan jika seseorang yang mengatakan bahawa ini adalah ikan benar, dan seorang yang lain pula mengatakan bahawa itu bukan ikan juga benar. Yang mana satu benar dan yang mana satu salah. hanya ada satu sahaja hakikat kebenaran dan ia bukan urusan manusia untuk menentukan yang mana benar dan yang mana salah.

Akhir kalam, saudara-saudari sekalian, sedarlah, bahawa revolusi ideologi barat langsung tidak mempunyai kena-mengena dengan adat ketimuran. dan yang lebih utama lagi, revolusi didalam ajaran agama kristian langsung tiada sangkut-paut dengan dunia Islam. Islam sudah lengkap dan sempurna dan tidak memerlukan revolusi sebagai pelengkapnya. Akan tetapi apabila sesebuah agama itu tidak lengkap, maka dari situlah bermulanya pelbagai revolusi dan kesahihan agama tersebut boleh dipertikaikan.

"Islam itself is A Life, Not only The Way of Life"

11:46 PM

Kita hanya ada dia

Adakah kita sebenarnya mempunyai hubungan? adakah benar ibu bapa kita adalah ibubapa kita yang sebenar? benarkah adik dan abang kita sebenarnya adalah sebahagian dari kita.

jika anda tanyakan kepada saya, saya akan katakan bahawa

"Ya, tetapi itu hanya sekadar hubungan biologi."

Kita memang di hubungkan dengan keluarga kita secara genetik, tetapi pernahkah anda terfikir, sebenarnya manusia itu bukan sahaja terdiri daripada paduan sel-sel sahaja tetapi meliputi paduan antara roh dan jasad.

Jika jasad kita ini lahirnya dari paduan sel-sel dari jasad ibubapa kita, peroalan saya cukup mudah:

"Adakah roh kita juga merupakan paduan roh kedua ibubapa kita?"

Kita tahu bagaimana jasad kita dicipta. Bermula dengan penciptaan adam dari saripati tanah, kemudian diciptanya hawa dari rusuknya adam. maka berkembang-biaklah manusia diatas dunia ini.



Bagaimana jasad kita tercipta selepas adam adalah dengan paduan antara ovum ibu kita dan sperma bapa kita. setelah penciptaan kita disempurnakan, Allah meniupkan sebahagian dari rohnya kedalam jasad kita maka sempurnalah kita bergelar manusia. (4:1, 22:5, 23:12-16, 30:20-21, 32:7-9, 35:11, 39:6, 77:22-23, 80:18-19, 82:7-8, 86:6-8, 96:2)



akan tetapi, adakah roh kita juga melalui proses yang sama? adakah roh kita juga mempunyai jantina? mempunyai sperma dan ovum?

ketahuilah, bahawa semua itu hanyalah wujud dalam bentuk biologi tubuh kita.

Saya pernah terbaca didalam sebuah kitab yang menyatakan bahawa Allah telah menciptakan alam roh sebelum diciptakan dunia ini, disana kita telah membuat perjanjian denganNya bahawa kita akan membuat amal dan menegah kemungkaran.

Jika ini benar, maka kita merupakan individu yang wujud tanpa ada sebarang hubungan dengan roh-roh yang lain.


saya tertanya-tanya, bagaimana jika roh saya ini dimasukkan kedalam jasad Goerge W. Bush atau Yusof Qardhawi, bukankah saya akan mempunyai hubungan kekeluargaan yang berbeza dengan keluarga saya sekarang?

atau bagaimana jika roh manusia itu bukan letaknya didalam jasad sekarang tetapi jasad seekor haiwan? adakah haiwan itu yang akan digelar manusia, dan jasad ini akan digelar haiwan?

Kita makan, minum, tidur, bersenam, dan melakukan pelbagai lagi aktiviti hanya untuk memenuhi keprluan jasad kita. Sebagai contoh, jasad kita memerlukan tenaga untuk bergerak, maka, kita perlu makan untuk mendapatkan tenaga tu, maka apa yang kita makan sebenarnya hanyalah untuk memenuhi keperluan biologi tubuh kita.

bagaimana pula dengan keperluan rohani kita?

Apakah roh kita juga memerlukan makanan? minuman? tidur? dan pelbagai lagi kehendak yang sama dengan keperluan jasad kita?

saya juga tidak mampu merungkai persoalan ini. cuma saya tahu, jika benar roh itu tidak lahir dari paduan antara dua roh seperti jasad kita, maka, kita sebenarnya hidup tanpa sebarang perkaitan di dunia ini. Dan hubungan sesama manusia didalam alam material ini hanya untuk memenuhi tuntutan biologi kita dan demi memenuhi janji kita kepada Allah suatu ketika dahulu, akan tetapi di dalam hakikat kewujudan, kita sebenarnya adalah individu yang hanya ada Allah sebagai pencipta dan kita sebagai makhluk.

10:21 PM

Tuhan VS Manusia : sistem yang manakah terbaik

Adakalanya kita tidak sedar bahawa dunia yang kita diami ini sebenarnya sudah rapuh dan hanya menunggu masa untuk ia mati. lebih malang lagi, kita tidak sedar, sebenarnya kitalah yang menjadi punca kerapuhan tersebut. setelah dinilai dan diamati sejak sekian lama, saya baru tersedar, kita sebenarnya mempunyai satu masalah yang paling utama. Iaitu sistem.


manusia terlalu ego dengan keupayaan diri sehingga terlupa akan kelemahan yang bergerak seiring dengan kelebihan mereka. mereka seboleh-bolehnya ingin mencipta sebuah sistem kehidupan dengan sendiri sehingga melahirkan pelbagai teori, teologi, falsafah, dan berbagai bentuk doktrin sebagai undang-udang yang mencantikkan sistem buatan mereka.

Akan tetapi, mereka tidak sedar bahawa dengan terciptanya sistem yang berteraskan akal terbatas mereka itulah, melahirkan seribu satu masalah yang menjadi penyebab kerapuhan dunia masa kini. Saya ingin memetik satu karangan yang sangat menarik yang pernah dibaca oleh saya, kiriman abang saya. ia berbunyi begini:

Hanya Allah sahaja berhak menunjukkan sistem dan peraturan bagi kehidupan manusia. Oleh itu manusia seharusnya mengimplikasikan sistem ini ke dalam dunia realiti. Jika diteliti, sistem ini sebenarnya menjaga dan memelihara sifat kemuliaan insan dengan memberikan kemerdekaan serta mengelak manusia daripada diperkotak-katikkan oleh taraf kehidupan. Kemerdekaan bermaksud menjauhkan manusia daripada menjadi hamba hawa nafsu, kelemahan jiwa, ketamakan dan ketidakadilan yang seterusnya akan membawa kepada kemenangan dalam erti kata sebenarnya iaitu ketaatan dan kepatuhan kepada agama.




Sesungguhnya sistem Allah adalah sesuai sepanjang zaman dan universal berbanding sistem yang dicipta oleh manusia yang terbatas daripada segi akal dan pemikiran. Ketiadaan tujuan hidup hanya akan membawa kepada kesengsaraan, ketakutan dan kegelisahan di mana mereka menjadikan wang, kelazatan dunia sebagai Tuhan. Ini jelas menunjukkan kebanyakan manusia sekarang menjadi hamba kepada dunia materialistik bukan lagi kepada Tuhan yang Maha Esa di mana itu bukanlah erti ketamadunan yang sebenar bahkan mereka benar-benar telah kembali ke era jahiliyah di zaman moden. Ketamadunan bukan hanya diukur melalui materialistik dan kemodenan semata-mata tetapi ia juga perlu diselitkan dengan kebersihan hati nurani dan nilai-nilai spiritual.

Orang yang menentang syariat Islam adalah sebenarnya orang yang merasakan bahawa peraturan tersebut akan mengikat dan membelenggu manusia daripada mengikuti hawa nafsunya walhal pada hakikatnya di sebalik kekangannya ada terselit kebebasan. Sebagai contoh, perbuatan zina adalah haram untuk membebaskan manusia daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu dan mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri adalah untuk membebaskan manusia daripada sikap kedekut dan tamak.

Namun tanpa disedari oleh manusia, dosa dan kejahatan yang sebenarnya merupakan belenggu yang mengikat jiwa manusia dan menjadi beban serta menjerumus manusia ke dalam lembah kesesatan. Kita menjadi hina kerana mengikut sistem ciptaan manusia yang sentiasa terburu-buru untuk melihat hasilnya dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah apabila munculnya sistem atau peraturan manusia yang baru akan muncul pula masalah baru. Kesimpulanya, sistem Islam yang diwahyukan Allah kepada rasul-rasulnya adalah sistem yang paling efektif kerana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Ia merupakan Adaptasi daripada buku as-Syahid Sayyid Al-Qutb. Dari nukilan ini, ia jelas menunjukkan bahawa manusia sebenarnya lemah dan tidak mempunyai keupayaan untuk mencipta satu sistem baru dek kerana keterbatasan akal yang dimiliki oleh mereka. Akan tetapi, hanya Allah yang mengetahui akan segenap ilmu samada ilmu yang ghaib mahupun yang tampak, malah, merupakan pencipta ilmu itu sendiri, sahaja layak menjadi pengatur dan pencipta kepada satu sistem yang menyeluruh dan efektif.

**gambaran diatas merupakan sindiran kepada manusia yang angkuh dengan kelemahan sendiri tetapi cuba menyamakan keupayaan mereka denagan keupayaan tuhan. jika benar manusia ini layak untuk mencipta sebuah sistem, maka cubalah aturkan sendiri sistem perjalanan planet kita...fikirkanlah.

9:32 AM

rintih seorang hamba

apabila metafora semakin nyata,
apabila dunia rapuh kian terasa,
apabila sinergi alam berputar tak keruan,
apabila puncak ketamadunan kian merosot,

manusia makin layu,
manusia hilang arah,
manusia lupa asal,
manusia kikis fitrah,

sejarah tinggal dongengan,
sejarah bahan tiduran,
sejarah mitos dilupakan,
sejarah kunci tamadun sembab,

fitrah yang musnah,
waras yang musnah,
budaya yang musnah,
tamadun yang musnah.

kembalilah fitrah pudar ,
kembalilah akal hilang,
kembalilah budaya cemar,
kembalilah tamadun punah.

semuanya,
kembalilah kepada fitrah,
agungnya tamadun kerana budaya,
moleknya budaya dasarnya akal waras,
warasnya akal kerana fitrah.

dengan fitrah manusia dimuliakan,
dengan fitrah manusia agung,
dengan fitrah lengkap manusia ciptaan tuhan,

Dunia aku dan Dia....

5:29 PM

No Title

"Null"

"No"

"Zero"

"undefined"

the existence of nothing,
Turned into something,

the existence of something,
Turned into everything,

the existence of everything,
Turned into never-ending,

now,
the null become valid
the no become yes,
Zero become numbered,
Undefined became understood

Font size



from nothing into EVERYTHING, only God know how to do it.
don't you DARE to GRAB the God's job.
The Creator of Uncreated

- eMaM -

4:40 PM

Y tag me... haaa.....

Rulez!!!

A) People who have been tagged must write their answers in their blog.

B) Tag 5 people to do this quiz. (Those that are tagged cannot refuse.)

C) Continue this game by tagging 5 other people.


1.What have you been doing recently?
> eliminating msg in my inbox

2.Do you ever turn your cell phone off?
> often

3.What happened at 10am today?
> mama and baba fighting sebab baba nak tgk katun n mama nak tgk channel len

4.When did you last cry?
> dunno

5.Believe in fate/destiny?
> yes

6.What do you want in your life now?
> i want to write a book about human

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
> Rainy day is da best day to take a long nap.

8.What’s your favourite thing to do on the bed?
> hurmm......tido kot

9.What bottoms are you wearing now?
> kain

10.What’s the nicest things in your inbox?
> i won $1,500,000.00 (WTF!!)

11.Do you tend to make the relationship complicated?
> no

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
> no

13.What was the last movie you caught?
> cuci

14.What are you proud of?
> Me la, aiyyooo..

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
> i won $1.5 mil. (need 2 confirm eventhough i noe it's a spam)..hehe...

16.What was the last song you sang out loud?
> hot and cold by katy perry

17.Do you have any nicknames?
> afiq

18.What does the newest text say?
> i'm the legal heir of kerajaan maluku. need my ic and acc. numb to withdraw $2 mil..hurrgghhh

19.What time did you go to bed last night?
> 2/3/4.00 am. ntah

20.Are you currently happy?
> no. due to dis F***ing tagging things

21.Who gives you the best advise?
> my frenz

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
> crazy, sedap ke? i'll try l8er

23.Who did you talk on the phone last night?
> Baba

24.Is something bugging you now?
> F.I.N.A.L-Y.E.A.R-P.R.O.J.E.C.T

25.Who was the last person to make you laugh?>
> Mahfuzah Othman...sengal...haha

9:31 AM

The scrotum of Atjeh

The scrotum of atjeh (Acheh)...

Scrotum manusia merupakan bahagian yang penting untuk menjaga testis lelaki yang merupakan tempat penghasilan sperma. Sperma yang baik, apabila bertamu dengan ovum yang baik, maka, akan terhasillah manusia yang baik.

Ada dinyatakan, benih yang baik, apabila ditanam didalam tanah yang baik, akan menghasilkan pokok yang baik dan buah yang baik.

Saya mengambil analogi ini untuk disamakan dengan peranan universiti di Atjeh (Acheh) yang merupakan tempat yang menaungi golongan manusia yang cintakan ilmu dan berperanan sebagai penggerak utama masyarakat disana.

Jika Mahasiswa/i di sana di samakan dengan sperma yang baik dan berkualiti, masyarakat disana pula disamakan dengan ovum yang baik. Ini kerana, mahasiswa disana cukup aktif dalam memainkan peranan dalam menyeimbangkan sosioekonomi masyarakat disana. Hasil daripada percantuman ini, maka terhasillah sebuah tamadun yang harmoni dan mampu bangkit setelah hanya 4 tahun tragedi tsunami melanda Atjeh.

Jika disingkap sejarah hitam yang melanda atjeh 26 Disember 2004 yang lalu, hampir saja malapetaka tersebut meragut keseluruhan agama, budaya dan masyarakat serambi mekah itu. Akan tetapi, hasil daripada mahasiswa dan mahasiswi Universitas di Atjeh, ketamadunan yang hampir musnah telah berjaya dibina semula.


Inilah peranan mahasiswa yang seharusnya dicontohi oleh kita. Kita di Malaysia diberikan pelbagai kemudahan dan prasarana kelas pertama dalam mengembangkan bakat dan pemikiran kita. Akan tetapi, kita lebih rela melihat masyarakat disekeliling kita tertinggal jauh kebelakang tanpa membantu mereka.


Kesimpulannya, kehebatan dan kemegahan sesebuah tamadun terbina bukan sahaja dari bilangan masyarakatnya yang berilmu, akan tetapi sejauh mana sumbangan mereka kepada pembanggunan dan pembinaan sesebuah tamadun tersebut. mencontohi sesuatu yang baik tidak bererti tidak berpendirian, akan tetapi ia adalah satu kemuliaan.